Tuesday, 30 December 2014

MUHAMMAD, RASULULLAH DAN ISLAM: APA KOMEN CENDEKIAWAN BARAT TENTANGNYA


 
MAKAM RASULULLAH DI MASJID NABAWI, MADINAH

1. Muhammad bin Abdullah, Rasulullah SAW telah dilahirkan pada tahun 570 Masihi dan wafat pada tahun 632 Masihi. Diangkat menjadi nabi dan rasul pada tahun 610 Masihi, iaitu ketika berusia 40 tahun. Kini Rasulullah telah meninggalkan kita 1,382 tahun lamanya. Muhammad dalam bahasa Arab bermakna “Yang Terpuji – Praised One”.  

2.      Berdasarkan sebahagian dari firman-firman Allah di bawah ini kita dapat melihat bagaimana Allah memuji Rasulullah, utusannya untuk membimbing manusia ke jalan yang diredhai Allah: 

2.1.   Dalam Surah An-Najm [Bintang] (53:2) pula berbunyi:


Temanmu (Muhammad) tidak sesat dan tidak pula keliru.”

(53:3) 


“Dan yang diucapkannya tidak menurut hawa nafsunya.”

(53:4)  

“Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.”

(53:11)

“Hati (Nabi Muhammad) tidak mendustakan apa yang dilihatnya.”

2.2.   Dalam Surah Al-Qalam [Kalam](68:4) berbunyi:


“Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.”

3.      Selain dari dipuji oleh Allah, pujian terhadap Rasulullah juga datang dari kalangan para sahabatnya, ulama terkemudian dan cendekiawan Islam hingga kini. Bukanlah sesuatu yang pelik jika pujian dan sanjungan terhadap Rasulullah dan ajarannya datang dari orang Islam sendiri.  Yang menjadi pelik ialah apabila orang Barat yang tidak beragama Islam (sama ada mereka Kristian, Komunis ataupun athies) juga turut memuji keperibadian dan ajaran yang dibawa Rasulullah. Di bawah ini diperturunkan komen-komen positif orang bukan Islam yang terkenal di dunia puluhan malah ratusan tahun lampau terhadap Rasulullah dan ajaran Islam yang dibawanya:

3.1.   SIR GEORGE BERNARD SHAW

3.1.1.    George Bernard Shaw telah dilahirkan di Sygne Street, Dublin Ireland pada 26 Julai 1856. Ayahnya ialah George Carr Shaw dan ibunya Lucinda Elizabeth Shaw.  

3.1.2.    Beliau ialah seorang penulis drama, pengkritik, aktivis politik dan penulis novel. Antara novel-novelnya yang terkenal ialah Immaturity (ditulis pada tahun 1879), The Irrational Knot (1880), Love Among The Artist (1881), Cashel Byron’s Profession (1882), An Unsocial Socialist (1883). Kebanyakan penulisannya menceritakan tentang masalah sosial. Isu-isu yang diketengahkan dalam novelnya ialah pendidikan, perkahwinan, agama, kerajaan dan penjagaan kesihatan.  Beliau telah dianugerahkan “Nobel Prize in Literature” pada tahun 1925 di atas sumbangan besarnya dalam bidang kesusasteraan. Beliau merupakan seorang tokoh besar dalam bidang kesusasteraan  yang sangat disanjung oleh masyarakat Barat hingga kini.

3.1.3.  Beliau dikatakan turut terlibat dalam mengasaskan ‘London School of Economics’.  Selepas melawat Rusia pada tahun 1931 dan menemui Joseph Stalin, beliau menjadi penyokong fahaman komunis Stalin Rusia.   

3.1.4.  Kenapa George Bernard Shaw percaya bahawa Nabi Muhammad boleh selesaikan semua masalah dunia hari ini?. Beliau pernah berkata, jika ada agama yang berpeluang untuk menakluki England dan Eropah dalam masa ratusan tahun akan datang maka agama itu ialah Islam.

