1. Dr. Laurence Brown ialah seorang doktor pakar dalam bidang Ophthalmology. Bertugas di Hospital Universiti George Washington yang merupakan sebuah hospital terkenal di Amerika Syarikat. Disinilah Presiden Ronald Reagan pernah dirawat
selepas dia ditembak satu masa dulu. Orang fikir Dr.Laurence seorang kristian, tapi
sebenarnya dia ialah athies. Sebagai athies beliau tidak percaya kepada kewujudan tuhan di dunia ini. Baginya apa yang ada di dunia ini adalah wujud dan terjadi dengan sendirinya. Sebelum tahun 1990 dia percaya bahawa orang yang
paling berjaya dalam hidup ini ialah orang yang mati dalam keadaan banyak harta. Bertahun-tahun beliau kumpul harta dalam hidupnya dengan gajinya yang besar.
Itu sajalah yang dia tahu. Itulah matlamat hidup dia sebelum ini.
2. Dalam tahun 1988 anak perempuan pertamanya
Christina lahir. Christina mampu berdiri
pada bulan pertama kelahirannya jika dia didirikan. Sebagai seorang doktor dia
tidak anggap itu sebagai keajaiban. Mungkin hanyalah
keistimewaan sahaja. Pada tahun 1990 anak perempuan keduanya, Hannah
dilahirkan. Sebaik lepas lahir dia dipindahkan dari tempat bersalin ke
Neonatal Intensivce Care Unit (NICU).
Dia tidak tahu sebabnya. Wajah anaknya bertukar menjadi biru yang gelap dari
dada ke kaki. Dia sangat bimbang. Ramai yang menyangka anaknya tidak akan mampu diselamatkan dan dia akan mati.
Jika kita lihat tangan kita ada saluran darah yang berwarna biru, Itu bermakna darah tidak membawa oksigen. Jika
darah bawa oksigen saluran darah akan berwarna merah. Itulah warna tangan anaknya, biru. Lepas dibuat cardiac ultrasound, didapati anaknya menghadapi masalah
penyempitan pembuluh darah yang berfungsi membawa darah dari jantung ke seluruh
badan. Anaknya sedang lemas dan hampir mati.
Sebagai seorang doktor dia tahu anaknya memerlukan pembedahan jantung segera
untuk menukar pembuluh jantung tiruan.
3. Dia berfikir teknologi 20 tahun lalu, jika
anaknya selamat sekalipun beberapa tahun kemudian, anaknya perlu pembedahan lagi
untuk menukar pembuluh jantung baru dan akhirnya
pembuluh ini tidak mampu lagi berfungsi selari dengan hidup dewasanya dan
akhirnya dia akan mati. Itulah pemahaman beliau pada masa itu.
4. Beliau sangat cemas dan bimbang jika anaknya mati. Dalam keadaan panik dia berjalan keluar dari NICU melalui sebuah lorong sebelah NICU dan
dalam hatinya dia berdoa dengan penuh keikhlasan untuk pertama kali dalam hidupnya. Selama ini
dia berasa berkuasa dan boleh dapat apa
yang dikehendaki. Selama ini semua
masalah dapat diatasi oleh beliau kerana memiliki banyak wang. Kemudiannya beliau memasuki sebuah
bilik kosong yang tidak ada apa-apa di dalamnya. Tujuannya ialah untuk
berdoa kepada tuhan untuk menyelamatkan anaknya. Di dalam bilik yang kosong itu dia merasa tenang dan kemudian dia berdoa. Diantara doanya ialah, : Ya tuhan jika engkau memang ada, engkau
harus ingat bahawa aku telah habiskan seluruh hidupku sebelum ini untuk menolak
adanya tuhan di dunia ini. Jika engkau
memang ada tolonglah aku. Kini aku yakin tidak ada sebarang kuasa lagi untuk
menolong anakku. Kuasa itu hanya milik engkau wahai tuhan. Jika engkau selamatkan anakku, aku
akan ikut agamamu. Dia ingat kata-kata itu dengan tepat selepas itu. Lepas berdoa lebih kurang 15 minit
dia balik semula ke bilik NICU. Bila dia masuk anaknya sedang dikelilingi oleh ramai
doktor dan doktor
perhatikannya dari jauh. Doktor pakar kata anaknya ok. Mereka tidak tahu apa yang sedang
terjadi. Semua doktor kehairanan dengan apa yang sedang berlaku. Walaupun doktor kata anaknya ok, tapi dia masih tidak percaya. Ujian ultra sound
sebelum ini menunjukkan anaknya sangat kritikal, tapi lepas itu ujuan ultra soundnya
menunjukkan anaknya kembali normal. Kesimpulannya anaknya
tidak perlu diubati, tidak perlu dibedah. Dia telah menjadi seperti anak normal yang lain.
