“Dialah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya. {Petikan dari Surah At Taubah[Pengampunan](9:33)}
SULTAN ABDUL HAMID II |
1. Sultan Abdul Hamid II adalah sultan terakhir dalam Kerajaan Khalifah Islam Uthmaniah Turki. Kerajaan ini telah berakhir pada tahun 1924 apabila pemerintahannya ditumbangkan secara jahat oleh pemimpin sekular Turki, Mustafa Kemal Atartuk dengan sokongan dan dokongan kuat Barat serta Yahudi. Pemerintahan Kemal Atartuk pula berakhir pada tahun 1938 apabila beliau mati dengan penuh penghinaan dari Allah SWT. Turki di bawah Kemal Ataturk telah melancarkan gerakan secara besar-besaran untuk menghapuskan identiti, ciri-ciri dan budaya Islam supaya peranan agama Islam berkurangan. Beliau telah menerapkan secara paksa budaya moden Barat Kristian ke atas penduduk Islam Turki. Antara tindakannya ialah menutup madrasah untuk mempelajari agama Islam, pengharaman memakai hijab dan pakaian keagamaan, mengubah azan dari bahasa Arab ke bahasa Turki serta memperkenalkan undang-undang sekular lain. Gerakan beliau ini mendapat sokongan kuat Barat dan Yahudi. Kesannya Turki menjadi negara sekular untuk beberapa dekad lamanya.
2. Selepas kematian Kemal Atartuk, angin perubahan mula bertiup di
Turki dengan kemunculan Profesor Dr. Necmettin Erbakan yang merupakan seorang
pemimpin ulung gerakan Islam di Turki di zaman moden ini. Dalam tahun 1971 Dr. Erbakan telah menubuhkan Parti as-Salamat Nasional, parti bercorak Islam
pertama di Turki sejak runtuhnya Khilafah Islam
Uthmaniah. Ia telah bergabung dengan Parti Rakyat Turki. Beliau menjawat
jawatan Naib Perdana Menteri dan memegang jawatan menteri di tujuh kementerian
iaitu Kementerian Dalam Negeri, Keadilan, Perdagangan, Kastam, Pertanian,
Perindustrian dan Pemakanan. Tetapi malangnya partinya hanya mampu bertahan
selama tujuh bulan sahaja kerana telah digulingkan oleh pihak tentera yang kuat
berpegang dengan amalan sekularisme.
3. Pada tahun 1977 pula parti pimpinan Dr. Erbakan bergabung
dengan Parti Gerakan dan Parti Keadilan yang menang pilihanraya serta membentuk
kerajaan campuran buat kali ketiga. Pihak tentera yang dapat
menghidu kecenderungan beliau kepada Islam telah mengarahkan beliau meninggalkan
parti dan melarang terlibat dalam politik. Kesudahannya beliau telah
dipenjarakan pada tahun 1981 bersama-sama 33 orang yang lain selama 4 tahun.
4. Pada tahun 1986 beliau menubuhkan Parti Refah. Parti Refah
bergerak di tengah masyarakat sekular Turki dengan identiti sebagai gerakan
cakna rakyat dan kebajikan. Dia berbuat demikian kerana perlembagaan Turki melarang sebarang bentuk
aktiviti politik berunsur Islam. Pergerakan dan aktiviti Parti Refah sentiasa
diintip dan diawasi oleh pihak tentera. Namun penggerak parti Refah tetap
menunjukkan akhlak yang baik dalam berpolitik, berbakti kepada anak-anak yatim,
ibu tunggal, mengadakan kelas-kelas Al-Quran, memberi perkhidmatan kesihatan
percuma dan seumpamanya. Dengan cara ini ia dapat menarik minat anak-anak muda
yang cintakan Islam setelah melihat sistem sekular gagal dalam memberi kebahagiaan
dan merosakkan akidah umat Islam.
5. Dalam tahun 1996 sekali lagi Refah bertanding dalam pilihanraya umum. Parti Refah
menang besar dan beliau dilantik menjadi Perdana Menteri tetapi hanya mampu bertahan
selama 9 bulan sahaja. Pada tahun 1997 beliau telah digulingkan oleh tentera
yang amat membenci terhadap Islam. Dr.
Erbakan dianggap sebagai Al-Mursyid Al-Ruhiy kepada gerakan Islam Turki. Pada
tanggal 27 Feb 2011 beliau telah kembali ke rahmatullah ketika berusia 85 tahun.
Alfatihah.
6. Kemudian gerakan Islam di Turki dipelopori pula oleh AKP (Adalalet ve Kalkinma Partisi) atau Parti
Keadilan dan Pembangunan.
Semenjak tahun 2002 AKP berjaya memerintah Turki walaupun gagal
membentuk majoriti di parlimen. Undi diperolehinya hanya 258 kerusi (40.9%) dan
menjadi parti terbesar di parlimen.