3.1.5. Kita lihat apakah kenyataan beliau seperti yang dipetik dari majalah 'The Genuine Islam”, Singapore, Vol. 1, No. 8, 1936 :

(i) “I have always held the religion of Muhammad in high estimation because of its wonderful vitality. It is the only religion which appears to me to possess that assimilating capacity to the changing phase of existence which can make itself appeal to every age. I have studied him - the wonderful man and in my opinion far from being an anti-Christ, he must be called the Savior of Humanity."

(ii) "I believe that if a man like him were to assume the dictatorship of the modern world he would succeed in solving its problems in a way that would bring it the much needed peace and happiness: I have prophesied about the faith of Muhammad that it would be acceptable to the Europe of tomorrow as it is beginning to be acceptable to the Europe of today.”

(iii) "The teachings of Muhammad has glorified the status of women."

3.1.6. Kita lihat apa yang pernah diungkapkan oleh Sir George Bernard Shaw tentang Rasulullah:

"The world much in need of a man like Muhammad's bright thinking, such a man were to assume leadership and rule of the modern world, he would succeed in solving its problems and bring peace and happiness to it".
  
3.1.7. Bernard Shaw meninggal dunia pada 2 November 1950 semasa berusia 94 tahun.

3.2.   MICHAEL H. HART



3.2.1.  Michael H. Hart telah dilahirkan pada 28 April 1932 di New York, Amerika Syarikat.  Mendapat pendidkan peringkat awal di Bronx High School of Science, New York. Memperolehi Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Cornell pada tahun 1952. Berikutnya memperolehi Ijazah Sarjana Sains dari Adelphi Universiti pada tahun 1969.  Mendapat Ph.D dalam bidang angkasa lepas (astronomy) pada tahun 1972 dari Universiti Princeton. Beliau juga memiliki ijazah dalam bidang fizik, komputer sains dan juga undang-undang.

3.2.2.  Beliau bekerja sebagai ahli sains dan penyelidik di Pusat Kajian Atmosfera Kebangsaan NASA, Pusat Penerbangan Angkasa Lepas Goddard dan Institut Sains Carnegie.   Kemudiannya beliau menjadi Professor fizik di Universiti Trinity di San Antonio, Texas. Beliau juga mengajar bidang astronomi dan sejarah sains di Kolej Komuniti Anne Arundel di Arnold, Maryland.

3.2.3. Seorang ahli fizik bintang (astrophysicist) dan penulis buku. Bukunya yang pertama, paling terkenal dan mengejutkan ramai orang, khususnya orang Kristian bertajuk “The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History”. Ia diterbitkan pada tahun 1978 dan ‘revised edition  pula pada tahun 1992.  Buku ini telah berjaya dijual melebihi 500,000 naskah dan telah diterjemahkan dalam 15 bahasa di dunia.

3.2.4.  Apa yang membuatkan ramai orang terkejut kerana beliau telah memilih Nabi Muhammad SAW sebagai orang pertama dalam senarai manusia yang paling berpengaruh.  Kedudukan kedua barulah Jesus (Nabi Isa) yang dianggap tuhan oleh orang Kristian.  Tempat ketiga pula ialah Moses (Nabi Musa). Ramai yang terkejut kerana Michael Hart bukan seorang Islam.  

3.2.5.    Michael Hart memilih Nabi Muhammad  berbanding Jesus dan Moses kerana menyedari fakta bahawa Nabi Muhammad tersangat berjaya (supremely successful) dalam bidang keagamaan dan juga keduniaan. Beliau juga memberi kredit kepada Rasulullah kerana peranan baginda dalam mengembangkan agama Islam di mana ia jauh lebih berjaya dari Jesus.  Bagi beliau kejayaan agama Kristian ialah kerana peranan yang dimainkan oleh Saint Paul dan bukannya Jesus.  Beliau telah mengatakan:  

"My choice of Muhammad to be the top in the list of the "World's most influential person in history" may come as a surprise to some people, but he is the only person in history who was supremely successful in both the religious and secular levels".

