DR. ZAKIR ABDUL KARIM NAIK
Perbincangan berikut ini adalah berupa sambungan dari tajuk sama bagi Bahagian 1 yang diterbitkan pada 29.10.2014
1.ORANG BUKAN ISLAM KATA ORANG ISLAM TAK BERPERIKEMANUSIAN KERANA BUNUH HAIWAN UNTUK DIMAKAN
Jawapan:
1.ORANG BUKAN ISLAM KATA ORANG ISLAM TAK BERPERIKEMANUSIAN KERANA BUNUH HAIWAN UNTUK DIMAKAN
Jawapan:
1.1. Orang bukan Islam kata sepatutnya manusia jadi vegetarian untuk mengelakkan binatang
dibunuh untuk dimakan.
1.2. Allah berfirman dalam Surah Al
Maidah [Hidangan] (5:1) berbunyi:
"Wahai orang-orang yang beriman, penuhi
serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian. Dihalalkan bagi kamu (memakan)
binatang-binatang ternak (dan sebagainya), kecuali apa yang akan dibacakan
(tentang haramnya) kepada kamu. (Halalnya binatang-binatang ternak dan
sebagainya itu) tidak pula bererti kamu boleh menghalalkan perburuan ketika
kamu dalam keadaan berihram. Sesungguhnya Allah menetapkan hukum apa yang Ia
kehendaki."
"Dan binatang-binatang ternak itu, Ia
juga menciptakannya untuk kamu; terdapat padanya benda-benda yang memanaskan
tubuh dari sejuk dan beberapa faedah yang lain; dan daripadanya juga kamu
makan."
1.4. Dalam Surah Al-Mukminun
[Golongan Orang Beriman] (23:21) pula Allah berfirman berbunyi:
"Dan sesungguhnya pada binatang-binatang
ternak itu kamu beroleh punca-punca yang menyedarkan (tentang kemurahan dan
kebijaksanaan Allah penciptanya); Kami beri kamu minum dari susu yang ada dalam
perutnya, dan kamu beroleh banyak faedah lagi padanya; dan daripadanya juga
kamu beroleh rezeki penghidupan kamu."
1.5. Hasil analisis yang dibuat oleh penyelidik dirumuskan seperti
berikut:
1.5.1. Daging didapati kaya dengan protin,
zat besi, vitamin B1dan asid niacin yang berkhasiat yang tidak ada dalam
sayur-sayuran.
1.5.2. Gigi lembu, kambing, unta, kerbau yang
makan rumput semuanya tumpul dan rata.
Gigi harimau, singa dan lain-lain yang makan daging semuanya tajam
(taring) yang sesuai untuk mengoyak daging.
Gigi manusia ada yang rata dan ada yang tajam. Jika Allah menghendaki manusia hanya makan
sayuran kenapa gigi manusia diciptakan ada tajam dan tumpul.
1.5.3. Sistem penghadaman herbivor hanya
boleh hadam rumput dan tidak boleh hadam daging. Karnivor pula tidak boleh hadam rumput dan
boleh hadam daging. Allah jadikan perut manusia boleh hadam kedua-duanya
(sayuran dan daging). Ini bermakna manusia sesuai makan daging dan juga
sayuran.
1.6. Orang Hindu tidak makan daging. Tapi kitab mereka sebut orang alim
mereka makan daging. Ada kisah dalam kitab mereka sebutkan isteri pembesar
minta suaminya memburu rusa.
2. ORANG BUKAN ISLAM KATA MAKAN DAGING BOLEH BERI KESAN KEPADA TINGKAH LAKU MANUSIA.
Jawapan:
Jawapan:
Orang vegetarian kata, jika makan daging kelakuan kita akan jadi macam
binatang yang kita makan. Fakta ini
benar. Oleh sebab itulah Islam hanya
benarkan makan daging binatang yang
jinak sahaja seperti lembu, kerbau, unta, kambing, ayam, itik dan seumpamanya.
Daging binatang buas seperti harimau, singa, dubuk dan lain-lain diharamkan
untuk dimakan.
