1. Kesah tabien hebat terakhir ialah cicit
Rasulullah, iaitu Imam Ali Zainal Abidin bin Husain. Beliau dilahirkan di kota
Madinah pada 5 Syabaan tahun 33 H, atau dalam riwayat lain ada yang mengatakan
tahun 38 H. Beliau ialah seorang imam yang sangat hebat. Banyak meriwayatkan hadis
dari ayahnya Imam Husain, bapa saudaranya Imam Hasan, Jabir, Ibnu Abbas,
Al-Musawwir bin Makhromah, Abu Hurairah, Shofiyyah, Aisyah, Ummu Kalsum, serta
para ummahatul mukminin/isteri-isteri Rasulullah SAW. Beliau mewarisi
sifat-sifat ayahnya di dalam ilmu agama, zuhud dan ibadah. Beliau sempat hidup
bersama datuknya, Saidina Ali bin Abi Thalib selama 2 tahun, bersama bapa
saudaranya, Imam Hasan selama 10 tahun dan bersama ayahnya, Imam Husain selama
11 tahun.
2. Beliau adalah seorang ahli ibadah dan sangat taat kepada perintah Allah. Beliau meninggalkan
segala sesuatu kecuali Allah. Hati dan jiwanya diliputi ketenangan kerana
ketinggian makrifahnya kepada Allah, rasa taat dan takut kepada-Nya. Beliau adalah seorang
yang sangat thawadhu’, suka merendah diri dan sangat penyabar. Beliau kuat
beribadat dan suka membuat kebajikan. Itulah sifat-sifat mulia beliau. Berkata Yahya Al-Anshari, "Dia (Imam Ali)
adalah paling mulia dari kalangan Bani Hasyim yang pernah aku lihat."
Berkata Zuhri, "Saya tidak pernah menjumpai di kota Madinah orang yang
lebih mulia dari beliau." Hammad berkata, "Beliau adalah paling mulia
dari Bani Hasyim yang saya jumpai
terakhir di kota Madinah." Abu Bakar bin Abi Syaibah berkata, "Sanad
yang paling dapat dipercayai adalah yang berasal dari Az-Zuhri dari Ali dari Husain
dari Ali bin Abi Thalib."
3. Kelahiran beliau dan Az-Zuhri terjadi pada
hari yang sama. Sebelum kelahiran cicitnya ini, Rasulullah SAW sudah
menyebutkannya bahawa cicitnya akan solat 1000 rakaat setiap hari siang dan
malam. Beliau jika berwudhu, pucat wajahnya. Ketika ditanya kenapa demikian,
beliau menjawab, "Tahukah engkau kepada siapa aku akan menghadap?."
Beliau tidak suka orang lain membantunya untuk mencucurkan air ketika berwudhu.
Beliau tidak pernah meninggalkan qiyamullail, samada semasa di rumah ataupun ketika
bermusafir. Beliau diberi gelaran As-Sajjad (ahli sujud) kerana terlalu banyak sujud kepada Allah. Kuatnya solat Imam Ali ini kerana firman-firman Allah seperti berikut:
3.1. Dalam surah Thaha (20:14), firman Allah berbunyi:
3.1. Dalam surah Thaha (20:14), firman Allah berbunyi:
”Sesungguhnya aku adalah Allah. Tidak ada
tuhan selain aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku”.
3.2. Dalam Surah Al Ankabut [Labah-Labah](29:45) pula Allah berfirman:
“Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad)
akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang
(dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji
dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya
dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.”
4. Satu hari ketika beliau baru saja keluar
dari masjid, seorang lelaki menemuinya dan mencacinya dengan keras. Spontan
orang-orang di sekitarnya, baik budak-budak dan orang tua, segera ingin memukul
orang tersebut, akan tetapi beliau mencegahnya. Beliau hanya berkata,
"Tunggulah sebentar wahai saudara." Sesudah itu beliau menghampirinya
dan berkata kepadanya, "Apa yang engkau tidak ketahui dari diriku lebih
banyak lagi. Apakah engkau memerlukan sesuatu yang boleh aku
membantumu?." Lelaki itu merasa malu. Ali lalu memberinya 100 dirham.
