TANDA CINTA KITA KEPADA RASULULLAH SAW |
2. Bacaan selawat sangat ringkas.
Beberapa bacaan selawat boleh dilafazkan, Misalnya:
Allahumma solli ‘ala muhammad, wa ‘ala ali
muhammad bermaksud Allah selawatkanlah ke atas Muhammad, dan ahli
keluarganya.
Allahumma solli ‘ala muhammad, wa ‘ala ali
wasalam bermaksud Allah selawatkanlah ke atas Muhammad, dan ahli
keluarga dan kesejahteraannya.
3. Dalam Surah Al-Ahzab [Perang
Ahzab](33:56) Allah SWT berfirman:
“Sesungguhnya
Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang
beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam kepadanya.”
4. An-Nasaie dan Ibnu Hibban meriwayatkan, Rasulullah bersabda yang berbunyi: "Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku."
4. An-Nasaie dan Ibnu Hibban meriwayatkan, Rasulullah bersabda yang berbunyi: "Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku."
5. Selawat berasal dari perkataan Arab ‘solat’. Solat dari segi bahasa
bererti doa, iaitu memohon atau meminta. Apabila kita berdoa kepada Allah,
bererti kita memohon atau meminta sesuatu dari Allah. Itu juga yang dimaksudkan
dengan selawat. Apakah makna Allah
berselawat ke atas Rasulullah? Selawat Allah ke atas Rasulullah bermakna pujian
Allah serta Allah menyebut-nyebut nama Rasulullah di sisi malaikat-malaikat di
langit tujuh. Disebut-sebut nama Rasulullah SAW di sisi para malaikat yang
paling hampir kedudukannya dengan Arasy Allah SWT.
6. Makna selawat para malaikat dan selainnya termasuk kita kepada
Rasulullah adalah doa kita kepada Allah agar Allah berselawat ke atas Rasulullah.
Apabila kita berselawat, kita sebenarnya sedang meminta kepada Allah supaya
Allah memperbanyakkan selawat kepada Rasulullah.
7. Selawat Allah ke atas Rasulullah asalnya sudah berlaku seperti yang
disebut dalam ayat Al-Quran di atas. Tapi kita diperintahkan untuk berselawat
iaitu berdoa kepada Allah agar Allah memperbanyakkan puji-pujian ke atas Nabi
Muhammad SAW dan menyebut nama baginda di sisi para malaikatNya.
8. Bagaimanakah cara untuk melayakkan kita mendapat selawat dari Allah SWT. Allah akan hanya berselawat sebanyak 10 kali kepada sesiapa yang berselawat kepada Rasulullah. Begitulah hebatnya selawat kepada Rasulullah.
9. Untuk mengetahui betapa besarnya fadhilat/kelebihan berselawat kepada
Rasulullah ini sama-sama kita ikuti sebuah kisah yang telah berlaku pada sekitar
tahun 700 M. Kisah ini berlaku di
hadapan Kaabah apabila seorang pemuda sedang mengerjakan tawaf di keliling
Kaabah. Semasa mengelilingi Kaabah
pemuda ini hanya membaca selawat kepada Rasulullah sahaja dan tidak membaca
doa-doa lain. Perbuatan pemuda ini telah
didengar oleh seorang ulama besar pada masa itu, iaitu Sheikh Sufyan As-Sauri
bin Said (716 M–778 M) yang berasal dari Kufah Iraq. Pada masa itu sheikh ini
sedang berdoa di hadapan Kaabah.
10. Selesai tawaf, sheikh ini telah mendekati pemuda itu dan
bertanya kepadanya kenapa dia hanya berselawat kepada Rasulullah sahaja dan tidak
membaca doa-doa lain. Pemuda tersebut bertanya
siapakah sheikh tersebut. Alangkah
terkejutnya pemuda itu apabila sheikh tersebut memperkenalkan dirinya. Pemuda ini hanya mengetahui kehebatan ulama
besar, Sheikh Sufyan AsSauri melalui namanya sahaja. Pemuda itu pun mula menjelaskan sebab-sebabnya
kepada sheikh tersebut.
11. Kata pemuda itu pada tahun lepas dia dan ayahnya telah datang mengerjakan haji. Semasa sedang tawaf, tiba-tiba ayahnya kena serangan jantung lalu rebah di atas ribanya dan terus meninggal dunia. Sebaik meninggal dunia, muka ayahnya bertukar menjadi hitam. Kerana merasa malu lalu pemuda ini menutup muka ayahnya dengan sehelai kain. Pada masa itu pemuda ini terlalu sedih dan beliau tidak henti-henti berdoa kepada Allah. Dalam masa berdoa itulah tanpa disedari pemuda ini telah tertidur.
12. Dalam tidurnya yang sekejap itu dia telah bermimpi didatangi seorang yang berpakaian serba putih dan berwajah sangat cantik. Mukanya putih kemerah-merahan. Orang ini telah membuka kain penutup muka ayahnya dan menyapu dengan tangannya sebanyak 3 kali ke muka ayahnya. Selepas itu muka ayahnya kembali cerah dan normal. Pemuda ini bertanya orang itu, awak ni siapa?. Orang itu menjawab, akulah Rasulullah. Kata Rasulullah, ayah kamu telah membuat satu dosa kepada Allah sebelum kematiannya tapi dia tidak sempat bertaubat. Sekarang aku datang untuk memberikan shafaatku kepada ayah kamu. Sebabnya ialah kerana ayah kamu tidak pernah meninggalkan amalan berselawat kepada aku setiap hari. Setelah sedar dari tidur dan mimpinya, pemuda itu terus membuka kain yang menutupi wajah ayahnya dan dia terkejut kerana mendapati benar seperti apa yang dilihat dalam mimpinya.
13. Kata pemuda itu kepada sheikh Sufyan, sejak dari peristiwa itulah dia tidak pernah meninggalkan amalam berselawat kepada Rasulullah pada setiap hari.
14. Berdasarkan cerita ini dapatlah kita simpulkan betapa besarnya kelebihan/ fadhilat berselawat kepada Rasulullah. Alangkah baiknya amalan ini dilakukan setiap hari selain dari amalan-amalan zikir yang lain.
14. Berdasarkan cerita ini dapatlah kita simpulkan betapa besarnya kelebihan/ fadhilat berselawat kepada Rasulullah. Alangkah baiknya amalan ini dilakukan setiap hari selain dari amalan-amalan zikir yang lain.
15. Bagi orang yang bekerja dan perlu berulang alik pergi dan balik pejabat samada memandu atau menaiki kenderan lain, eloklah masa terluang itu dimanfaatkan untuk berselawat kepada Rasulullah. Janganlah sia-siakan masa lapang itu berlalu begitu sahaja. Sesungguhnya pahala selawat ini ialah salah satu sumber harta kita di akhirat kelak. Orang yang banyak pahala ialah orang yang kaya di akhirat. Sebaliknya orang yang tidak ada pahala atau kurang pahala ialah orang yang bankrap atau miskin di akhirat.
SELAMAT BERAMAL.
Selawat Ke Atas Rasulullah SAW
Selawat Ke Atas Rasulullah SAW
"Tiada apa yang aku kesalkan dalam sehari ketika
terbenamnya matahari, selain daripada umurku menjadi pendek, sedangkan amalanku
tidak bertambah" = Mutiara kata Ibnu Mas'ud
No comments:
Post a Comment