3. ORANG BUKAN ISLAM KATA CARA SEMBELIHAN ORANG ISLAM ZALIM DAN KEJAM.
SULTAN KELANTAN SEDANG MENYEMBELIH LEMBU KORBAN
Jawapan:
3.1. Agama Islam ajar penganutnya supaya pastikan pisau untuk sembelihan
mesti tajam, beri minum dan makan yang cukup sebelum sembelih. Pisau sembelihan
tidak boleh ditunjuk kepada binatang sembelihan dan tidak boleh sembelih depan
binatang lain.
3.2. Hasil kajian saintifik mendapati:
3.2.1. Cara Islam sembelih (zabiha) ialah
potong leher/kerongkong dan salur udara dan saluran darah leher tetapi ia tidak
rosakkan sarat tunjang (spinal cord).
Jika saraf ini rosak, saraf yang bersambung pada jantung akan putus dan
berlaku serangan jantung yang menyebabkan kesakitan yang amat sangat pada
binatang. Zabiha akan mengeluarkan darah
yang banyak. Jika potong leher, jantung masih
berdenyut dan binatang tidak mati serta merta.
3.2.2.
Kini diketahui dalam darah ada bakteria, kuman dan toksin. Daging
sembelih bebas dari bakteria kerana segala kekotoran tersebut keluar bersama
darah yang banyak.
3.2.3.
Daging sembelihan kekal segar lebih lama berbanding dengan kaedah
sembelihan lain.
3.2.4.
Kini diketahui cara zabiha itu lebih berperikemanusiaan berbanding
kaedah stunning yang digunakan oleh orang bukan Islam.
3.2.5.
Dengan kaedah zabiha bekalan darah kepada saraf akan berhenti yang
menyebakana kesakitan terhenti. Binatang
tidak rasa sakit lagi. Binatang menendang bukan kerana kesakitan tetapi kerana
kekurangan darah dan oksigen dalam badannya.
3.3. Kajian oleh Profesor Wilhelm Schulze dan Dr Hazim bertajuk: `Cubaan
untuk mengesan kesakitan dan rasa sedar mengikut kaedah konvensional dan agama
ketika menyembelih lembu atau kambing’.
3.3.1.Dalam kajian itu, beberapa alat
pengesan dipasang di pelbagai tempat pada otak haiwan kajian tersebut. Alat itu
dimasukkan menerusi pembedahan khas dan haiwan terbabit dibiarkan untuk pulih
selama beberapa minggu.
3.3.2.Beberapa ekor haiwan itu disembelih
mengikut kaedah Islam menggunakan tindakan pantas, memotong urat leher dengan
pisau tajam. Beberapa ekor haiwan lain dibunuh mengikut cara barat
menggunakan kaedah Captive Bolt Pistol Stunning (CBP).
3.3.3.Ketika ujian dijalankan, rekod electroencephalograph (EEG) dan electrocardiogram (ECG) dicatatkan bagi
mengetahui keadaan otak dan jantung semua haiwan terbabit ketika proses
penyembelihan secara Islam dan kaedah CBP dilaksanakan Barat.
3.4. Hasil ujian menurut kaedah
sembelihan Islam mendapati:
3.4.1. Tiga
saat pertama ketika disembelih, EEG tidak mencatatkan sebarang perubahan pada
graf sama seperti sebelum penyembelihan. Keadaan itu membayangkan bahawa haiwan
itu tidak berasa sebarang kesakitan ketika atau sebaik saja pisau memotong urat
leher terbabit.
3.4.2.Untuk tiga saat kedua, EEG mencatatkan
keadaan tidur lena atau tidak sedar diri. Ini disebabkan banyak darah mengalir
keluar dari badan.
3.4.3.Selepas enam saat, EEG mencatatkan paras sifar, menunjukkan haiwan itu tidak
merasai sebarang kesakitan.
3.4.4. Ketika mesej otak (EEG) jatuh ke paras
sifar, jantung masih mengepam dan badan haiwan masih dapat bergerak akibat
tindak balas daripada saraf tunjang, menyebabkan semua darah keluar dari badan
haiwan menghasilkan daging yang selamat untuk dimakan, menurut penyelidikan
itu.
3.5. Hasil Ujian Tembakan CBP
Cara Barat mendapati:
3.5.1. Ketika mengkaji kaedah CBP, haiwan
dikesan terus pengsan sebaik saja menerima tembakan CBP dan EEG menunjukkan
bacaan amat sakit pada haiwan itu.