5. Dr.Brown telah dapat melihat sesuatu yang ajaib berlaku di hadapan matanya. Anaknya dari seorang bayi yang tidak ada harapan untuk hidup tiba-tiba boleh bertukar menjadi sihat dalam masa yang amat singkat. Dia mula menyedari dan menyakini bahawa sihatnya anaknya itu kerana doanya sebentar tadi. Dia mula yakin tuhan telah memberikan pertolongan kepadanya. Dia juga masih ingat akan janjinya kepada tuhan sebentar tadi. Mulai dari saat itulah dia mula mencari tuhan yang telah menolongnya dan tidak
mahu mati tanpa memenuhi janji itu. Bermulalah hidup Dr. Brown untuk mencari tuhan. Persoalannya tuhan yang mana satukah yang telah menyelamatkan nyawa anaknya. Bukankah semua agama ada tuhan masing-masing. Dia mula membaca kitab-kitab agama. Bermula dengan kitab agama Buddha, Taoism, Shinto, Hindu.
Setelah baca semua kitab agama itu dia simpulkan bukan itu yang dia cari. Lepas itu baca
kitab agama Judaism dan mula ternampak sedikit kebenaran dalamnya. Namun ada juga perkara yang dia tak percaya.
Dia temui beberapa pertentangan dalam kitab Perjanjian Lama (Old Testament) yang digunakan oleh penganut agama Judaism. Dalam kitab itu dia temui ramalan tentang kedatangan 3 nabi
terakhir yang menimbulkan pertanyaan padanya. Nabi itu ialah Yahya, Isa (Jesus), siapakah nabi
yang ketiga itu?.
6. Lepas itu dia mula pelajari agama kristian
dan baca bible. Belajar dengan Kristian Southern
Baptist, Mormon, Quaker, The Greek Orthodox, Roman Katolik, Seven Day
Adventist, namun dia tidak temui jawapannya. Lepas itu dia jumpa pendeta kristian
dan belajar darinya. Dia rumuskan bahawa orang kristian
menerima agama mereka tanpa apa-apa syarat dan tanpa memahami agama mereka.
Dia temui dalam bible Jesus kata dirinya ialah son of man. Jadi dia tanya
paderi, kenapa orang kristian panggilnya
son of god sedang dia kata dirinya son of man. Paderi tidak dapat memberikan jawapan.
7. Dalam 3 tempat berbeza dalam bible, Jesus
ditanya oleh pengikutnya, apakah perintah tuhan yang paling penting?. Jesus jawab “Ketahuilah
Bani Israel bahawa tuhan itu satu”. Dia tidak temui pun trinity seperti ajaran paderi Kristian. Jika trinity
tiada dalam bible, kenapa dia diajar kepada penganutnya. Kenapa orang kristian mempercayainya. Dia tanya soalan ini kepada paderi dan tidak ada penjelasan yang dapat diberikan. Mereka kata itu ada dalam Buku 1 John 5:7 – “ For there are three that bear witness in heaven:
the Father, the Word, and the Holy Spirit; and these three are one.”