Untuk membolehkan pindaan perlembagaan jumlah kerusi yang
diperlukan ialah 330.
7. Parti AKP meraih kemenangan di luar jangkaan dalam pilihan raya umum pada 7 Jun 2015 lalu. Ia adalah pilihan raya umum ke-24 dalam sejarah Republik Turki. AKP berjaya mendapat kerusi majoriti dari 550 buah kerusi parlimen. Ia mengembalikan pentadbiran satu parti sekali gus meningkatkan kuasa pengasas parti, Presiden Reccep Tayyip Erdogan.
8. Perdana Menteri yang juga salah seorang pemimpin AKP, Ahmet Davutoglu, dalam
kiriman di Twitter beliau menulis, "Alhamdulillah"
atas kemenangan itu. "Hari ini
adalah kemenangan demokrasi dan rakyat kita, ..harapannya kami dapat memberi
khidmat terbaik kepada anda dalam tempoh empat tahun lagi dan sekali lagi
berdiri di sini di hadapan anda di sini pada 2019," katanya.
9. Setelah memiliki kuasa politik, Presiden Turki kini, Reccep
Tayyip Erdogan telah memulakan langkah drastik untuk mengembalikan sinar Islam
di Turki. Antara perubahan-perubahan
nyata yang dilakukannya untuk menaikkan mertabat, imej serta syiar Islam ialah:
9.1. Pembinaan Ribuan Buah Masjid
Berdasarkan
laporan majalah The Atlantic, kira-kira 17 ribu buah masjid baru telah dan
sedang dibina oleh kerajaan Turki antara tahun 2002 hingga tahun 2013. Selain
itu terdapat juga sebahagian masjid peninggalan Kerajaan Islam Uthmaniah yang sedang
diperbaiki.
9.2. Mengembang dan Memajukan Sekolah Imam Hatip
9.2.1. Sekolah Imam Hatip adalah sebuah institusi
pendidikan yang dirangka untuk memberi pendidikan agama dan melatih calon-calon
imam di Turki. Kerajaan Turki mengarahkan setiap masjid menghantar calon-calon
imamnya untuk dilatih di sekolah ini. Sekolah ini ditubuhkan selepas kewujudan madrasah yang
dilarang semasa pemerintahan Kamel Ataturk.
9.2.2.
Pada tahun 2002 seramai 65,000 pelajar menuntut di sekolah Imam Hatip. Jumlah
tersebut meningkat menjadi 658,000 orang pada tahun 2013. Bilal Erdogan, anak
ketiga Recep Tayip Erdogan, yang merupakan tokoh utama di sebalik kemajuan
sekolah itu telah mengumumkan bahawa jumlah pelajar telah mencapai satu juta
orang.
9.2.3.
Di Sekolah Imam Hatip, pelajar lelaki dan perempuan dipisahkan. Mereka
mengikuti pendidikan Islam termasuk mata pelajaran Bahasa Arab, pengajian Al-Quran
dan sejarah kehidupan Rasulullah.
9.2.4. Sekolah ini telah membuka cawangannya di
Bandar Slagelse, Denmark dan diberi nama
Mina Hindholm. Ia merupakan sekolah agama Islam pertama di Negara Skandinavia.
Ia menerima pelajar dari Denmark, Norway dan Sweden. Mereka diajar kurikulum
nasional dan juga pelajaran bahasa Turki, agama Islam, Al-Quran dan hadis.
9.3.
Had Umur Mempelajari Al-Quran DiMansuhkan
Semasa
pemerintahn Kamel Atartuk, beliau telah menetapkan peraturan di mana
kanak-kanak hanya boleh belajar Al-Quran jika mencapai usia 12 tahun. Peraturan ini telah dihapuskan. Pada tahun
2013 Turki telah melancarkan sebuah program di mana kanak-kanak pra sekolah
diperkenalkan dan diajarkan Al-Quran. Dilaporkan sejumlah 500,000 naskah Al-Quran
dan lebih dari 10 juta buku-buku mengenai dasar-dasar agama Islam telah diedarkan kepada siswazah universiti.
9.4. Mewajibkan Pembelajaran Pendidikan
Agama
9.4.1.
Kerajaan Turki telah mengarahkan sekolah-sekolah untuk melaksankan dasar wajib
belajar pendidikan agama. Kursus mengenai "Riwayat hidup Nabi
Muhammad," dan "Al-Qur'an" juga diperkenalkan.
9.4.2.