3.5.2.
Jantung haiwan itu berhenti berdenyut lebih awal selepas terkena kejutan
berbanding haiwan yang disembelih. Keadaan itu menyebabkan banyak darah masih
terkumpul dalam daging dan ia sebenarnya tidak selamat untuk dimakan.
3.6. Kesimpulan: - Daripada hasil
kajian tersebut, Profesor Schulze dan Dr
Hazim menyimpulkan bahawa kaedah sembelihan Islam adalah yang terbaik kerana
lebih berperikemanusiaan. Manakala amalan mengenakan kejutan elektrik ke atas
haiwan sebelum dibunuh seperti yang diamalkan oleh Barat, mendatangkan
kesakitan yang amat sangat pada haiwan.
CARA CBP YANG JAUH LEBIH MENYAKITKAN BINATANG
4.1. Sebenarnya orang Islam tidak sembah Kaabah tetapi sembah Allah. Kaabah yang merupakan kiblat hanyalah arah
untuk menyembah Allah sahaja. Islam
utamakan keseragaman dan kesatuan. Semua
orang sembahyang mengadap kaabah kerana kaabah ialah pusat dunia. Ia adalah simbol kesatuan dikalangan orang Islam.
4.2. Zaman rasulullah ada sahabat berdiri
atas kaabah untuk melaungkan azan supaya dapat didengar dengan lebih jelas.
Semasa kiswah ditukar pekerja perlu memijak atas Kaabah. Mana ada agama di
dunia yang benarkan orang berdiri di atas berhala sembahan mereka. Ini membuktikan bahawa orang Islam tidak sembah Kaabah
5. KENAPA ORANG BUKAN ISLAM TIDAK DIBENARKAN MEMASUKI MEKAH DAN MADINAH
Jawapan:
PETA ARAB SAUDI DI MANA TERLETAKNYA MEKAH DAN MADINAH
Jawapan:
5.1. Orang
bukan Islam kata jika Islam dikatakan agama universal kenapa orang bukan Islam
tidak boleh memasuki Mekah dan Madinah.
5.2. Sebenarnya setiap rakyat di mana-mana
negara pun tidak boleh masuk beberapa kawasan tertentu di negara mereka.
Misalnya kawasan keselamatan yang
dikawal tentera dan polis. Mekah dan Madinah ialah seumpama kawasan keselamatan
untuk orang Islam. Keselamatan dari segi akidah. Hanya orang Islam dan
mempertahankan akidah Islam sahaja boleh ke sana.
"Wahai
orang-orang yang beriman! Sesungguhnya (kepercayaan) orang-orang kafir musyrik
itu kotor, oleh itu janganlah mereka menghampiri Masjid Al-Haraam sesudah tahun
ini; dan jika kamu bimbangkan kepapaan, maka Allah akan memberi kekayaan kepada
kamu dari limpah kurniaNya, jika dia kehendaki. Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui, lagi Maha Bijaksana."
5.4. Jika kita mahu melawat sesebuah negara
kita perlukan visanya dan perlu penuhi syarat-syaratnya. Jika syarat kata
hukuman gantung kepada pengedar dadah kita mesti ikut. Jika tidak setuju kita
tidak boleh masuk. Begitu juga jika mahu
masuk ke Mekah dan Madinah juga perlukan visa.
Visanya ialah mengucap dua kalimah syahadah dan menjadi Islam terlebih
dahulu.
“-Tiada solat yang
sempurna tanpa jiwa yang khusyu'
-Tiada puasa yang
sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia
-Tiada kebaikan bagi
pembaca Al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya
-Tiada kebaikan bagi
orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara'
-Tiada kebaikan
mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi
-Nikmat yang paling
baik ialah nikmat yang kekal dimiliki
-Doa yang paling
sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan
-Barangsiapa yang
banyak bicara, maka banyak pula salahnya, siapa yang banyak salahnya, maka
hilanglah harga dirinya, siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak
wara', sedang orang yang tidak wara' itu bererti hatinya mati.” - Muiara Kata Saidina Ali Karamallahu Wajhah
No comments:
Post a Comment