3.2.6. Buku ketiganya bertajuk “A View From The Year 3000’ diterbitkan pada tahun 1999 yang memaparkan sejarah pada masa hadapan dalam bidang kemajuan teknologi dan pembangunan politik. Buku keempatnya pula bertajuk “Understanding Human History” yang menceritakan sejarah kemanusiaan. 

3.2.7. Beliau meninggal dunia pada tahun 2014 semasa berumur  82 tahun.

3.3.   THOMAS CARLYLE


3.3.1.    Thomas Carlyle telah dilahirkan di Ecclefechan dalam Daerah Dumfriesshire, Scotland United Kingdom pada 4 Disember 1795. Beliau merupakan seorang ahli falsafah, penulis essei, ahli sejarah, ahli matematik dan guru.  Di antara buku-buku yang beliau tulis ialah:

NAMA BUKU
TAHUN DITULIS
Signs of the Times
1829
Sartor Resartus
1833-1834
The French Revolution: A History
1837
Chartism
1840
Heroes and Hero Worship and the Heroic in History
1841
Past and Present
1834
Oliver Cromwell's Letters and Speeches
1845
Occasional Discourse on the Negro Question
1849
Latter-Day Pamphlets
1850
The Life of John Sterling
1851
History of Friedrich II of Prussia
1858
Shooting Niagara: and After
1867
The Early Kings of Norway
1875
Reminiscences of my Irish Journey in 1849
1882

3.3.2. Buku-buku yang dikarang oleh Thomas berkenaan tokoh-tokoh dalam bidang keagamaan, kesusasteraan dan politik. Dalam bukunya berjudul “Heroes and Hero Worship and the Heroic in History” beliau membandingkan pelbagai lapisan jenis orang ternama.  Antaranya termasuklah Odin, Muhammad, Oliver Cromwell, Napoleon, William Shakespeare, Dante, Samuel Johnson, Jean-Jacques Rousseau, Robert Burns, John Knox dan Martin Luther. Dalam bukunya itu beliau telah memuatkan satu bab khas “Hero as Prophet” untuk menceritakan tentang Rasulullah.  Thomas telah menyatakan dengan jelas sanjungannya kepada ketokohan Nabi Muhammad sebagai agen pembaharuan.  Beliau dengan ikhlas telah memberikan komennya, bagaimana asalnya Nabi Muhammad seorang diri mampu berdakwah kepada kaumnya yang sentiasa berperang hingga menjadi sebuah negara yang berkuasa dan bertamadun dalam tempoh kurang dari dua dekad. 

3.3.3. Thomas Carlyle pernah berkata:  

"I like Muhammad his free of hypocrisy nature, with clear and sound words, he addressed the Roman Tsars and the Kings of Persia and he guided them to what he loves for them in this life and in the eternal life"

3.3.4. Thomas adalah salah seorang pengulas (commentator) sosial yang penting di eranya.  Dia telah memberikan banyak ceramah umum. Dalam salah satu persidangan berkaitan dengan bukunya yang berjudul “Heroes and Hero-Worship and The Heroic in History”  beliau menjelaskan bahawa peranan utama dalam sejarah manusia ialah terletak kepada tindakan seorang yang bertaraf “Great Man". Baginya sejarah itu ialah biografi seorang Great Man". Bagi beliau Muhammad ialah a "Great Man".

3.3.5.  Thomas Carlyle telah meninggal dunia pada 5 Februari 1881 di London semasa berusia 85 tahun.

3.4.   ALPHONSE DE LAMARTINE


       3.4.1.    Alphonse Marie Louis de Prat de Lamartine telah dilahirkan pada 21 Oktober 1790 di Macon, Burgundy Peranchis.  Beliau ialah seorang penulis terkenal Peranchis selain dari ahli falsafah, penyair (pujangga) dan ahli politik. 

