DR. ZAKIR ABDUL KARIM NAIK
Beliau kini menjadi pendakwah yang sangat terkenal di seluruh dunia. Memiliki kepakaran dalam bidang ilmu perbandingan agama. Beliau pernah belajar ilmu perbandingan agama dari almarhum Sheikh Ahmed Hossen Deedat. Pernah beberapa kali datang ke Malaysia untuk menyampaikan ceramah. Beliau telah menubuhkan Islamic Research Foundation(IRF) di Mumbai dan memiliki saluran TV sendiri, iaitu Peace TV yang sangat terkenal di dunia.
Mengikut Dr. Zakir terdapat 10 perkara yang menimbulkan salah tanggapan orang bukan Islam kepada agama Islam. 10 perkara inilah yang kerap ditanyakan oleh orang bukan Islam kepada beliau di mana-mana beliau menyampaikan ceramahnya. Ikuti penjelasan beliau di atas 10 perkara tersebut:
1.1. Pada umumnya orang akan beranggapan bahawa poligami bererti seseorang lelaki yang berkahwin dengan lebih dari seorang wanita. Sebenarnya istilah yang tepat ialah poligami itu terbahagi kepada 2, iaitu poligini dan poliandri. Poligini bermakna seorang lelaki yang berkahwin lebih dari seorang perempuan manakala poliandri pula seseorang perempuan berkahwin lebih dari seorang lelaki.
1.2. Al Quranlah satu-satunya kitab dalam dunia ini yang kata “Kahwinlah hanya 1”. Penegasan dan firman Allah ini terdapat dalam Surah AnNisa [Kaum Wanita] (4:3) yang berbunyi:
"Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman."

1.3. Seorang ulama atau Rabai Yahudi bernama Gershom Ben Yehudah pada
abad ke11 berkata orang lelaki Yahudi hanya perlu berkahwin seorang sahaja walaupun kitab mereka
membenarkan kahwin lebih dari seorang.
Kitab-kitab Yahudi dan Hindu membenarkan lelaki berkahwin dengan lebih dari seorang wanita.
1.4. Dalam Al Quran Allah beritahu orang lelaki boleh berkahwin lebih
dari satu jika mampu berlaku adil kepada semua isteri. Poligini adalah harus dalam Islam. Allah membenarkan lelaki berkahwin lebih dari satu kerana Allah sudah ada perancangan untuk mencipta orang perempuan lebih ramai dari lelaki. Agama Islam telah menyediakan penyelesaian (solution) kepada masalah ini, tetapi ia tidak ada dalam agama-agama lain.
1.5. Kenapa Islam benarkan
poligini. Allah lebih mengetahui apa yang diciptaNya. Pakar
perubatan kini mengesahkan semasa peringkat kanak-kanak, tubuh badan seorang perempuan lebih kuat untuk melawan kuman, penyakit dan bakteria berbanding lelaki. Oleh itu bilangan kanak-kanak wanita yang hidup lebih ramai berbanding dengan kanak-kanak lelaki. Di Amerika
7.8 juta perempuan lebih ramai dari kaum lelaki. Di United Kingdom 4 juta,
di Jerman 5 juta dan di Rusia 9 juta. Di Amerika Syarikat terdapat lebih 25
juta orang gay yang mengamalkan homoseks. Golongan ini sudah tentu tidak memerlukan wanita dalam hidup mereka. Di New York sahaja
jumlah gay lebih 1 juta orang. Fakta ini
akan menyebabkan seramai itulah wanita yang tidak dapat berkahwin jika poligini tidak
dibenarkan.
1.6. Statistik
menunjukkan lelaki belum kahwin di Amerika telah ada seramai 8 orang teman
wanita. Ini menjadikan wanita tiada
perlindungan, tiada hak dan tiada maruah.
Poligini bertujuan untuk melindungi wanita dan bukannya untuk
menjatuhkan maruah wanita. Apakah wanita
suka dilindungi atau dijadikan bahan untuk memuaskan nafsu lelaki sahaja.
2: KENAPA ISLAM TIDAK BENARKAN WANITA KAHWIN LEBIH DARI SATU SUAMI (POLIANDRI) SEDANGKAN LELAKI DIBENARKAN KAHWIN LEBIH DARI SATU ISTERI (POLIGINI)
POLIANDRI YANG BERLAKU DIKALANGAN ORANG BUKAN ISLAM
Jawapan:
2.1. Larangan Allah kepada orang perempuan untuk bersuami lebih dari satu terdapat dalam Surah An-Nisa [Kaum Perempuan] (4:24) yang berbunyi:
"Dan (diharamkan juga kamu berkahwin dengan)
perempuan-perempuan isteri orang, kecuali hamba sahaya yang kamu miliki.
(Haramnya segala yang tersebut itu) ialah suatu ketetapan hukum Allah (yang
diwajibkan) atas kamu. Dan (sebaliknya) dihalalkan bagi kamu
perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu, untuk kamu mencari
(isteri) dengan harta kamu secara bernikah, bukan secara berzina. Kemudian
mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah ia menjadi
isteri kamu), maka berikanlah kepada mereka maskahwinnya (dengan sempurna),
sebagai suatu ketetapan (yang diwajibkan oleh Allah). Dan tiadalah kamu berdosa
mengenai sesuatu persetujuan yang telah dicapai bersama oleh kamu (suami
isteri), sesudah ditetapkan maskahwin itu (tentang cara dan kadar
pembayarannya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana."
2.2. Poliandri wujud dalam masyarkat suku Maasai dalam kelompok etnik Nilotic yang tinggal di selatan Kenya dan utara Tanzania. Juga kedapatan di sebuah desa terpencil di Tibet, sebuah penempatan pendalaman di India dan perkampongan pendalaman di pergunungan Himalaya.
2.3. Jika bilangan bapa hanya satu, kita dapat kenalpasti siapa bapanya dan siapa ibu. Tapi jika poliandri, kita tahu ibunya tapi tidak tahu siapa bapa. Jadi anak itu perlu dibinkan dengan bapa yang mana satu?. Bukankah ia akan memberi kesan psikolgi kepada anak tersebut apabila dia mungkin diejek oleh kawan kawannya bila sudah besar. Selain itu hasil dari kajian mendapati anak-anak akan hadapi masalah trauma mental jika mereka tidak dapat kenalpasti ibu atau bapa mereka. Walaupun ujian DNA boleh dibuat tetapi kosnya agak mahal dan tidak mampu dtanggung oleh golongan miskin.

