Ada orang yang mungkin meragui bahawa AlQuran itu datangnya dari Allah pencipta alam dan manusia. Diantara bukti-bukti bahawa alQuran itu adalah kalam Allah dan datangnya dari Allah dan Muhammad itu hanyalah pesuruh Allah dapat kita saksikan kepada ayat-ayat seperti berikut:
1. Firman Allah dalam Surah Al-Israq [Memperjalankan Waktu
Malam](17:88)
“Katakanlah (wahai Muhammad):
"Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak
membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat
membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka
bantu-membantu sesama sendiri".
2. Firman Allah dalam Surah Al-An’am [ Binatang Ternakan] ( 6:155)
“Dan ini sebuah Kitab (Al-Quran) yang Kami
turunkan, yang ada berkatnya (banyak manfaatnya). Oleh itu, hendaklah kamu
menurutnya; dan bertaqwalah (kepada Allah), mudah-mudahan kamu beroleh rahmat.”
3. Firman Allah dalam
Surah
An-Nisa [Kaum Wanita] (4:82)
“Patutkah
mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran?. Kalaulah
Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati
perselisihan yang banyak di dalamnya.”
4. Firman Allah dalam Surah Yunus [Nabi Yunus] (10:37)
“Dan
bukanlah Al-Quran ini sesuatu yang boleh diada-adakan oleh yang lain dari
Allah; tetapi Al-Quran itu diturunkan oleh Allah untuk membenarkan Kitab-kitab
yang diturunkan sebelumnya, dan untuk menjelaskan satu persatu hukum-hukum
Syarak yang diwajibkan (atas kamu); tidak ada sebarang syak dan ragu-ragu pada
Al-Quran itu tentang datangnya dari Allah, Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan
sekalian alam.”
(10:38)
“(Orang-orang kafir tidak mengakui hakikat
yang demikian itu) bahkan mereka mengatakan: "Dialah (Muhammad) yang
mengada-adakan Al-Quran menurut rekaannya". Katakanlah (wahai Muhammad):
"Kalau demikian, datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran
itu, dan panggilah siapa sahaja yang kamu dapat memanggilnya, yang lain dari
Allah (untuk membantu kamu), jika betul kamu orang-orang yang benar!".
“Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu
pula bertambah bila dibelanjakan.” = Mutiara Kata Saidina Ali bin Abi Talib
No comments:
Post a Comment