3.4.2. Beliau telah menulis buku dalam pelbagai bidang seperti sejarah, kritikan, keyakinan diri dan kesusasteraan.  Beliau pernah berkata bahawa :

"Muhammad is the philosopher, orator, apostle, legislator, warrior and conqueror of people's wild desires. In all standards by which human greatness is measured, we may well ask: is there any man greater than Prophet Muhammad?"

3.4.3. Alphonse DeLamartine juga seorang orientalis yang mempunyai minat tentang Lebanon dan Timur Tengah. Dia pernah mengembara ke Lebanon, Syria dalam tahun1832–1833. Dalam perjalanan itulah semasa di Beirut, iaitu pada 7 Disember 1832 beliau telah kehilangan satu-satunya anaknya, iaitu Julia. 

3.4.4. Dalam bukunya bertajuk "Histoire de la Turquie" (Sejarah Turki) yang ditulis dalam tahun1854, Alphonse de Lamartine telah menyebut:

If greatness of purpose, smallness of means, and astounding results are the three criteria of human genius, who could dare to compare any great man in modern history with Muhammad?. The most famous men created arms, laws and empires only. They founded, if anything at all, no more than material powers, which often crumbled away before their eyes. This man moved not only armies, legislation, empires, peoples and dynasties, but millions of men in one-third of the then-inhabited world; and more than that he moved the altars, the god, the religions, the ideas, the beliefs and souls.... His forbearance in victory, his ambition which was entirely devoted to one idea and in no manner striving for an empire, his endless prayers, his mystic conversations with God, his death and his triumph after death - all these attest not to an imposture, but to a firm conviction, which gave him the power to restore a dogma. This dogma was two fold: the unity of God and the immateriality of God; the former telling what God is, the latter telling what God is not; the one overthrowing false gods, the other starting an idea with the words. Philosopher, orator, apostle, legislator, warrior, conqueror of ideas, restorer of rational beliefs, of a cult without images; the founder of twenty terrestrial empires and of one spiritual empire, that is Muhammad. As regards all standards by which human greatness may be measured, we may well ask, is there any man greater than him.”

3.4.5.  Beliau telah meninggal dunia pada 28 Februari 1869 di Paris semasa berumur 78 tahun. 

3.5.   HERBERT GEORGE WELLS

3.5.1.  Herbert George Wells lahir pada 21 September 1866  di Bromley, Kent, England. Pernah mendapat pendidikan di Royal College of Science (Imperial College London).  Merupakan seorang penulis novel, guru, ahli sejarah dan wartawan. Beliau lebih dikenali sebagai penulis novel rekaan sains dan dipanggil ‘Bapa Sains Rekaan’. Antara novel rekaan terkenal beliau ialah “The War of the Worlds”, “The Time Machine”, “The Invisible Man” dan “The Island of Doctor Moreau”.

3.5.2. Beliau pernah menyifatkan Nabi Muhammad sebagai personaliti yang paling hebat dan mampu membangunkan sebuah kerajaan yang cukup adil dan penuh toleransi. Dalam bukunya bertajuk "The Outline of History" beliau menyebut:

“A year before his death, at the end of the tenth year of the Hegira, Muhammad made his last pilgrimage from Medina to Mecca. He made then a great sermon to his people. The reader will note that the first paragraph sweeps away all plunder and blood feuds among the followers of Islam. The last makes the believing Negro the equal of the Caliph... they established in the world a great tradition of dignified fair dealing, they breathe a spirit of generosity, and they are human and workable. They created a society more free from widespread cruelty and social oppression than any society had ever been in the world before”.

