MAKAM IMAM NAWAWI DI NAWA, SYRIA
1. Nama sebenar Imam Nawawi ialah Zakaria Yahya bin Syaraf bin
Muri al-Nawawi. Gelarannya ialah Mahyuddin. Ayahnya Syaraf bin Muri merupakan
seorang peniaga kedai di Nawa, Syria. Imam Nawawi dilahirkan pada bulan Muharram
pada tahun 631H di Syria. Beliau telah belajar membaca dan menghafal al-Quran
di Nawa sebelum berpindah ke Damsyik ketika berusia 18 tahun pada tahun 649H.
Beliau telah berguru dengan Mufti Syam, Tajuddfin Abdul Rahman bin Ibrahim.
Setelah dua tahun berada di Damsyik, beliau pergi menunaikan haji bersama
bapanya pada tahun 651H.
2. Imam Nawawi seorang yang sangat gigih dan tekun dalam menuntut ilmu siang dan malam. Dia tidak akan tidur kecuali memang sudah
tidak dapat ditahan lagi. Dia mengatur waktunya untuk belajar, menulis,
mengkaji atau mendatangi para gurunya.
Setiap hari beliau akan mempelajari 12 subjek daripada guru-gurunya
dalam pelbagai bidang ilmu Islam. Gurunya dalam bidang hadith seramai 8 orang, bidang
feqah 4 orang, bidang nahu serta bahasa
3 orang dan bidang usul 1 orang. Beliau
seorang tokoh feqah mazhab Shafie yang terkemuka. Dia merupakan
seorang pemelihara/penjaga mazhab Shafie. Namanya disebut di
seluruh pelusuk dunia dan kealimannya mencapai tingkatan yang sangat tinggi.
Dia adalah syeikh mazhab Shafie. Keistimewaan Imam
Nawawi ialah dalam dirinya terkumpul ilmu yang sangat luas dalam bidang feqah dan hadith. Beliau telah meriwayatkan
kitab-kitab hadith yang muktabar dengan
sanad yang tinggi kepada para imam yang menulis kitab-kitab. Beliau
berusaha gigih untuk menguasai ilmu dalam pelbagai bidang ini kerana ia selaras
dengan firman Allah dalam ayat-ayat berikut:
2.1. Surah Az-Zumar[Rombongan](39:9 ) yang berbunyi:
“(Engkaukah yang lebih baik)
atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan
berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya?
“Katakanlah lagi (kepadanya): “Adakah sama orang-orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu?” Sesungguhnya orang-orang yang dapat
mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.
2.2. Surah AlBaqarah[Lembu Betina](2:269) berbunyi:
"Allah memberikan Hikmat
kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut
aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka
sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat
mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan
akal fikirannya".
3. Imam Nawawi berpendapat
bahawa ibadat yang paling utama adalah mempelajari ilmu dengan penuh keikhlasan
semata-mata kerana Allah. Beliau terkenal sebagai seorang yang banyak
beribadat. Meninggalkan kesenangan, kenikmatan dan keseronokan duniawi. Jika
dia mengambil upah wang dari seseorang
itu hanyalah untuk membeli kitab dan kemudian diwakafkan. Beliau juga terkenal
dengan kezuhudan dan kesolehannya dalam mencari keredaan Allah
dan amat bersederhana dalam berpakaian, makanan dan berbelanja. Penampilannya
juga sederhana. Sesiapa yang tidak pernah berjumpa dan melihat tentu akan
menyangka bahawa dia seorang petani Nawa yang datang ke Damsyik untuk berziarah. Ini
kerana tidak ada tanda-tanda yang
terlihat padanya sebagai seorang ulama di zamannya yang menampilkan keagungan pada
bentuk fizikal dan pakaian.
4. Nilai seorang ulamak adalah peninggalan karya-karyanya. Perkara
yang luar biasa dan menghairankan adalah kerana Imam Nawawi hidup cuma selama 45 tahun
sahaja sedangkan beliau meninggalkan khazanah
dan karya-karya yang sangat banyak. Menurut pengkaji sejarah, dia mula mengarang pada tahun
660H iaitu ketika berusia 29 tahun. Keberkatan hidupnya terserlah setelah
kematiannya apabila kitab-kitabnya diterima, dijadikan bahan rujukan dan dimanfaat
oleh umat Islam seluruh dunia.
5. Imam Nawawi telah menulis buku-buku dalam pelbagai bidang ilmu
seperti feqah, hadith, syarah hadis, mustalah al-hadith, bahasa dan tauhid.
