Friday, 24 October 2014

SYURGA VS NERAKA

 

SYURGA VS NERAKA
Sebahagian firman Allah dalam AlQuran membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman.  Sebaliknya bagi orang-orang yang engkar perintahNya, Allah membawakan perkhabaran yang menakutkan manusia.  Tujuannya supaya manusia sentiasa berusaha untuk menjauhi azab Allah dalam neraka dan sebaliknya berusaha membuat kebaikan untuk melayakkan diri kita masuk dalam syurga.  Berikut ini ayat-ayat Allah tentang perkhabaran gembira dan amaran azabNya:

1.   Firman Allah dalam Surah Al Baqarah [Lembu Betina] (2:81)  


 “(Bukankah demikian halnya).  Sesiapa yang berbuat dosa dan telah bergelumang    dengan dosa, mereka menjadi penghuni neraka selama-lamanya.”

(2:82)


“Dan golongan yang beriman dan beramal soleh.  Mereka menjadi penghuni syurga selama-lamanya.”

(2:99) 


“Sesungguhnya telah Kami turunkan kepada kamu ayat-ayat yang terang dan yang menyangkalnya hanyalah orang-orang yang fasik.”

(2:112) 


“Bukan demikian, (yang benar) ialah sesiapa sahaja yang menyerahkan dirinya kepada Allah dan dia berbuat kebaikan, maka dia akan memperolehi pahala dari tuhannya. Mereka tidak berasa takut dan tidak bersedih hati.”

2. Firman Alah dalam Surah Al-Furqan [Pembeza] (25:16) 








“Bagi mereka tersedia apa sahaja yang mereka kehendaki di dalam syurga.  Mereka kekal di dalamnya.  Bagi tuhan kamu hal itu adalah janji yang layak diminta.”

(25:70) 


“Kecuali orang-orang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal soleh. Maka mereka ini keburukan-keburukannya digantikan Allah dengan kebajikan-kebajikan dan Allah itu maha pengampun serta maha penyayang.”

3. Firman Allah dalam Surah Ad-Dukhan [Asap/Kabus] (44:38) 








“Dan Kami tidak menciptakan langit, bumi dan apa yang ada antara keduanya (untuk) bemain-main.”

(44:39)

“Kami tidak mencipta keduanya kecuali dengan hak, tetapi sebahagian besar dari mereka tidak mengetahui.”

(44:40) 

“Sesungguhnya hari keputusan itu (hari kiamat) adalah hari yang dijanjikan kepada mereka semua.”

(44:41)
   

“Iaitu hari dimana seseorang tidak dapat memberi manfaat walau kepada teman karibnya sekalipun, dan  mereka tidak akan mendapat pertolongan.”

(44:42) 

“Kecuali orang yang dirahmati Allah.  Sesungguhnya Dia adalah maha perkasa lagi maha penyayang.”

4.     Firman Allah dalam Surah Al-Kahfi [Gua] (18:49) 


“Dan diserahkan buku (amalan).  Lantas kamu melihat orang-orang yang banyak berbuat dosa ketakutan terhadap hasil yang tercatat dalamnya.  Mereka berkata: “Aduhai! Celakalah kami. Kitab apakah ini tidak meninggalkan baki yang kecil atau yang besar kecuali tercatat semuanya”. Mereka  mendapati apa yang pernah dikerjakan tertera didalamnya.  Tuhan kamu tidak menzalimi sesiapa pun.”

5.  Firman Allah dalam Surah Ali Imran [Keluarga Imran] (3:19) 


“Sesungguhnya agama Allah ialah Islam. Perselisihan Ahli Kitab setelah mereka mengetahuinya adalah kerana kedengkian belaka sesama mereka. Sesiapa yang kafir kepada ayat-ayat Allah, maka sesungguhnya Allah maha segera perhitungannya.”

(3:85) 


“Sesiapa yang mencari agama selain dari Islam, maka tidaklah diterima Allah dan diakhirat nanti mereka akan termasuk dalam golongan orang yang sangat rugi.”

6. Firman Allah dalam Surah At Taubah [Pengampunan] (9:72) 


“Allah menjanjikan kepada orang-orang mukmin, lelaki dan perempuan akan mendapat syurga di mana sungai-sungai mengalir di bawahnya.  Mereka kekal dalam syurga, dan mereka  mendapat tempat yang amat baik dalam syurga ‘And.  Namun keredaan dari Allah itulah yang lebih besar. Itulah keuntungan yang sempurna.”

7.    Firman Allah dalam Surah Al-Zukhruf [Perhiasan] (43:68) 


 “Wahai hamba-hambaKu!. Pada hari ini tidak ada perkara yang kamu perlu takutkan dan tidak layak kamu bersedih.”

(43:69) 


“Mereka adalah orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami dan mereka berserah diri.”

(43:70) 


“(Dikatakan kepada mereka): ‘Masuklah kamu ke dalam syurga, kamu dan isteri-isteri kamu (akan) dihibur.”

(43:71) 



“Piring-piring dan gelas-gelas yang diperbuat dari emas diedarkan kepada mereka, dan di dalam syurga tersedia segala kemudahan yang menarik hati dan sedap dipandang mata dan kamu kekal di dalamnya”.

(43:72) 


“Itulah syurga yang diwariskan kepada kamu kerana amal-amal yang dahulu kamu kerjakan.”

(43:73) 

“Tersedia untuk kamu dalam syurga buah-buahan yang banyak yang sebahagian darinya kamu makan.”

(43:74) 

 “Sesungguhnya orang-orang yang berdosa kekal berada dalam azab Jahanam.”

(43:75) 


“Azab tidak diringankan untuk mereka dan mereka berputus asa dalamnya.”

(43:76) 





“ Dan kami tidak menganiayai mereka.  Merekalah yang aniayai diri sendiri.”

8.     Firman Allah dalam Surah Al-Jatsiyah [Yang Berlutut] (45:15) 



“Sesiapa yang mengerjakan amal soleh, maka kebaikannya untuk diri mereka sendiri, dan sesiapa yang mengerjakan keburukan maka keburukan itu untuk dirinya sendiri.  Kepada tuhan, kamu semua akan dikembalikan.”

No comments:

Post a Comment