Maka berkata lelaki itu, "Aku bersaksi bahawa engkau adalah benar-benar
cicit Rasulullah."
5. Setiap malam beliau akan memikul sendiri
sekarung makanan di atas belakangnya dan mensedekahkan kepada fakir miskin di kota Madinah. Beliau berkata,
"Sesungguhnya sedekah yang diberi secara sembunyi-sembunyi itu dapat memadamkan kemurkaan
Allah." Muhammad bin Ishaq berkata, "Sebahagian dari orang-orang
Madinah tidak mengetahui dari mana datangnya bekalan makanan sehinggalah
wafatnya Imam Ali mereka tidak lagi mendapat bekalan makanan yang selama ini
diperolehi percuma”.
6. Jika beliau meminjamkan wang, tidak pernah
meminta kembali wangnya. Jika meminjamkan pakaian, tak pernah meminta kembali
pakaiannya. Jika sudah berjanji, beliau tidak mahu makan dan minum sehinggalah
beliau dapat memenuhi janjinya. Ketika beliau pergi haji atau berperang dan
menunggang tunggangannya, beliau tak pernah memukul tunggangannya itu.
7. Berikut ini adalah beberapa contoh dari
doa-doa beliau yang tercatat di dalam As-Shahifah As-Sajjadiyyah:
7.1. “Ya Allah, aku memohon perlindungan
dariMu dari kemalasan, ketakutan, kebakhilan, kesilapan, kekerasan hati, dan
dihina orang.”
7.2. “Maha Suci Engkau yang
mendengar setiap nafas ikan di dasar laut. Maha Suci Engkau yang mengetahui
peredaran bulan dan matahari. Maha Suci Engkau yang mengetahui peredaran malam
dan siang. Maha Suci Engkau Ya Allah, sungguh
aneh orang yang mengenaliMu, tetapi mereka tidak takut kepada-Mu.”
8. Mutiara Hadis Imam Ali Zainal Abidin AS:
“Wahai anakku!
Waspadalah terhadap lima jenis manusia dan janganlah engkau bersahabat dengan
mereka:
8.1. “Jauhilah
bersahabat dengan pendusta, kerana dia seperti fatamorgana; mendekatkan sesuatu
yang jauh darimu dan menjauhkan sesuatu yang dekat denganmu.”
8.2. “Jauhilah bersahabat
dengan orang fasik, kerana dia akan menjualmu dengan sesuap nasi atau
selainnya.”
8.3. “Jauhilah bersahabat dengan
orang bakhil, kerana dia akan membiarkanmu ketika engkau memerlukannya.”
8.4. “Jauhilah bersahabat dengan orang bodoh, kerana dia akan menyusahkanmu
padahal dia ingin menolongmu.”
8.5. “Jauhilah bersahabat dengan orang yang suka memutuskan silaturrahim, kerana aku mendapati mereka terlaknat di dalam kitab Allah.”
8.5. “Jauhilah bersahabat dengan orang yang suka memutuskan silaturrahim, kerana aku mendapati mereka terlaknat di dalam kitab Allah.”
9. Imam Ali mempunyai sebuah risalah yang dikenali dengan nama Risalah Huquq (Risalah Hak dan Tanggung Jawab). Risalah ini mencakupi lima puluh perkara berkenaan dengan tanggung jawab manusia terhadap Allah, dirinya, tetangga, dan teman-teman.
9.1. Berkenaan hak-hak seorang guru, beliau mengatakan:
“Di antara hak guru yang harus kau penuhi
adalah memuliakannya, menghormati kelasnya, dan menyemak pelajarannya dengan
seksama. Janganlah engkau meninggikan suara di hadapannya. Sembunyikanlah
segala kekurangannya dan perlihatkanlah segenap kelebihannya.”
9.2. Berkenaan hak-hak seorang ibu, beliau mengingatkan:
“Adapun hak ibumu, ketahuilah bahwa dia
telah mengandungmu, memberimu makan dari buah hatinya (air susunya), dia lebih
senang melihatmu kenyang sementara dia menahan lapar, dia memberimu pakaian
sementara dia tiada, dia memberi minum sementara dia dahaga, dan menidurkanmu
nyenyak di ribaannya.”