3.5.3.  Beliau meninggal dunia pada 13 Ogos 1946 di Regent’s Park London semasa berumur 79 tahun.

3.6.   LEO TOLSTOY



3.6.1. Leo Tolstoy telah dilahirkan pada 9 September 1828 di estet keluarganya di Yasnaya Polyana, Daerah Tula Russia. Nama asalnya ialah Lev Nikolayevich Tolstoy. Dia lahir dalam keluarga yang terkenal kaya. Pekerjaannya ialah menulis novel, esei, cerita pendek dan ahli falsafah.

3.6.2. Beliau percaya bahawa agama dan undang-undang syariah yang dibawa oleh Nabi Muhammad akan berkembang ke seluruh dunia kerana ia bersesuaian dengan pemikiran dan kebijaksanaan manusia.

3.6.3. Beliau pernah menulis biografi tentang Rasulullah dan berkata:

(i) “Muhammad has always been standing higher than the Christianity. He does not consider god as a human being and never makes himself equal to God. Muslims worship nothing except God and Muhammad is his messenger. There is no any mystery and secret in it.”

(ii)  “Muslims excelled over other Arabs by their modesty, their asceticism, their love of work and their contentment. They exerted their efforts to help their brothers in faith in times of difficulties and it has not been a long time till all who surrounded them felt great respect for them and their number was increasing day after day”

(iii) “Although the wide spread of Islam by the hands of those people was not liked by some of the Buddhists and Christians, this does not conceal the fact that Muslims in the heart of Islam were known by their refusal of false religion, their virtuous life, their straightforwardness and their integrity to the extent that they amazed all who surrounded them by their nobility and placidity.” He added: “And from the virtues of Islam is that it commanded Muslims to treat Christians and Jews well especially men of religion. Islam even allowed Muslims to marry Christian and Jewish women and permitted them to maintain their religion and any one having enlightened sagacity can easily see how much that reflects Islamic tolerance”

(iv)There is no doubt that Prophet Muhammed is one of the greatest reformers who served the social framework profoundly. It suffices him that he led a whole nation to the enlightenment of truth and made it more inclined towards tranquility and peace, prefer modesty and prevented it from shedding blood and giving human sacrifices (though this was never proved against Arabs before Islam) and widely opened to it the gate to development and civilization. This is a great deed that only a strong man can do and a man like that deserves to be regarded with respect and admiration”

3.6.4. Leo Tolstoy telah meninggal dunia pada 20 November 1910 di Astapovo, Rusia ketika berusia 82 tahun.

3.7.   GUSTAVE LE BON 


3.7.1. Charles-Marie-Gustave Le Bon lahir pada 7 May 1841 di Nogent-le-Rotrou Peranchis. Beliau merupakan seorang ahli psikologi sosial, ahli sosiologi, ahli antropologi dan ahli fizik amatur.

3.7.2. Beliau belajar bidang perubatan dan pernah mengelilingi Eropah, Asia dan Afrika Utara dalam tahun 1860 hingga 1880 semasa membuat kajian dan menulis tentang bidang arkiologi dan antropologi. 

3.7.3.    Antara buku-buku yang beliau tulis ialah:

TAJUK BUKU
TAHUN DITERBITKAN
La Civilization des Arabes
1884
La Psychologie des Foules
1895
La Psychologie de l’éducation
1910
Les opinions et les croyances
1911
La révolution française et la psychologie des Révolutions
1912
Enseignements psychologiques de la guerre européenne
1915
Premières conséquences de la guerre
1916
Hier et demain. Pensées brèves
1918
Psychologie des temps nouveaux
1920
Le déséquilibre du monde (1923

Les incertitudes de l’heure présente
1923
Bases scientifiques d’une philosophie de l’histoire
1931

3.7.4. Bukunya yang bertajuk “La Civilization des Arabes (The Civilization of the Arabs)” merupakan buku yang memaparkan tentang ketamadunan Islam.  Di bawah ini diturunkan sebahagian petikan dari buku tersebut yang menjelaskan pandangan beliau tentang Islam dan tamadunnya serta pandangan dari penulis lain: 

(i) “Islam, from among all religions, best suits the science discoveries and is the most ready to edify souls and force them to abide by justice, kindness and toleration.”

