Berikut
ini ialah sambungan nas-nas Quran yang mengesahkan bahawa
fakta-fakta sains yang ditemui oleh saintis moden kini semuanya telah
disebut dengan
jelas dalam Quran 1400 tahun lalu. Antaranya ialah berkaitan penciptaan
langit, bumi, matahari, bintang, gunung ganang serta perjalanan siang
dan malam
1. Firman Allah dalam Surah Al Anbiya [Para Nabi-Nabi] (21:30)
“Apakah orang-orang kafir
tidak mengetahui bahawa langit dan bumi itu pada asalnya adalah satu. Lalu keduanya kami pisahkan, dan Kami jadikan
dari air segala sesuatu yang hidup. Kenapakah mereka tidak beriman”
Kebenaran fakta di atas disahkan oleh teori Big Bang kini yang mengatakan 15 billion tahun lalu telah berlaku satu letupan yang maha hebat maka terjadilah galaksi-galaksi. Ia kemudiannya berpecah-pecah lagi untuk menjadi bintang, planet, matahari, bulan, bumi dan sebagainya. Sebelum terjadinya Big Bang ini tidak ada apa-apa di alam ini. Tidak ada tenaga, tiada masa dan segala-galanya. Kesemua kejadian ini untuk ia terjadi secara tersendiri adalah sifar (mustahil). Oleh itu tentu ada kuasa yang menjadikannya. Kuasa itu tidak lain dan tidak bukan melainkan dengan kunfayakun Allah SWT.
(21:31)
“Dan Kami jadikan dibumi ini gunung-gunung yang dipancak kukuh agar bumi tidak bergoncang bersama mereka, dan Kami jadikan didalamnya jalan-jalan yang luas agar mereka mendapat petunjuk.”
(21:32)
“Dan Kami ciptakan langit sebagai
atap yang terpelihara. Sedang mereka
tidak mengendahkan (ingkar) terhadap tanda-tanda
(kebesaran Allah) yang ada padanya”.
(21:33)
“Dan Dialah yang telah
menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing keduanya beredar
dalam garisan peredarannya.”
2. Firman Allah dalam Surah Yaasin (36:38)
“Dan matahari berjalan ditempat peredarannya. Demikianlah ketetapan dari Allah yang maha perkasa lagi maha mengetahui”
3.
Firman Allah dalam Surah AzZariyat [Angin Kencang] (51:7)
“Demi langit yang mempunyai
jalan-jalan”
4. Firman Allah dalam Surah Az Zumar [Rombongan] (39:5)
“Dia menciptakan langit dan
bumi dengan penuh hikmah. Dia menggantikan malam dengan siang dan siang dengan
malam dan Dia mengedarkan matahari dan bulan. Semua itu berjalan (beredar)
mengikut waktu tertentu. Ingatlah! Dia yang maha perkasa lagi maha pengampun.”
5. Firman Allah dalam Surah Fussilat [Pembukaan] (41:11)
“Kemudian Dia beralih kepada
penciptaan langit, dan (saat itu) ia masih berupa asap. Maka Dia berkata kepadanya dan kepada bumi:
“Datanglah kamu berdua secara rela atau terpaksa”. Keduanya menjawab: “Kami
datang dengan rela”.
Saintis bersetuju bahawa
sebelum terjadinya galaksi-galaksi, yang ada adalah bahan-bahan gas. Perkataan asap (dhukhan) seperti dalam Quran
itu lebih sesuai untuk menerangkan keadaan
gas itu.
6. Firman Allah dalam Surah Luqman (31:29)
“Tidakkah
kamu perhatikan bahawa Allah memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan
siang ke dalam malam, dan menundukkan matahari dan bulan. Masing-masing berjalan sampai batas
waktunya. Dan sesungguhnya Allah maha
mengetahui apa yang kamu kerjakan”.
“Memasukkan” bermaksud malam
bertukar menjadi siang secara perlahan-lahan dan bertahap-tahap dan begitulah
sebaliknya. Kejadian ini hanya boleh
berlaku jika bumi itu bulat. Jika bumi
rata sudah tentu perubahan malam dan siang berlaku secara mendadak. Bumi ini tidaklah bulat seperti bola,
tapi berbentuk geo-spherical (geo
bulat), iaitu leper dihujung. Dulu orang percaya bumi ini
rata. Sir Francis Drake telah mengelilingi dunia pada tahun 1577 dan membuktikan
bumi ini bulat.
7. Firman Allah dalam Surah Al Furqan [Pembeza] (25:61)
“Maha suci Allah yang telah
menjadikan diruang angkasa
gugusan-gugusan bintang dan juga Dia menjadikan matahari dan bulan yang
bercahaya”.
8. Firman Allah dalam Surah Yunus [Nabi Yunus](10:5)
“Dia yang menciptakan matahari
bersinar dan bulan bercahaya, dan
Dia tetapkan manzilah-manzilah
(peredarannya) agar mereka mengetahui perhitungan tahun dan waktu. Allah tidak
menciptakan semua itu kecuali dengan hak. Dia menjelaskan tanda-tanda
kebesaranNya bagi kaum yang mengetahui”.
9. Firman Allah dalam Surah Nuh [Nabi Nuh](71:15)
“Tidakkah kamu perhatikan
bagaimana Allah menciptakan tujuh langit ini secara bertingkat-tingkat?”.
“Dan diciptakanNya dalam ruang angkasa itu bulan bercahaya (kerana dapat cahaya dari matahari) dan matahari bersinar (memancarkan cahayanya)”.
Pada masa dulu manusia percaya bahawa bulan itu bercahaya. Tetapi Quran telah memberitahu 1400 tahun lalu bahawa cahaya pada bulan itu adalah borrowed /reflected light dari cahaya matahari.
Dialam semesta terdapat 200 billion galaksi yang mengandungi hampir 200 billion bintang setiap satunya. Kebanyakan bintang punyai planet. Planet pula punyai satelit.
Suhu matahari sebenar
dikatakan sekitar 5,505 darjah selsius, iaitu bersamaan 11,900 kali ganda kepanasan
yang sedang manusia rasa sekarang.
Kelajuan matahari bergerak
ialah 720 ribu km sejam kearah bintang Vega dalam sebuah garis edar yang
dipanggil solar Apex. Ini bersamaan dengan
17,280,000 km sehari. Matahari adalah salah satu dari bintang. Bersama matahari ini planet-planet lain turut bergerak
sama. Bintang yang paling besar bersaiz
2.8 ribu juta km garis pusat.
Kapalterbang yang berkelajuan 950 km sejam memerlukan 1,100 tahun untuk
mengelilinginya.
“Barangsiapa takut kepada Allah SWT nescaya tidak akan
dapat dilihat kemarahannya. Dan barangsiapa takut pada Allah, tidak sia-sia apa
yang dia kehendaki.” ~ M utiara kata Saidina Umar bin Al-Khattab
No comments:
Post a Comment