8. Ayat ini adalah ayat palsu yang tidak ada
dalam manuskrip asal bible, sebab itu ayat ini tidak ada lagi dalam
bible moden seperti Red Letter Bible dan Revised Standard Version(RSV) Bible. Scofield
Reference Bible kata ayat itu adalah penambahan (interpolation). Dia semakin keliru kerana dia
percaya bahawa Jesus ialah nabi, dia percaya tuhan itu satu, percaya hubungan
tuhan dengan manusia adalah secara langsung tanpa perantara, tidak memerlukan
orang lain untuk menghapuskan dosa, percaya setiap manusia akan bertanggungjawab atas
apa yang dilakukan. Beliau tidak percaya manusia perlu warisi dosa yang tidak pernah dilakukan seperti ajaran kristian.
Dia percaya kepada semua ajaran Jesus tapi dia menolak fahaman trinity. Paderi
tidak dapat memberikan penjelasan kepadanya.
9. Beberapa tahun dia mencari tuhan tapi tidak
temui apa-apa kerana di Barat dan di USA agama akhir orang akan fikirkan ialah
Islam. Lepas itu dia mula belajar tentang
Islam. Masa belajar Islam dan tentang Nabi Muhammad dia mendapati ajarannya
adalah masuk akal. Segala-galanya jelas baginya. Dia temui wahyu-wahyu dalam Islam adalah
konsisten. Setelah yakin kepada agama dan ajaran Islam, akhirnya beliau
memutuskan untuk menganut agama Islam pada bulan April 1994. Dia
merumuskan Islam adalah penutup kepada wahyu tuhan. Bagi beliau jika kita
ikhlas tuhan akan menemukan kita dengan jalannya yang benar. Tapi jika tidak jujur,
tidak ikhlas, jika utamakan dunia tanpa utamakan Allah, kita akan mudah masuk
perangkap kesesatan. Kita mungkin bermula dengan berterima kasih padanya tapi
berakhir dengan menyembah salah satu ciptaan Allah dan bukannya menyembah Allah yang mencipta.
10. Dr. Laurence Brown kini giat dalam kerja
dakwahnya, terutamanya menulis buku dan memberi ceramah tentang kebenaran agama
Islam, sebaliknya mendedahkan kepalsuan dalam agama Kristian.
VIDEO
Dr. Laurence Brown memberi ceramah bertajuk
" Why are we Muslims and not Christians"
VIDEO
Dr. Laurence Brown memberi ceramah bertajuk
" Why are we Muslims and not Christians"
11. Apakah pengajaran dari kesah pengislaman Dr. Laurence Brown ini:
11.1. Sesungguhnya
hidayah (nur) keimanan itu hanyalah datang dari Allah. Manusia tidak berkemampuan memberikan hidayah atau petunjuk kepada orang
lain. Lihatlah apa yang terjadi kesudahannya
kepada bapa saudara Rasulullah sendiri, Abu Talib. Rasulullah pun tidak dapat
memberikan hidayah kepadanya dan akhirnya bapa saudara yang dikasihinya itu
mati dalam keadaan kafir, tidak beriman kepada Allah. Lihatlah firman-firman Allah berikut yang
membuktikan bahawa Dialah pemberi hidayah kepada manusia.
11.1.1 Surah Al Qasas [Kesah-Kesah] (28:56) berbunyi:
“Sesungguhnya engkau (wahai
Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau
kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi
hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya);
dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan
untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).”
11.1.2.
Surah Al-An’am [Binatang Ternakan](6:125)
berbunyi:
“Maka sesiapa yang Allah
kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan
dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah
kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit
sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah
payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak
beriman.”
11.1.3. Surah Hud [Nabi Hud](11:42) berbunyi:
“(Mereka semua naik) dan
bahtera itupun bergerak laju membawa mereka dalam ombak yang seperti
gunung-ganang, dan (sebelum itu) Nabi Nuh memanggil anaknya, yang sedang berada
di tempat yang terpisah daripadanya: “Wahai anakku, naiklah bersama-sama kami,
dan janganlah engkau tinggal dengan orang-orang yang kafir”.