(ii) “The Bedouin tribes in the Arab Peninsula adopted a religion brought by an unlettered person by virtue of which they established, within less than fifty years, a great state like that of Alexander and adorned it with many magnificent buildings which stand as a miraculous sign. … Muhammad was certain that Allâh commanded him to call people to a new religion which He revealed to him in order to renew the world and, by virtue of his certainty, he was able to change the entire world.” 

(iii) “However, the achievements made by Muhammad in the Arab territories went beyond those of all religions before Islam, including even Judaism and Christianity. This is why the credit of Muhammad on the Arabs was extremely great.”

(iv) “When ‘Umar ibn al-Khattâb entered Jerusalem (Bayt al-Maqdis), he showed a great toleration towards its inhabitants that made them feel secure for their religion, property and habits. He imposed only a little Jizyah on them. A similar toleration was shown by the Arabs in all Syrian cities, whose inhabitants soon accepted the sovereignty of the Arabs and most of them embraced Islam instead of Christianity and learnt Arabic as well.” 

(v)“It has been proven throughout history that religions cannot be imposed by force. When the Christians conquered the Arabs of Andalusia, the Arabs favored to be killed and driven out entirely rather than to leave Islam. Nevertheless, the Qur’an did not spread by the sword. On the contrary, it spread only by invitation and by invitation alone was it embraced by different peoples who later conquered the Arabs, like the Turks and Mongols. 

(vi)“Muhammad was a man of noble manners, wisdom, kindheartedness, compassion, mercy, truthfulness and trustworthiness.

(vii) "Muhammad is the greatest man that history ever knew"

(viii) “We see from the Qur’anic verses that Muhammad’s toleration with the Jews and Christians was so great as none among the founders of the religions before him, of Judaism or Christianity, had never been, and we would see how his successors followed his method in this respect. That toleration was recognized by some European scholars who had doubts or those few in number who believed and gazed at the history of the Arabs. In the following sentences I am going to quote from the books of many of them, which proves that our opinion on this issue is not just ours.”

(ix) According to Robertson in his ‘History of Charlemagne’: “The great zeal the Muslims (from among all men of religions) had for their religion went side by side with a spirit of toleration toward the followers of other religions.

(x) According to Michaud in his ‘History of the Crusades’: “The Qur’an which enjoins Jihâd upon the Muslims shows great toleration towards the followers of other religions. It exempts the patriarchs, monks and their servants from taxes. Muhammad forbade killing monks because they devoted themselves to worship. ‘Umar ibn al-Khattâb did not harm the Christians when he entered Jerusalem (Bayt al-Maqdis), whereas when the Christians entered it, they slew the Muslims and burnt the Jews mercilessly.

3.7.5. Gustave Le Bon telah meninggal dunia di Marnes-la-Coquette Peranchis pada 13 Disember 1931 ketika berumur 90 tahun.

3.8.   WILLIAM JAMES DURANT (WILL DURANT)

3.8.1. Will Durand telah dilahirkan di North Adams, Massachusettes Amerika Syarikat pada 5 November 1885. Merupakan anak kepada pasangan Joseph Durant dan Mary Allard. Memperolehi ijazah sarjana pada tahun 1907 dari Saint Peter’s College, New Jersey. Pada tahun 1917 memperolehi Ph.D dalam bidang falsafah dari Universiti Columbia. Pekerjaannya ialah ahli sejarah, ahli falsafah dan guru. Beliau juga merupakan seorang penulis terkenal di Amerika.

3.8.2. Beliau menjadi terkenal dengan penulisan 11 jilid buku bertajuk “The Story of Civilization” yang ditulis bersama isterinya, Ariel.  Buku ini diterbitkan pada tahun 1935 dan 1975.

