1. Kesah tabien kedua kali ini ialah Said bin Al-Musayyib. Nama penuhnya ialah Said bin Al-Musayyib bin Hazn bin Abi Wahb Ibnu Amr bin A’id bin Imran bin Makhzum Al-Qurasy Al-Makhzumi Al-Madani. Beliau dipanggil dengan nama Abu Muhammad. Terdapat berbagai riwayat mengenai tarikh kelahirannya. Ada pendapat mengatakan Said dilahirkan setelah pemerintahan Umar bin Al-Khattab berjalan selama dua tahun. Ada yang menyebut tarikh itu setelah empat tahun pemerintahan Umar. Manakala ada juga yang mendakwa beliau lahir dua tahun sebelum Umar menjadi khalifah. Apapun beliau tidak sempat hidup di zaman Rasulullah s.a.w. dan tergolong di kalangan tabien, bukannya para sahabat.
2. Beliau
sempat berguru dengan sebilangan sahabat Rasulullah yang terbilang. Antara
mereka yang disenaraikan sebagai guru kepada Said bin Al-Musayyib ialah Saidina
Umar bin al-Khattab, Uthman bin Affan, Ali bin Abi Talib, Saad bin Abi Waqqas,
Ibnu Umar, Ibnu Abbas, Ibnu Amr bin Al-Ash, ayahnya Al-Musayyib, Abu Dzar
Al-Ghifari, Abu Darda, Hasan bin Tsabit, Zaid bin Tsabit, Abu Qatadah, Abu Musa
Al-Asyaari, Abu Said, Abu Hurairah, Sayyidatina Aishah, Asma binti Umais, Ummu
Sulaim, Fatimah binti Qais dan Khaulah binti Hukaim.
3. Said
juga selalu mendengar hadith-hadith daripada sahabat Rasulullah seperti Saidina
Umar bin al-Khattab dan Saidina Uthman bin Affan. Dia pernah disebut sebagai
orang yang paling tahu tentang apa yang pernah diputuskan oleh Saidina Umar dan
Saidina Uthman dalam pengadilan. Beliau diiktiraf sebagai seorang pembesar di
kalangan tabien, terutama disebabkan keilmuannya yang tinggi berhubung hukum-hakam
Islam. Ilmu fiqhnya yang paling luas di kalangan generasinya menjadikan dia
tempat rujukan dan tumpuan menimba ilmu di zamannya.
4. “Aku tidak pernah ketinggalan
takbir pertama dalam solat (bersama imam) selama 50 tahun. Aku juga tidak
pernah melihat punggung para jamaah lain kerana aku selalu berada di saf pertama
selama 50 tahun itu.” Demikian
pengakuan Said bin Al-Musayyib yang sekaligus menggambarkan keteguhan
ibadahnya, terutama di dalam menjaga solat berjamaah. Bahkan di dalam riwayat
yang lain, beliau dilaporkan berkata, “selama 30 tahun, setiap kali muazzin melaungkan azan, pasti
aku telah berada di dalam masjid”, iaitu telah bersiap sedia untuk
solat berjamaah.
5. Ketekunannya
dalam ibadat turut diperakui mereka yang sezaman dengannya. Antaranya,
sepertimana diterangkan Abdul Muin bin Idris yang meriwayatkan daripada
ayahnya, dengan katanya, “selama puluhan tahun Said bin Al-Musayyib melakukan solat subuh
dengan wuduk solat Isyak.”
6. Dari
Ashim bin Al-Abbas Al-Asadi, dia berkata, “Said bin Al-Musayyib sering berzikir
dan sangat takut kepada Allah. Aku juga mendengar dia banyak membaca ayat-ayat
al-Quran di atas kenderaannya, dia sering membaca dengan suara nyaring dan
tidak suka banyak tertawa”.
7. Ali
bin Al-Madini pernah berkata, “Aku belum bertemu para tabien yang lebih luas
ilmunya dari Said bin Al-Musayyib. Bagiku, dia adalah tabien yang paling
terhormat dan mulia.”
8. Abu
Hatim pula berkata, “Tidak ada orang yang lebih mulia di kalangan tabien dari
Said bin Al-Musayyib. Dia adalah orang yang paling sahih meriwayatkan
hadith-hadith yang berasal dari Abu Hurairah r.a.”
9. Abu
Talib pernah bertanyakan Imam Ahmad bin Hambal, “apakah riwayat Said dari Umar
bin Al-Khattab dapat dijadikan hujah. Imam Ahmad menjawab, “Dia (Said) adalah
hujah bagi kita, dia pernah melihat Saidina Umar Al Khattab dan banyak
mendengar hadith darinya. Kalaulah riwayat Said dari Saidina Umar tidak dapat diterima,
dari siapa lagi yang dapat diterima?”
