1. Dalam Surah Al-Mukmin[Orang
Beriman](40:67) Allah berfirman yang berbunyi:
“Dia
lah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari (setitis) air benih,
kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging; kemudian Ia
mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian kamu (dipelihara) hingga sampai
ke peringkat umur dewasa; kemudian kamu (dipanjangkan umur) hingga sampai
menjadi tua. Dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan sebelum
itu. (Allah melakukan kejadian yang demikian) supaya kamu sampai ke masa yang
ditentukan (untuk menerima balasan); dan supaya kamu memahami (hikmat-hikmat
kejadian itu dan kekuasaan Tuhan)”
2. Dalam Surah Al-Mukminun [Golongan Orang Beriman] (23:12) Allah berfirman:
“Dan sesungguhnya kami telah ciptakan manusia dari saripati yang
berasal dari tanah.”
(23:13)
“Kemudian saripati itu Kami jadikan air mani
(yang tersimpan) dalam tempat yang kukuh.”
3. Dalam Surah Al-Hijr [Nama
Tempat](15:26) pula Allah berfirman
lagi:
“Dan
sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat yang kering,
yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya.”
4. Dalam Surah Shaad
[Pembukaan](38:71) pula Allah berfirman yang berbunyi:
“(Ingatlah ketika tuhanmu
berfirman kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku (akan) mencipta manusia dari
tanah.”
(38:72)
“Maka, apabila aku telah menyempurnakannya dan
aku tiupkan dari rohKu padanya, maka hendaklah kamu tunduk merendah kepadanya.”
5. Dalam urusan untuk penciptaan manusia pertama bernama Nabi Adam Allah telah memerintahkan Malaikat Jibrail turun ke bumi untuk mengambil
sebahagian tanah. Walau bagaimanapun, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil
malah bersumpah dengan nama Allah yang dia tidak rela untuk menyerahkannya
kerana kebimbangannya manusia akan menderhaka kepada Allah. Oleh kerana
itu Malaikat Jibril kembali semula kepada Allah.
Berikutnya pula Allah mengutuskan
Malaikat Mikail dan kemudiannya Malaikat Israfil tetapi kedua-duanya juga tidak
berjaya untuk mengambil tanah akibat sumpah yang dibuat oleh bumi.
4. Akhirnya Allah memerintahkan Malaikat Izrail untuk melakukan
tugas tersebut dan jangan takut kepada sumpahan tanah kerana tugas tersebut
dijalankan atas perintah Allah. Malaikat Izrail pun turun ke bumi dan
mengatakan yang kedatangannya adalah atas perintah Allah hinggalah sebahagian tanah telah berjaya diambil.
5. Menurut Ibnu Abbas, tanah bumi dan syurga telah digunakan oleh
Allah untuk dijadikan bahan mencipta Nabi Adam. Tanah tersebut adalah terdiri
dari:
5.1.
Tanah dari Baitulmuqaddis untuk dijadikan kepala sebagai tempat kemuliaan untuk
diletakkan otak dan akal.
5.2.
Tanah dari Bukit Tursina, Mesir dijadikan telinga sebagai tempat mendengar dan
menerima nasihat.
5.3. Tanah dari Iraq pula untuk dibuat dahi
sebagai tempat sujud kepada Allah.
5.4. Tanah dari Aden, Yaman untuk dijadikan muka
sebagai tempat berhias untuk kecantikan.
5.5.
Tanah dari telaga Al-Kautsar untuk dibuat mata sebagai tempat menarik
perhatian.
5.6.
Tanah Al-Kautsar untuk dijadikan gigi sebagai tempat memanis-manis.
5.7.
Tanah dari kawasan Kaabah, Makkah untuk dibuat tangan kanan sebagai tempat
mencari nafkah dan bekerjasama.
5.8.
Tanah dari Paris, Perancis untuk dijadikan tangan kiri sebagai anggota untuk
melakukan istinjak.
5.9.
Tanah dari Khurasan, Iran untuk dijadikan perut sebagai tempat berlapar.
5.10.
Tanah dari Babylon, Iraq untuk dibuat alat kelamin sebagai organ seks dan
tempat bernafsu serta godaan syaitan.
5.11.
Tanah dari Tursina, Mesir untuk dijadikan tulang bagi memperkuatkan manusia.
5.12.
Tanah dari India untuk dijadikan kaki
sebagai anggota untuk berdiri dan berjalan.
5.13.
Tanah dari Syurga Firdaus untuk dijadikan hati sebagai tempat keyakinan,
keimanan, dan kemahuan.
5.14.
Tanah dari Taif, Arab Saudi untuk dijadikan lidah sebagai tempat untuk
mengucapkan kalimah syahadah, syukur dan doa.
6. Saintis hari ini mengesahkan bahawa tisu badan manusia
mengandungi 26 elemen. Enam dari 26
elemen yang biasa (common) itu ialah
karbon, hidrogen, oksigen, nitrogen,
fosferus dan sulfur. Disahkan juga bahawa 95%
dari tisu badan manusia adalah terdiri dari 6 elemen tersebut. Keenam-enam
elemen ini ada pada tanah.