“Anaknya menjawab: “Aku akan
pergi berlindung ke sebuah gunung yang dapat menyelamatkan aku daripada
ditenggelamkan oleh air”. Nabi Nuh berkata: “Hari ini tidak ada sesuatupun yang
akan dapat melindungi dari azab Allah, kecuali orang yang dikasihani olehNya”.
Dan dengan serta-merta ombak itu pun memisahkan antara keduanya, lalu
menjadilah ia (anak yang derhaka itu) dari orang-orang yang ditenggelamkan oleh
taufan”.
(11:45)
Dan Nabi Nuh merayu kepada
Tuhannya dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya anakku itu dari
keluargaku sendiri, dan bahawa janjiMu itu adalah benar, dan Engkau adalah
sebijak-bijak Hakim yang menghukum dengan seadil-adilnya”.
(11:46)
Allah berfirman: “Wahai Nuh!
Sesungguhnya anakmu itu bukanlah dari keluargamu (kerana ia telah terputus
hubungan denganmu disebabkan kekufurannya); sesungguhnya bawaannya bukanlah
amal yang soleh, maka janganlah engkau memohon kepadaKu sesuatu yang engkau tidak
mempunyai pengetahuan mengenainya. Sebenarnya Aku melarangmu dari menjadi orang
yang jahil”.
11.2. Jika
Allah memberikan petunjuk kepada kita, jangan sama sekali kita tinggalkan Allah. Tunaikan apa janji kita
kepada Allah.
11.3. Seorang athies yang tidak percaya kepada adanya tuhan, akhirnya akan mempercayai juga kewujudan tuhan jika sekiranya mereka diuji dengan ujian yang berat yang tidak mampu ditanggung oleh mereka. Inilah fitrahnya sifat manusia.
11.4. Dr. Laurence Brown ialah hanya salah seorang kafir yang telah diberikan hidayah oleh Allah untuk menemui jalan kebenaran. Ramai lagi cendekiawan Barat yang diberikan hidayah sepertinya.
11.3. Seorang athies yang tidak percaya kepada adanya tuhan, akhirnya akan mempercayai juga kewujudan tuhan jika sekiranya mereka diuji dengan ujian yang berat yang tidak mampu ditanggung oleh mereka. Inilah fitrahnya sifat manusia.
11.4. Dr. Laurence Brown ialah hanya salah seorang kafir yang telah diberikan hidayah oleh Allah untuk menemui jalan kebenaran. Ramai lagi cendekiawan Barat yang diberikan hidayah sepertinya.
11.5. Kesah pengislaman Dr.Brown ini bolehlah kita anggap sebagai seorang athies yang telah membuktikan kebenaran kewujudan Allah SWT yang mendengar semua permintaan dan permohonan hamba hambaNYA.
11.6. Sesungguhnya iman itu sesuatu yang tersangat mahal harganya. Peliharalah ia kerana hanyalah dengan iman dan Islam sahaja jaminan kita untuk memasuki syurga Allah. Oleh itu jangan sama sekali memperjudikan iman kita. Peliharalah lidah kita. Orang Islam tidak akan pergi ke gereja, kuil ataupun tokong untuk menyembah tuhan bagi agama lain,tetapi akidah orang Islam boleh rosak oleh lidahnya. Jangan sama sekali mempermain-mainkan hukum tuhan yang telah diputuskan dalam Quran. Jangan kita mempersendakan sunnah Rasulullah atau memperkecilkan ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah. Ingatlah bahawa mudahnya iman tercabut dari kita seperti mana mudahnya kita menanggalkan pakaian kita jika kita tidak berhati-hati. Jika terbatal sahaja iman maka kekalkan kita dalam neraka Allah selama-lamanya.Wal'iyazubillah.
“Tidak ada kebaikan ibadah yang tidak ada ilmunya
dan tidak ada kebaikan ilmu yang tidak difahami dan tidak ada kebaikan bacaan
kalau tidak ada perhatian untuknya.” ~ Mutiara Kata Saidina Ali Karamallahu
Wajhah
perkongsian yang sangat bermanfaat dan menarik. Syukran
ReplyDelete