2.4. Adalah lebih
mudah bagi lelaki menunaikan tanggungjawab biologi dan fizikal kepada ramai
isteri berbanding dengan seorang wanita yang perlu melayani ramai suami. Perempuan akan mengalami kedatangan haid yang akan mengakibatkan
perubahan emosi, sikap dan mental seorang wanita. Sukar baginya melayani ramai suami dalam masa haid.
2.5. Kajian dari aspek sains
perubatan mendapati jika wanita mempunyai lebih suami, penyakit melalui hubungan
seks lebih tinggi kemungkinan berlaku dan boleh menjangkiti suami yang lain pula. Tapi bagi kes poligini, penyakit kelamin sangat sukar berlaku.
3: KENAPA AGAMA ISLAM MEMAKSA WANITA DENGAN WAJIBKAN PAKAI TUDUNG, PURDAH DAN HIJAB SERTA PANDANG RENDAH KEPADA MEREKA.
Jawapan:
Jawapan:
3.1. Dalam sejarah Empayar Babylon mencatatkan jika wanita
dibunuh oleh lelaki, lelaki akan selamat dan wanita akan dipersalahkan. Dalam tamadun Greek pula wanita
dipanggil “Pandora” (tanda atau alamat tak baik/malang). Wanita hanya
digunakan untuk berseronok dan memuaskan nafsu kaum lelaki sahaja. Semasa Tamadun Rom pula wanita dilayan
dengan buruk. Dalam Tamadun Mesir, wanita
dianggap simbol syaitan dan dalam zaman arab jahiliyah, anak
perempuan yang lahir akan dibunuh kerana dianggap memalukan ibu bapa.
3.2. Islam agama pertama didunia
yang memberi upah/gaji kepada wanita. Nabi Muhammad
telah mengangkat mertabat wanita melalui agama Islam.
3.3. Dalam Al-Quran, arahan pakai hijab diberikan kepada lelaki dahulu sebelum hijab untuk wanita. Surah AnNur – ayat 30 tentang hijab lelaki dan ayat 31 tentang hijab wanita. Firman Allah dalam Surah AnNur [Cahaya] (24:30) berbunyi:
"Katakanlah (wahai Muhammad)
kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka
(daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang
demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya
tentang apa yang mereka kerjakan."
(24:31)
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
3.4 Kewajiban memakai hijab oleh wanita diperintah Allah dalam Surah
AlAhzab [Tentera Ahzab] (33:59) yang berbunyi:
"Wahai Nabi, suruhlah
isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang
beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa
mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai
perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah)
Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
3.5. Tujuaan pemakaian hijab ialah bagi menegelakkan
wanita di rogol atau dikhianti lelaki.Potensi jenayah terhadap wanita berlaku jika wanita mendedahkan aurat.Hijab juga melindungi kulit
wanita dari cahaya matahari. Oleh itu
kulit menjadi lebih putih dan licin.
4:AGAMA ISLAM DISEBARKAN DENGAN KEKERASAN
Jawapan:
Jawapan:
4.1. Tujuan agama Islam ialah untuk
menyebarkan keamanan keseluruh dunia. Tapi ada golongan manusia tidak mahu keamanan kerana
ada kepentingan tertentu. Islam membenarkan kekerasan bagi
membolehkan keamanan diwujudkan.Contohnya polis gunakan kekerasan untuk mewujudkan keamanan.
4.2. Hari ini ada lebih 14 juta orang kristian koptik di seluruh negara arab. Mereka tidak dimusuhi ataupun dibunuh oleh orang Islam walaupun mereka merupakan kumpulan minoriti. Jika Islam memebenarkan kekerasan sudah tentu mereka tidak akan menjadi Kristian.
4.3. Sejarah mencatatkan lebih 600 tahun Islam memerintah Sepanyol. Tidak ada gereja yang telah diruntuhkan. Tiada orang kristian dibunuh. Tapi bila tentera salib ambil alih Sepanyol,
tiada lagi orang Islam di sana. Azan pun
tidak dibenarkan.
4.4. Islam telah memerintah India lebih 1000 tahun lamanya. Jika Islam ajar kekerasan sudah tentu tiada orang beragama Hindu di India. Sebaliknya kini 80% rakyat India adalah beragama Hindu.
4.5. Tentera Islam mana yang telah menakluki Indonesia atau Malaysia yang menyebabkan penduduknya majoriti beragama Islam. Tidak ada sama sekali. Thomas Carlyle (4.12.1795 - 5.2.1881) seorang pemikir, ahli falsafah, penulis dan ahli sejarah agung Barat mengatakan pedang yang digunakan oleh orang Islam ialah intelek. Lihatlah firman Allah dalam Surah AlBaqarah [Lembu Betina] (2:256) yang berbunyi:
4.6. Allah sebaliknya menegaskan lagi agar berdakwah secara hikmah, bijaksana dan dengan nasihat. Lihat firman Allah dalam surah An-Nahl[Lebah](16:125) berbunyi:

"Tidak ada paksaan dalam ugama
(Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan
(kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman
kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama)
yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi
Maha Mengetahui"
4.6. Allah sebaliknya menegaskan lagi agar berdakwah secara hikmah, bijaksana dan dengan nasihat. Lihat firman Allah dalam surah An-Nahl[Lebah](16:125) berbunyi:
"Serulah
ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat
pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu)
dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih
mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih
mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk."
4.7. Peningkatan agama utama di dunia dari 1934-1984 (50 tahun) ialah Islam 235% dan Kristian 47%. Statistik ini dari majalah Plain Truth yang dipetik dari Readers Digest, Artikel Almanac 1986). Pedang mana yang digunakan?. Islam paling cepat berkembang di USA dan Eropah kini. Kata Dr. Adam Pearson, barat amat takut jika bom atom terlepas kepada orang Arab/Islam. Tanpa mereka sedari bahawa bom atom ini telah jatuh pada orang Arab pada hari di mana rasulullah dilahirkan ke dunia.

5 : ISLAM IALAH AGAMA FUNDAMENTALIS DAN TERRORIS
Jawapan:
Jawapan:
5.1. Maksud fundamentalis ialah seseorang yang berpegang teguh kepada bidang
ilmunya. Contoh:
seorang peguam, jurutera, ahli fizik hatta penjenayah sekalipun, jika ia berpegang kuat kepada kerjanya ia dikatakan fundamentalis. Fundamentalis ada baik dan
buruknya.
5.2. Dalam konteks Islam, fundamentalis maksudnya berpegang teguh kepada ajaran Islam yang sebenarnya.Dari segi sejarahnya istilah fundamentalis adalah bermula dengan gerakan pada awal abad ke 20 oleh kumpulan Kristian bermazhab Protestant yang mempertahankan bahawa seluruh ajaran Bible adalah kata-kata tuhan.

5.3. Oxford Dictionery mendifinisikan fundamentalis sebagai seseorang yang patuh sepenuhnya
kepada ajaran asas doktrin agamanya, terutamanya dikalangan orang-orang Islam.
5.4. Masalahnya hari ini ialah fenomena fundamentalis dikaitkan dengan pengganas. Kepada seorang penjenayah, polis itu ialah pengganas. Oleh itu orang Islam perlu jadi pengganas kepada mana-mana kegiatan/aktiviti anti sosial seperti perompak, peragut, perogol dan lain-lain supaya apabila mereka lihat Islam mereka takut.

5.5. British telah pernah memerintah India. Orang India yang melawan British untuk membebaskan tanah air
mereka dipanggil pengganas oleh British.
Tapi orang India lain anggap dan sanjung mereka sebagai hero dan patriotik.
"Sesungguhnya aku telah mengatur urusan
kamu, tetapi aku bukanlah orang yang paling baik di kalangan kamu. Oleh itu berilah pertolongan kepadaku. Kalau
aku bertindak betuk maka ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng dan tersilap
maka betulkan aku". Mutaiara Kata Saidina Abu Bakar Assiddiq
No comments:
Post a Comment