Berdasarkan penemuan ini saintis moden kini mengesahkan kebenaran ayat-ayat suci Al-Quran.
7. Perlu diketahui bahawa semua makhluk-makhluk Allah dan benda yang ada di
muka bumi adalah berasal dari tanah. Jikapun tidak secara langsung berasal dari
tanah, tetapi semuanya memerlukan tanah. Sebagai contoh lihat pada perabot
kayu. Asalnya dari pokok. Pokok pula dari biji benih yang dapat hidup dari
dalam tanah dan mendapat makanan dari dalam tanah melalui akarnya. Lihat pula
pada barangan yang diperbuat dari logam seperti badan kereta, alat perkakas
rumah, peralatan komputer dan sebagainya. Logam juga berasal dari tanah dimana
manusia perlu mengggali terlebih dahulu untuk mendapatkannya. Begitu juga
dengan barangan plastik, getah, kaca, seramik dan sebagainya. Semuanya perlu digali dari perut bumi. Manusia
tidak boleh mencipta sendiri barang-barang tanpa menggunakan bahan-bahan dan makhluk-makhluk
yang dijadikan oleh Allah SWT. Bila menyedari hakikat ini kita akan dapat
menilai betapa kerdilnya manusia di sisi Allah dan kita manusia selalu
memerlukan pertolongan Allah untuk meneruskan hidup.
8. Telah diketahui bahawa proses kejadian manusia di dalam rahim
perempuan bermula apabila berlaku percantuman antara sperma, iaitu benih dalam
air mani lelaki dengan ovari perempuan. Hakikat ini telah dibuktikan oleh Firman
Allah dalam Surah At-Tariq [Yang Datang
Waktu Malam](86:5) yang berbunyi:
“(Setelah
mengetahui yang demikian), maka hendaklah manusia memikirkan: dari apa ia
diciptakan".
(86:6)
"Ia
diciptakan dari air (mani) yang memancut (ke dalam rahim)".
(86:7)
"Yang
keluar dari tulang sulbi lelaki dan tulang dada perempuan".
9. Dalam Surah Al-Alaq[Segumpal
Darah](96:1) pula Allah berfirman:
“Bacalah
dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan".
(96:2)
“Dia
telah menciptakan manusia dari segumpal darah.”
10. Bagaimana boleh terhasilnya air mani ataupun segumpal darah yang
telah berubah bentuk itu dalam tubuh manusia? Sudah tentulah ia berlaku dari
proses penukaran dari apa yang dimakan oleh manusia. Tanpa makanan adalah
mustahil air mani itu akan terhasil secara sunnatullah. Melalui proses
penyerapan makanan ke dalam tubuh manusia maka sel-sel atau anggota-anggota
lain manusia dapat membesar dan menghasilkan bermacam-macam cecair, asid, air
mani dan sebagainya dalam badan kita. Dari mana pula datangnya makanan itu?.
Sudah tentulah sumber-sumbernya semua berasal dari dalam tanah yang dijadikan
oleh Allah SWT. Sebahagian besar makanan kita itu berasal dari dalam tanah
secara langsung seperti buah-buahan, sayur-sayuran, tumbuh-tumbuhan dan
sebagainya. Ada juga yang tidak secara langsung datang dari tanah iaitu seperti
lembu, kerbau, ayam, ikan, sotong, udang dan sebagainya. Tetapi perlu diketahui
apa yang dimakan oleh binatang-binatang tadi? Sudah tentulah mereka juga
memakan makanan yang bersumber dari tanah seperti rumput, rumpai, dedaun kayu
dan sebagainya.
11. Kesimpulannya kita semua datang dari Allah. Membesar dari bahan dan
makanan yang sama. Kita semua menetap
sekarang pun di tempat yang sama, saling memerlukan kepada sumber-sumber yang
sama.
12. Oleh kerana semua manusia berasal dari tanahlah maka setelah
mati kita perlu dikembalikan semula kepada tanah, iaitu disemadikan dalam
tanah. Oleh itu janganlah kita jadi orang yang sombong dengan berjalan sambil mengangkat muka ke atas. Lihatlah ke bawah kepada tanah, iaitu ke rumah kita yang akan kita diami tidak lama lagi. Samada kita orang miskin ataupun hartawan, jutawan semuanya memerlukan
tanah untuk menjadi tempat tinggal sementara setelah kita dimatikan oleh Allah.
Berapa lama kita tinggal di dalam tanah?. Sementara kita dibangkitkan semula dari dalam kubur masing-masing untuk dihitung segala amalan kita
dimahkamah Allah yang maha adil di Padang Mahsyar nanti.
"Seseorang tidak akan mencapai darjat
kesolehan, kecuali melalui enam rintangan: menutup pintu kemuliaan dan
membuka pintu kehinaan, menutup pintu nikmat dan membuka pintu kesukaran,
menutup pintu istirehat dan membuka pintu perjuangan, menutup pintu tidur dan
membuka pintu jaga, menutup pintu kekayaan dan membuka pintu kemiskinan,
menutup pintu harapan dan membuka pintu bersiap menghadapi maut" - Mutiara kata dari Ibrahim bin Adham
No comments:
Post a Comment