10. Di
sebalik ketinggian ilmunya dan kemuliaan darjatnya di kalangan masyarakat, Said
bin Al-Musayyib bagaimana pun terkenal sebagai seorang yang lemah lembut dan
mengutamakan rasa persaudaraan dalam pergaulannya. Beliau juga amat
bersederhana dalam hidup dan sering berpada dengan apa yang ada. Berkaitan
perkara ini, Ashim bin Al-Abbas Al-Asadi
pernah berkata, “Aku pernah melihat Said berjalan tanpa alas kaki, mencukur
misainya dan berjabat tangan dengan setiap orang yang dijumpainya.”
11. Dalam
riwayat lain dari Imran bin Abdullah, dia berkata Said mempunyai hak ke atas
harta yang ada di Baitul Mal sebanyak lebih 30 ribu dinar. Dia dijemput
mengambilnya, tetapi menolaknya dan mengatakan dia tidak memerlukan harta itu.
12. Said
bin Al-Musayyib turut terkenal sebagai seorang ilmuan yang sangat tegas
mempertahankan prinsip dan pendiriannya. Beliau tidak mudah tunduk terhadap
apa-apa permintaan yang dirasakannya tidak perlu, walau pun ia datang daripada
pihak pemerintah. Beberapa kes dicatatkan di dalam kisah hidupnya menjelaskan
hakikat itu.
13. Satu
hari Khalifah Abdul Malik bin Marwan datang ke Madinah dan mengutus pengawalnya
untuk menjemput Said bin Al-Musayyib bertemunya. Jemputan itu bagaimana pun
tidak dipedulikan oleh Said. Sebaliknya, beliau menegaskan, “Amirul Mukminin
tidak mempunyai apa pun urusan denganku dan aku pun tidak mempunyai sebarang
urusan dengannya. Kalau benar dia berhajat menemui aku, pastinya itu satu
kesilapan.” Jawapan sama diberikan Said walau pun selepas pegawal berkenaan
datang buat kali kedua.
14. Perkara
yang serupa berulang lagi di zaman Al-Walid bin Abdul Malik menjadi khalifah.
Ketika beliau datang ke Madinah, beliau melihat orang ramai sedang mengerumuni
Said bin Al-Musayyib di dalam sebuah masjid. Setelah diberitahu bahawa orang
itu ialah Said bin Al-Musayyib yang masyhur itu, Al-Walid mengutuskan pengawalnya
untuk memanggil Said mengadapnya. Said bagaimana pun menolak permintaan itu
seraya berkata, “Mungkin engkau salah menyebut namaku atau mungkin dia
(Al-Walid) mengutus engkau kepada orang lain, bukannya aku.” Jawapan itu
disampaikan kepada khalifah dan menyebabkan dia marah. Al-Walid terus datang
sendiri mendapatkan Said. Melihatkan keadaan itu, orang ramai yang masih ada di
dalam masjid terus mendapatkan khalifah dan berkata, “Wahai Amirul Mukminin,
dia (Said) adalah ulama fiqh di Madinah, pembesar kaum Quraisy dan juga teman
kepada ayahmu (Khalifah Abdul Malik). Tidak ada seorang pun dari para khalifah
yang mampu membuat dia mengikut arahan mereka.” Mereka mengatakan begitu berulangkali sehingga akhirnya
Al-Walid berlalu dari situ.
15. Sikap dan pendirian serupa turut kelihatan
ketika pelantikan dua orang anak Khalifah Abdul Malik sebagai putera mahkota.
Khalifah mengarahkan seluruh rakyat berbaiat
dan menyatakan ketaatan serta kesetiaan kepada mereka. Said bin al-Musayyib
bagaimana pun menolak untuk berbuat demikian dengan katanya, “Aku akan melihat
dulu sikap dan perlakuan mereka berdua.”
16. Disebabkan
keengganannya itu, Said diriwayatkan telah disebat 60 kali atas arahan khalifah,
diarak ke sekeliling kampung dalam keadaan bercawat dan dipenjarakan. Namun
kezaliman yang dilakukan ke atasnya itu sedikit pun tidak melemahkan pendirian
tegasnya yang tidak bersedia tunduk kepada keangkuhan pemerintah.
17. Keengganan
Said bin Al-Musayyib memenuhi permintaan khalifah-khalifah itu ialah kerana
kebenciannya melihat kezaliman yang mereka lakukan semasa jadi pemerintah. Hal
itu dapat difahami apabila beliau turut diriwayatkan begitu mudah menerima
permintaan serupa dari Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang terkenal dengan sifat
adil dan zuhud itu. Ketelitiannya di dalam memilih orang untuk didekati atau
dijadikan teman dalam pergaulan seharusnya dijadikan sebagai iktibar kepada
kita semua. Di atas sebab yang sama, biar pun pada kelazimannya dunia amat
menyanjungi kalangan penguasa disebabkan kedudukan tinggi dan mulia mereka di
dalam masyarakat, Said bin Al-Musayyib tidak berkongsi pendirian yang sama.
