PROFESOR
JAMES FRANKEL
Firman Allah dalam Surah Al-An’am [Binatang Ternakan](6:125)
berbunyi:
“Maka sesiapa yang Allah
kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan
dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah
kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit
sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah
payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak
beriman.”
1. Professor James Frankel lahir di Manhattan New
York USA. Beliau ialah seorang
professor dalam bidang ilmu perbandingan agama di sebuah universiti di
Hawai dan telah menetap di sana. Dibesarkan dengan nilai-nilai akhlak yang baik tetapi tidak memilki
pegangan agama yang kukuh. Keluarganya
mengamalkan agama Judaism, iaitu agama anutan orang Yahudi. Beliau telah dikeluarkan dari sekolah Jews
kerana terlalu suka bertanya soalan.
2. Selama 13 tahun beliau banyak membaca
manifesto Marxist. Kemudiannya
beliau ambil keputusan untuk membuang falsafah komunis. Beliau berkawan dengan seorang kawan dari Pakistan yang bernama
Mansor, beragama Islam. Kawannya ini telah memberikannya sebuah Al-Quran. Namun
beliau tidak pernah membuka ataupun membacanya bertahun-tahun lamanya.
3. Dua persoalan yang selalu bermain dalam
fikirannya ialah dari mana kita datang
dan ke mana kita akan pergi selepas ini. Dalam satu peristiwa neneknya telah terjatuh
dan buku lalinya terseliuh. Beliau hantar neneknya ke kereta dan beritahu pada
neneknya kita akan jumpa lagi pada hari ‘thanksgiving’. Neneknya berkata padanya “God willing”. Diawal pagi sepupunya
telefonnya dan beritahu neneknya telah
meninggal dunia. Dia sentiasa ingat ucapan neneknya, iaitu God
willing. Dalam masa upacara pengembumian neneknya, seorang rabai (ulama)
Yahudi berkata padanya bahawa neneknya seorang yang baik dan kini dia telah kembali
pada tuhannya. Dia terus bertanya kepada rabai, “kita datang dari mana, dan kita akan ke mana selepas ini”. Rabai tidak
menjawab soalan itu sebaliknya dia melihat jamnya serta bergegas pulang. Dia juga
pernah bertanya soalan kepada seorang rabai Yahudi lain, iaitu “adakah tuhan itu untuk orang Jews sahaja
yang berjumlah lebih kurang 20 juta orang di dunia, sedangkan berbilion manusia
lagi adalah bukan Jews”. Namun beliau tidak mendapat jawapan yang
dikehendakinya.
4. Dalam usaha untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan yang bermain dalam fikirannya, beliau mula belajar sendiri kitab bible agama Kristian.
Orang Kristian cuba mempengaruhinya masuk Kristian dan ajar dia terima hakikat bahawa
Jesus ialah tuhan dan penyelamat (savior).
Namun apa yang dia faham Jesus hanyalah seorang guru dan kawan. Lepas itu dia cuba belajar kitab agama Buddha,
Hindu dan lain-lain tapi tidak mendapat jawapan kepada soalan-soalan yang ada
dalam fikirannya.
5. Satu hari beliau berjumpa dengan seorang Afrika
berjanggut panjang, berjubah putih sedang membaca kitab dan orang Afrika itu
kata padanya semua orang putih adalah syaitan. Tapi bagi Frankel dia ingin mencari
tuhan, tidak mungkin dia juga syaitan. Orang Afrika itu bacakan terjemahan Surah
Al-kahfi dan berikan catatan ayat dari surah itu kepada Frankel. Dia balik ke biliknya dan mula mencari Quran
yang telah diberikan oleh kawannya, Mansor 6 tahun lalu. Tapi Frankel tidak temui ayat yang
mengatakan bahawa orang putih itu syaitan. Tetapi oleh kerana dia sudah terbaca
ayat itu, maka dia terus membaca dari awal. Baca, dan baca lagi hingga dia tertidur.
6. Hari berikutnya dia sambung lagi baca
terjemahan Quran. Lepas itu bila ada kelapangan saja dia pasti akan membaca Quran.
Quran telah membuatkan hatinya bergetar bila membacanya tetapi perasaan
sedemikian tidak ada bila dia baca kitab agama lain. Kadang-kadang dalam masa membaca
terjemahan AlQuran, air matanya mengalir, bulu roma dan bulu tengkuknya
berdiri. Dia mula menyedari dia telah membaca perkataan-perkataan (kalam) dari tuhan dan bukan dari manusia.
7. Dalam bulan Januari 1990 dia telah berjumpa
kawan-kawan lamanya termasuk Mansor dari
Pakistan. Mereka bercakap soal agama dan
dia katakan pada kawannya bahawa dia percaya kepada tuhan. Tuhan itu satu dan
percaya Muhammad itu pesuruh Allah. Kawannya kata kamu sudah terlalu hampir Islam. Dengan bantuan kawan-kawannya dia telah memeluk Islam. Kawannya
beri buku bertajuk ‘Islam in Focus’ kepadanya. Dari
situ Frankel mula belajar mengambil wuduk untuk solat. Dia mula solat. Pintu
biliknya sentiasa ditutup untuk solat. Dia juga mula belajar berpuasa. Dia hanya agak-agak sahaja bila matahari naik
dan terbenam untuk berbuka. Makan sendirian dalam biliknya. Dalam tempoh 6-8 bulan pertama beliau
benar-benar bersendirian, tidak bermasyarakat.
8. Temannya hanyalah Al-Quran dan
buku-buku agama. Keluarganya telah mengetahui dia kerap membaca Al-Quran dan membawa Al-Quran
ke mana-mana. Pada satu hari dia membuat keputusan untuk memberitahu keluarganya
bahawa dia telah memeluk Islam. Emaknya menangis mendengar berita itu. Dalam tahun
pertama mereka agak memahami satu sama lain. Apa yang sangat ditakuti ibunya ialah dia akan jadi orang yang jahat setelah masuk Islam. Tetapi
dia beritahu ibunya semenjak memeluk Islam pelajarannya bertambah baik dan dia
juga telah jadi anak yang lebih baik.
9. Beberapa rumusan dapat dibuat dari kesah di atas:
9.1. Jika benarlah cerita seperti di Para 5 di atas, iaitu pertemuannya dengan seorang Afrika berjanggut panjang dan berjubah putih mungkin orang itu ialah malaikat Allah yang diutuskan untuk memberi asas permulaan kepadanya ke arah mencari cahaya Islam.
9.2. Hanya Allah yang berkuasa memberikan hidayah kepada manusia.
9.3. Setiap manusia pasti akan melalui ujian Allah. Ujian bagi Frankel ialah di awal pengislamannya beliau terpaksa hidup bersendirian tanpa masyarakat. Hal ini selari dengan firman Allah dalam Surah Al Baqarah [Lembu Betina](2:214) berbunyi:
"Adakah
patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada
kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang
terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda)
dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga
berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah
(datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu
dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)."
“Tiada sholat yang sempurna tanpa jiwa yang
khusyu’.
Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri
daripada perbuatan yang sia-sia.
Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur’an tanpa
mengambil pangajaran daripadanya.
Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa
memiliki sifat wara’.
Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling
sayang-menyayangi.”
~ Mutiara Kata Saidina Ali Karamallahu Wajhah
No comments:
Post a Comment