9.3. Tentang
hak-hak tetangga, beliau menuturkan:
“Di antara hak-hak tetanggamu adalah engkau
menjaganya ketika dia tidak terlihat, memuliakannya ketika dia berada di sisimu, janganlah engkau merasa iri hati terhadapnya, mengingatkannya ketika tergelincir,
dan memaafkan kesalahannya.”
9.4. Tentang
hak-hak kafir dzimmi (orang kafir yang mengikat perjanjian dengan kaum muslimin
dan hidup di negara Islam), beliau menjelaskan:
“Maka hukum bagi kaum kafir ialah menerima
dari mereka apa yang direstui Allah, dan cukuplah bagi mereka jaminan dan
perjanjian yang telah Allah tetapkan untuk mereka. Sesungguhnya Rasulullah
telah bersabda: ‘Barangsiapa yang menyalahi janji, aku akan menjadi musuhnya,
maka takutlah kepada Allah dan jagalah mereka.”
10. Dalam pesannya kepada puteranya, Imam
Muhammad Al-Baqir, Imam Ali Zainal Abidin mengatakan:
“Berbuat baiklah kepada
setiap orang yang menuntut kebaikan. Jika dia adalah orang yang berhak menerima
kebaikanmu, maka engkau telah melakukan hal yang sepatutnya. Tapi jika dia
tidak berhak menerima kebaikanmu itu, maka engkau telah berhak mendapatkan
kebaikan. Jika seseorang mencacimu dari sebelah kanan dan beralih ke sebelah
kiri, lalu meminta maaf darimu, maka terimalah permintaannya.”
MAKAM ALI ZAINAL ABIDIN DI PERKUBURAN BAQI, MADINAH |
11. Imam Ali Zainal Abidin telah meninggal dunia di kota
Madinah pada tanggal 25 Muharram 94 H ketika berusia 57 tahun. Beliau mati kerana telah diracun oleh Hisyam bin Abdul Malik.
Jenazahnya disemadikan di Tanah Pekuburan
Baqi' dekat makam bapa saudaranya, Imam Hasan yang dimakamkan di qubah
Al-Abbas. Imam Ali wafat dengan meninggalkan 11 orang putera dan 4 orang puteri.
Adapun pesaka warisan yang ditinggalkan kepada anak-anaknya adalah ilmu,
kezuhudan dan ibadah.
12. Pengajaran yang dapat diambil dari kesah tabien cicit Rasulullah ini ialah:
12.1. Beribadatlah sentiasa kepada Allah. Perbanyakkan sujud kita kepadaNya sebagai tanda kasih dan sayang kepadaNya. Hiasilah hidup ini dengan pelbagai solat sunat untuk menampung kekurangan pahala dalam solat yang wajib.
12.2. Milikilah sifat pemaaf kepada orang lain di atas kesalahan mereka kepada kita.
12.3. Berusahalah untuk menjadi hamba Allah yang zuhud, iaitu mengasihi dan mencintai akhirat lebih dari dunia. Insaflah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah sementara sahaja. Akhirat juga yang kekal abadi.
12.4. Memperbanyakkan sedekah kerana itulah harta kita diakhirat.
12. Pengajaran yang dapat diambil dari kesah tabien cicit Rasulullah ini ialah:
12.1. Beribadatlah sentiasa kepada Allah. Perbanyakkan sujud kita kepadaNya sebagai tanda kasih dan sayang kepadaNya. Hiasilah hidup ini dengan pelbagai solat sunat untuk menampung kekurangan pahala dalam solat yang wajib.
12.2. Milikilah sifat pemaaf kepada orang lain di atas kesalahan mereka kepada kita.
12.3. Berusahalah untuk menjadi hamba Allah yang zuhud, iaitu mengasihi dan mencintai akhirat lebih dari dunia. Insaflah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah sementara sahaja. Akhirat juga yang kekal abadi.
12.4. Memperbanyakkan sedekah kerana itulah harta kita diakhirat.
“Wahai Tuhan, janganlah
Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di atas tanganku. Wahai Tuhanku,
umurku telah lanjut dan kekuatanku telah lemah. Maka genggamkan (matikan) aku
untukMu bukan untuk manusia.” – Mutiara Kata Saidina Umar Al-Khattab
No comments:
Post a Comment