18. Selain
menolak permintaan Khalifah Abdul Malik dan puteranya untuk bertemu dan berbual
bicara, Said bin Al-Musayyib juga diriwayatkan pernah menolak pinangan khalifah
terhadap puterinya untuk dijadikan isteri puteranya, Al-Walid. Selepas beberapa
percubaan dengan berbagai cara tetap gagal memujuk Said, Abdul Malik akhirnya
bertindak secara kasar. Said disebat seratus kali di musim dingin dan disiram
dengan air sejuk ke tubuhnya sebagai penyeksaan di atas keengganannya menjadi
besan khalifah.
19. Namun penyeksaan itu sedikit pun tidak menggoyahkan pendiriannya. Sebaliknya, Said bin Al-Musayyib tegas dengan prinsipnya memilih lelaki terbaik untuk puterinya. Dia telah menjodohkan salah seorang anak buahnya bernama Katsir bin Abdul Muttalib bin Abi Wadaah dengan puterinya itu, walau pun dengan maskahwin hanya dua tiga dirham sahaja.
20. Baginya,
bermenantukan seorang yang lurus dan ikhlas kehidupannya, walau pun tidak
berharta adalah jauh lebih mendamaikan hati berbanding bermenantukan seorang
yang terkenal dan hartawan tetapi memiliki sifat angkuh dan zalim. Pendirian
beliau ini dapat difahami dari salah satu mutiara katanya: “Janganlah kamu
banyak berkawan dengan orang-orang zalim, kecuali dalam hati kamu mesti
mengengkari apa yang mereka lakukan, agar amal dan perbuatan kamu yang baik
tidak menjadi luntur kerananya.”
21. Apakah rumusan yang dapat dibuat dari kesah tabien yang hebat ini:
21.1. Mungkinkah beliau juga salah seorang penghuni syurga tanpa hisab di Padang Mahsyar seperti janji Rasulullah.
21.2. Nilailah sendiri amal ibadatnya kepada Allah. Mampukah kita?. Jika pun tidak mampu, janganlah terlalu jauh dari iman Said ini. Bukankah kita juga ada cita-cita untuk menghuni syurga Allah.
21.3. Ketakutan Said AlMusayyib hanyalah kepada Allah sahaja. Selain Allah beliau tidak pernah gentar, walaupun berdepan dengan khalifah. Inilah yang diajar oleh Islam kepada kita. Mari kita lihat firman Allah dalam Surah Al Anfal [Harta Rampasan Perang](8:2) yang berbunyi:
“Hanya orang mukmin yang sebenar itu apabila disebut saja nama Allah, gementarlah hati mereka dan apabila dibaca ayat al-Quran, bertambahlah keimanan mereka dan hanya kepada Allah sajalah mereka menyerah diri.”
21.4. Firman Allah yang lain dalam Surah An Naaziat [Malaikat Yang Mencabut](79:40) berbunyi:
“Dan ada pun orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya."
(79:41)
"Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya".
“Cukuplah bila aku merasa mulia karena Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai” = Mutiara kata Saidina Ali Karamallahu Wajhah.
21. Apakah rumusan yang dapat dibuat dari kesah tabien yang hebat ini:
21.1. Mungkinkah beliau juga salah seorang penghuni syurga tanpa hisab di Padang Mahsyar seperti janji Rasulullah.
21.2. Nilailah sendiri amal ibadatnya kepada Allah. Mampukah kita?. Jika pun tidak mampu, janganlah terlalu jauh dari iman Said ini. Bukankah kita juga ada cita-cita untuk menghuni syurga Allah.
21.3. Ketakutan Said AlMusayyib hanyalah kepada Allah sahaja. Selain Allah beliau tidak pernah gentar, walaupun berdepan dengan khalifah. Inilah yang diajar oleh Islam kepada kita. Mari kita lihat firman Allah dalam Surah Al Anfal [Harta Rampasan Perang](8:2) yang berbunyi:
“Hanya orang mukmin yang sebenar itu apabila disebut saja nama Allah, gementarlah hati mereka dan apabila dibaca ayat al-Quran, bertambahlah keimanan mereka dan hanya kepada Allah sajalah mereka menyerah diri.”
21.4. Firman Allah yang lain dalam Surah An Naaziat [Malaikat Yang Mencabut](79:40) berbunyi:
“Dan ada pun orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya."
(79:41)
"Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya".
21.5. Dalam perkara yang sama, Rasulullah
SAW bersabda yang bermaksud: “Akulah manusia yang paling takut kepada Allah di
antara kamu semua itu.” (Hadis riwayat Bukhari)
21. 6. Muhasabahlah diri kita. Mana satukah yang kita takut, Allah atau manusia. Jawapannya ada pada diri masing-masing.
21. 6. Muhasabahlah diri kita. Mana satukah yang kita takut, Allah atau manusia. Jawapannya ada pada diri masing-masing.
“Cukuplah bila aku merasa mulia karena Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai” = Mutiara kata Saidina Ali Karamallahu Wajhah.
No comments:
Post a Comment