“Dan
di antara tanda-tanda yang membuktikan kemurahannya dan kasih sayangNya ialah
tidurnya kamu pada waktu malam dan pada siang hari, dan usaha kamu mencari
rezeki dari limpah kurniaNya (pada kedua-dua waktu itu). Sesungguhnya keadaan
yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang mahu
mendengar (nasihat pengajaran). {Petikan dari Surah Ar-Rum[Kerajaan Rom](30:23)}
“Dan
Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat.”{Petikan
dari Surah Naba’[Berita Besar](78:9)}
1. Terdapat lima waktu tidur yang dilarang oleh Rasulullah SAW,
iaitu:
1.1. Tidur sepajang
hari
1.2. Tidur selepas
makan
1.3. Tidur pada waktu
asar
1.4. Tidur sebelum
solat Isyak dan
1.5. Tidur di awal
pagi selepas solat subuh.
2. Posting kali ini akan membicarakan tentang lima keburukan
tidur di awal pagi, iaitu waktu selepas solat subuh. Pada waktu itu cuaca amat
dingin dan amat selesa untuk tidur. Ramai orang yang gemar tidur pada waktu ini
kerana keadaan cuacanya. Malah terdapat juga orang yang telah bangun solat
subuh akan tidur kembali setelah solat. Tidur waktu ini memang mengasyikkan,
tetapi tahukah kita bahawa amalan tersebut sangat tidak baik. Apakah
keburukannya:
2.1. Menyalahi
sunnah Rasulullah SAW
Kebiasaan
yang diajarkan Rasulullah ialah bangun pagi dan terus menjalankan kerja ataupun
melakukan apa-apa aktiviti tanpa tidur lagi. Selepas solat Subuh, Rasulullah
biasanya berzikir hingga tiba waktu syuru’. Bagi kita umatnya, dianjurkan melakukan
apa yang Rasulullah lakukan. Jika perlu untuk mencari rezeki hidup/maisyah, waktu yang ada itu boleh dimanfaatkan untuk
melakukan persiapannya.
2.2. Terhalang
dari rezeki
Dengan
tidurnya di awal pagi maka terlepaslah peluang untuk mencari rezeki walaupun
mungkin peluang mencari rezeki itu melimpah ruah. Ibnu Qayyim Al Jauziyah dalam
Zaadul Ma'ad berkata: "Empat perkara
yang menghalang datangnya rezeki adalah tidur di waktu pagi, sedikit solat, bermalas-malasan
dan berkhianat."
2.3. Tidak
mendapat barakah di waktu pagi
Dalam
sebuah hadisnya, Rasulullah SAW mendoakan keberkatan bagi umatnya yang bangun
di waktu pagi. Doa Rasulullah ialah:
اللَّهُمَّ بَارِكْ لأُمَّتِى فِى بُكُورِهَا
"Ya Allah, berkatilah umatku di waktu paginya."
(Hadis Riwayat Abu Daud).
Doa
ini memberi pengertian bahawa bagi mereka yang masih tidur lagi selepas waktu Subuh,
maka mereka akan kehilangan keberkatannya. Keberkatan dalam sabda ini mempunyai
makna yang luas. Secara umumnya maknanya adalah bertambahnya kebaikan yang bentuknya
bermacam-macam. Contohnya perniagaan yang berjaya sehingga boleh banyak berinfak
atau kerjayanya bertambah sehingga senang untuk bersedekah.
Shakhr
Al Ghamidi ra, sahabat yang meriwayatkan hadis ini adalah orang yang telah
membuktikan doa Rasulullah tersebut. Sebagai peniaga, Shakr biasa pergi untuk
berdagang di awal pagi dan akhirnya berjaya menjadi saudagar yang kaya.
2.4. Lemah
badan dan mudah sakit
Tidur
di waktu pagi juga boleh menyebabkan keadaan fizikal yang lemah dan mudah terkena
sakit, terutama sakit kepala. Menurut satu hasil kajian, tidur pagi boleh menyebabkan
serebrospinal bergerak ke otak. Inilah yang menimbulkan sakit kepala.
Sebelum
adanya kajian ini, Ibnu Qayyim Al Jauziyah telah memberikan nasihatnya. "Tidur pagi juga boleh menyebabkan pelbagai
penyakit badan, di antaranya adalah melemahkan syahwat," tulisnya
dalam kitab Zaadul Ma'ad.
2.5. Malas,
hilang semangat
Mengisi
waktu pagi selepas Subuh dengan ibadah atau zikir menjadikan masa seterusnya
lebih segar dan bersemangat. Baik secara perubatan ataupun secara ruhiyah.
Sebaliknya, tidur pagi selepas Subuh membuat seseorang tidak bersemangat selepas
itu. Ulama yang terkenal seperti Ibnu Taimiyah menjelaskan bahawa ketika
dirinya berzikir selepas Subuh, siangnya beliau lebih bersemangat. Kekuatannya
bertambah. Sebaliknya jika tidak berzikir di waktu pagi selepas Subuh, siangnya
seperti kehilangan semangat.
3. Semoga sedikit maklumat yang saya kongsikan ini memberikan
manfaat kepada kita semua.
Sebahagian kandungan dari www.detikislam
No comments:
Post a Comment