Keistimewaan buku-bukunya ialah penerangan yang jelas dan mudah difahami. Di
antara buku-buku karangan Imam Nawawi yang terkenal ialah:
ii. Al-Rawdah al-Talibin
iii. Al-Minhaj
vi. Al-Tibyan fi adab Hamlah al-Quran
vii. Al-Tahrir fi alfaz al-Tanbih
viii. Al-Idhah fi Manasik
ix. Al-Irsyhad
wa al-Taqrib
x. Al-Arba‘in al-Nawawiyah
xii. Manaqib al-Syafi’i-
xiii. Al-Fatawa
xiv. Al-Adab al-Mufti wa al-Mustafta
xvi. Ensaiklopedia Zikir
xvii. Tadhib al-Asma’ wa al-Lughah (Buku mengenai bahasa dan pengunaan istilah yang tepat. Buku ini tidak sempat disiapkan kerana dia telah meninggal dunia tetapi meninggalkan sebahagian besar daripada penulisannya).
xvii. Tadhib al-Asma’ wa al-Lughah (Buku mengenai bahasa dan pengunaan istilah yang tepat. Buku ini tidak sempat disiapkan kerana dia telah meninggal dunia tetapi meninggalkan sebahagian besar daripada penulisannya).
6. Satu
hari Sultan Malik di zaman Imam Nawawi telah memanggil semua ulama dalam
negaranya untuk membincangkan persiapan menghadapi tentera Mongol. Beliau mencadangkan untuk menggunakan harta
rakyat bagi tujuan membuat persiapan menghadapi tentera Mongol. Ulama-ulama lain semuanya telah bersetuju. Hanya
seorang yang tidak bersetuju, iaitu Imam Nawawi. Imam Nawawi telah berkata kepada Sultan; “Asal usul tuanku ialah seorang tawanan perang
tetapi dengan pertolongan Allah tuanku telah menjadi raja. Tuanku ada 1000
hamba dan tiap hamba ada beberapa ketul emas. 200 khadam wanita pula memiliki
perhiasan yang mahal-mahal. Tuanku seharusnya kumpul semua kekayaan tuanku dan
khadam terlebih dahulu. Jika masih tidak
mencukupi barulah ambil harta rakyat”.
Di atas keberanian Imam Nawawi inilah menyebabkan beliau telah dibuang daerah
ke Nawa Syria. Inilah dia ketegasan Imam Nawawi yang hanya takut kepada Allah dan
bukannya kepada manusia. Ketegasan Imam Nawawi ini kerana memahami firman
Allah dalam Surah Al-Qasas [Kisah-Kisah](28:17) yang berbunyi:
Almarhum Imam Nawawi meninggal dunia pada 24 Rejab, 676H di Nawa, Syria ketika berusia 45
tahun dan disemadikan di sana.
“Ia
merayu lagi: “Wahai Tuhanku, demi nikmat-nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku,
(peliharalah daku) supaya aku tidak akan menjadi penyokong kepada golongan yang
bersalah”.
7. Apakah
pengajaran yang dapat kita ambil dari kesah hidup seorang imam yang hebat ini:
7.1. Imam Nawawi meninggal dunia ketika berusia 45 tahun. 45 tahun ialah usia yang sangat muda. Dalam usia semuda itu lihatlah apa yang beliau telah tinggalkan untuk generasi Islam selepasnya. Jasa dan sumbangannya kepada agama Allah ini tersangat besar dan hebat. Beliau dikatakan tidak sempat mendirikan rumah tangga kerana terlalu sibuk dengan urusan mencari ilmu agama dan mengarang kitab-kitab. Masyaallah. Sama-samalah kita muhasabah diri kita. Apakah sumbangan dan jasa kita untuk agama Islam yang maha suci?. Solat, puasa, zakat dan haji yang kita lakukan itu bukan boleh dikatakan sumbangan atau jasa. Itu adalah tanggungjawab kita sebagai orang Islam.
7.2. Seorang ulama pewaris nabi sebenar hanya takut kepada Allah dan bukannya manusia, walaupun manusia itu seorang sultan.
7.2. Seorang ulama pewaris nabi sebenar hanya takut kepada Allah dan bukannya manusia, walaupun manusia itu seorang sultan.
7.3. Setiap orang Islam perlu mencontohi Imam Nawawi dalam penguasaan pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Kita perlu mempunyai keinginan malah ketamakan untuk menguasai ilmu pengetahuan. Ilmu adalah asas kepada kehidupan manusia. Sebab itulah ayat (wahyu) pertama yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad ialah iqra' (baca) yang membawa maksud carilah ilmu pengetahuan.
7.4. Berusahalah untuk menjadi seorang yang zuhud yang sentiasa mengutamakan kelebihan dan nikmat akhirat (syurga) berbanding dengan sedikit nikmat di dunia yang fana ini.
“Janganlah seseorang hamba itu mengharap selain
kepada Tuhannya dan janganlah dia takut selain kepada dosanya”. ~ Mutiara kata
Saidina Ali Karamallahu Wajhah