3.8.3. Dalam bukunya itu beliau telah menyebutkan perkara-perkara berikut:

(i) "If we rated greatness by the influence of the great, we will say "Muhammad is the greatest of the great in history"

(ii) “If we judge greatness by influence, he was one of the giants of history. He undertook to raise the spiritual and moral level of a people harassed into barbarism by heat and foodless wastes, and he succeeded more completely than any other reformer seldom has any man so fully realized his dream.... When he began, Arabia was a desert flotsam of idolatrous tribes; when he died it was a nation.”

(iii) “In the year 565 Justinian died, master of a great empire. Five years later Muhammad was born into a poor family in a country three quarters desert, sparsely peopled by nomad tribes whose total wealth could hardly have furnished the sanctuary of St. Sophia. No one in those years would have dreamed that within a century these nomads would conquer half of Byzantine Asia, all Persia and Egypt, most of North Africa, and be on their way to Spain. The explosion of the Arabian Peninsula into the conquest and conversion of half the Mediterranean world is the most extraordinary phenomenon in medieval history.”

3.8.4. Will Durand telah mati pada 7 November 1981 di Los Angeles California semasa berumur 96 tahun.

4.   Komentar-komentar positif yang telah diberikan oleh orang bukan Islam di atas tentang Rasulullah amat bertepatan sekali dengan firman Allah dalam Surah Al Anbiya [Para Nabi] (21:107) yang berbunyi:


“Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.”

5.   Komen-komen positif di atas tentang Islam dari cendekiawan bukan Islam meyakinkan kita bahawa agama Islam adalah satu-satunya agama di dunia yang bakal menguasai dunia sekali lagi pada masa hadapan seperti zaman kegemilangan Islam dahulu. Semoga ianya telah menjadi ketentuan Qada' dan Qadar dari Allah. Hanya kepada Allah kita berserah.

6.   Kini agama Islam telah menjadi agama terbesar di dunia dari segi jumlah penganut. Menurut statistik Agensi Perisikan Pusat Amerika (CIA), jumlah penduduk Islam telah meningkat dari 1.6 bilion pada tahun 2005 ke 1.84 bilion hingga Ogos 2007. Ada dua sebab mengapa perkara ini berlaku:

  a) Peningkatan mendadak bilangan saudara baru Islam.

Menurut perangkaan dari Universiti Chicago, 300 hingga 400 warga Amerika Syarikat menganut agama Islam setiap hari. Di anggarkan seramai 34,000 orang Kristian di Amerika Syarikat  dan 22,000 orang  Kristian di Eropah telah memeluk Islam selepas 10  bulan berlakunya peristiwa besar dunia September 11 pada  11.9.2001. Islam adalah agama kedua terbesar di kebanyakan negara Barat termasuk Amerika Syarikat dengan lebih dari 10 juta umat Islam, dan sekurang-kurangnya 30% dari jumlah ini adalah saudara baru. 70% dari saudara baru adalah wanita. Menurut laporan European Union (EU), penduduk Islam di Eropah akan meningkat tiga kali ganda dalam masa 10 tahun akan datang.

  b) Peningkatan kadar kelahiran yang cepat dikalangan penduduk Islam.

Di negara-negara umat Islam seperti Pakistan, India, Bangladesh, Indonesia, Malaysia dan lain-lain mencatatkan 3,500,000 bayi Islam lahir setiap tahun. Kadar kelahiran umat Islam naik dengan cepat sedangkan di kalangan penganut Kristian ia menunjukkan kadar penurunan. Penganut Kristian kalah dari segi bilangan ini berbanding penganut Islam, Buddha, athiest. Jumlah terkini penganut Kristian di dunia dianggarkan 1.8 bilion orang.


“Niat adalah ukuran dalam menilai benarnya suatu perbuatan. Oleh kerana itu, ketika niatnya benar, maka perbuatan itu juga benar tetapi jika niatnya salah maka perbuatan itu juga salah.” ~ Mutiara Kata Imam Nawawi Rahimahullah.

No comments:

Post a Comment