Presiden Edorgan telah berkata: "Kami
hendak membangkitkan pemuda-pemudi yang patuh agama. Adakah anda mengharapkan
AKP akan meningkatkan generasi Ateis?. Ya mungkin itu tujuan perniagaan anda,
misi anda, tetapi itu bukan matlamat kami. Kami akan meningkatkan generasi
konservatif dan demokratik yang merangkumi nilai-nilai dan prinsip-prinsip
bangsa. "
9.5. Penghapusan Larangan Memakai Hijab
Untuk Wanita
9.5.1.
Semasa era pemerintahan Kamel Atartuk, hijab dilarang dipakai oleh wanita yang
bekerja dalam sektor kerajaan, guru, peguam, ahli parlimen dan yang bekerja di
lembaga-lembaga negara. Dalam beberapa tahun terakhir ini, kerajaan pimpinan
Edorgan telah menghapuskan larangan pemakaian hijab di sekolah-sekolah dan
pelbagai institusi negara kecuali hakim, pendakwa, pegawai polis dan tentera.
9.5.2.
Pada bulan November 2015, seorang hakim perempuan menggunakan hijab untuk
pertama kalinya dalam sejarah Turki moden. Pada bulan Ogos 2015, Aysen Gurcan
menjadi menteri wanita yang pertama memakai hijab.
9.6. Menggalakkan Perbankan Islam (Bank Syariah)
9.6.1.
Perbankan Islam mengalami pertumbuhan ketara dalam beberapa tahun terakhir ini.
Ziraat Islamic Bank, bank syariah milik kerajaan Turki mempunyai rancangan untuk
membuka 170 cawangan hingga tahun 2018.
9.6.2.
Dalam ucapannya baru-baru ini, Erdogan mengatakan bahawa sistem perbankan
berasaskan riba/bunga sangat kejam. Beliau pernah mengatakan:
"Jika kita ingin melompat jauh ke
masa depan, kita perlu penyertaan sebenar dalam membuat sistem perbankan yang
lebih baik daripada sistem perbankan kejam itu. Perbankan syariah adalah sistem
yang sama sekali berbeza dengan sistem perbankan ketika ini, baik dalam hal
struktur cagaran aset, pergantungan pada risiko saham, dan struktur spekulasi
tertutup. Saya percaya bahawa sistem ini akan menjadi kekuatan yang mendorong
ekonomi Turki."
9.7.1.
Turki di era Kamel Atartuk menghalalkan
penjualan minuman keras di Turki. Pada tahun 2013 kerajaan Turki telah
mengeluarkan larangan pengiklanan dan penjualan minuman keras dengan jarak radius
100 meter dari masjid atau sekolah. Setiap iklan, penggambaran ataupun filem
yang berkait dengan minuman keras wajib disamarkan penayangannya.
9.7.2.
Asrama mahasiswa, badan-badan kesihatan, kelab sukan, institusi pendidikan dilarang
menjual minuman keras. Bagi tempat
tertentu yang dibenarkan menjual minuman keras pula, jualannya dilarang selepas
jam 10 malam.
VIDEO
TURKI: SEBELUM DAN SELEPAS ERDOGEN
TURKI: SEBELUM DAN SELEPAS ERDOGEN
10. Sebagai orang Islam kita tentunya bangga dengan kebangkitan
semula Islam di Turki. Turki adalah bumi
yang amat subur dengan pengaruh dan budaya Islam ratusan tahun lalu. Di situlah tertegaknya pusat pemerintahan
khalifah Islam terakhir, kerajaan Khalifah Uthmaniah. Di situlah juga Allah telah memilih Sultan
Muhammad Al-Fateh (29.3.1432 hingga 3.5.1481), seorang pemimpin yang alim, bijaksana dan hebat untuk
memimpin kerajaan Islam Uthmaniah. Untuk
mengetahui kehebatan Sultan Muhammad Al-Fateh, sila baca artikel bertajuk “SULTAN
MUHAMMAD AL-FATEH: PELAKSANA JANJI RASULULLAH SAW” dalam posting bertarikh
4.1.2015.
11. Sudah pastinya kebangkitan Islam di Turki di bawah kerajaan AKP yang
dipimpin oleh Recep Tayyeb Erdogan dan Ahmet Davutoglu amat dibenci dan
dimusuhi oleh Barat dan Yahudi. Apakah Turki bakal memimpin dunia Islam satu hari
nanti?. Hanya Allah SWT yang maha mengetahui dan kita semua berserah
kepadaNya.
“Bila kita membeli belah di kedai, kita tukarkan duit dengan
barang. Oleh yang demikian kita tidak sayang belanjakan duit kerana nampak
barang di depan mata. Sebaliknya,
sedarkan kita apabila kita taburkan duit untuk kebaikan, ia seperti kita
membeli pahala dengan duit kita.
Walaupun pahala ini benda yang tidak nampak, tetapi itulah duit kita di
akhirat.” = Mutiara Kata Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
No comments:
Post a Comment