Firman Allah dalam Surah
An-Naml [Semut] (27:88)
“Dan
kamu lihat gunung-gunung itu, kamu sangka ia berdiri sahaja ditempat itu.
Padahal ia berjalan seperti berjalannya awan. Itulah ciptaan Allah yang membuat
segala sesuatu secara menyakinkan. Sesungguhnya Dia (Allah) maha mengetahui apa
yang kamu kerjakan.”
Zaman dahulu manusia percaya bahawa bumi itu
rata dan terletak atas tanduk lembu yang
besar. Kini diakui bahawa
bintang-bintang dan awan-awan bergerak dan berpusing ikut arah yang sama, iaitu
dari barat ke timur sama dengan
pergerakan bumi.
Firman Allah dalam Surah
An-Naziaat [Para Malaikat Yang Mencabut] (79:30)
“Dan sesudah itu bumi dihamparkannya”.
Perkataan arab ‘daha’ berasal dari perkataan
‘dahw’ yang bermaksud bulat.
Beratus tahun manusia percaya bahawa bumi ini rata. Dengan bantuan teknologi dan peralatan
canggih zaman moden kini, saintis merumuskan bahawa bentuk bumi bukan leper atau
rata tetapi bulat seakan-akan bentuk telur burung unta atau bentuk ‘geoid’.
Firman Allah dalam Surah
At Takwir [Menggulung] (81:17)
“Dan
demi malam apabila telah mulai terang”
“Dan
demi subuh apabila fajarnya mulai menyinsing.”
Dalam
ayat ini ‘iza tanaffas’ bermaksud bernafas (breathing)
– bila fajar menyinsing bermaksud pernafasan yang bermula waktu pagi.
Tumbuhan-tumbuhan ialah sumber
oksigen untuk manusia dan haiwan bernafas.
Tumbuhan menyimpan tenaga solar dalam bentuk fotosentisis yang
diperlukan oleh manusia dan haiwan.
Dalam proses fotosintesis ini, pokok-pokok mengambil karbon dioksida dari
udara yang dikeluarkan dari badan manusia dan sebaiknya pokok akan mengeluarkan
oksigen. Untuk melakukan proses ini
pokok-pokok memerlukan cahaya matahari.
Produk utama fotosintesis ialah oksigen. Proses fotosintisis banyak
berlaku waktu pagi.
Firman Allah dalam Surah An-Nur [Cahaya] (24:40)
“Atau seperti kegelapan di laut yang dalam yang ditutup ombak dan di atasnya ada ombak (pula) dan di atasnya (tertutup) awan. Kegelapan yang berlapis-lapis. Apabila dia menghulurkan tangannya, dia tidak akan dapat melihatnya, dan sesiapa tidak diberi cahaya oleh Allah, maka dia tidak akan memperolehi cahaya dimana-mana pun".
Dengan menggunakan peralatan moden kita boleh mengetahui kehidupan dalam lautan. Tanpa peralatan moden ini mustahil manusia boleh mengetahui apa yang ada melebihi 70 meter dari permukaan air laut.
Selama ini manusia hanya nampak ombak dipermukaan laut sahaja. Penemuan ombak dalam lautan (internal wave) hanya baru diketahui manusia kini setelah adanya kapal khas untuk menyelam ke dalam lautan. Kegelapan sepenuhnya ialah apabila mencapai kedalaman 1,000 meter dan lebih.
Firman Allah dalam Surah An-Nahl [Lebah] (16:66)
“Dan pada binatang ternakan itu terdapat pelajaran bagi kamu. Kami memberi kamu minum dengan air susu yang bersih dan banyak khasiatnya, dari perut binatang itu hasil saringan sari makanan dan darah yang sedap diminum oleh orang-orang yang meminumnya.”
Semua makanan binatang akan dihadamkan dalam sistem penghadamannya dalam beberapa proses yang melibatkan darah, tisu dan kemudiannya menjadi susu. Susu terhasil dari penghadaman dalam darah. Jika kita minum susu binatang yang belum keluar ke takungan susu (milk gland) manusia boleh hadapi masalah keracunan makanan atau mati kerananya. Penghasilan susu adalah a great miracle dari Allah SWT.
Firman Allah dalam Surah Al-An’am [Binatang Ternakan] (6:125)
“Barang siapa dikehendaki Allah mendapat
petunjukNya, nescaya Allah melapangkan dadanya menerima Islam. Sesiapa yang
dikehendaki kesesatannya, maka Allah menjadikan dadanya sempit lagi sesak, seolah-olah
dia mendaki ke langit. Begitulah Allah menimpakan siksa ke atas orang-orang
yang tidak beriman.”
Manusia memerlukan oksigen untuk hidup. Di tempat yang lebih tinggi tekanan udaranya akan menjadi lebih rendah yang menyebabkan oksigen menjadi kurang dan sukar bernafas. Akibatnya seseorang itu akan keletihan yang amat sangat, sakit kepala serta hilang pertimbangan/kawalan.
Ketinggian
dari 5,000 – 7,000 kaki dari aras laut boleh mengakibatkan seseorang itu koma
kerana tidak dapat bernafas.
Firman Allah dalam Surah An-Najm [Bintang] (53:49)
“Dan bahawa Dialah yang menciptakan bintang
syi’raa (bintang yang disembah oleh orang Arab jahiliah).”
(53:9)
“Maka dia dekat sekali kepada (Muhammad),
sejarak dua busur panah atau lebih dekat lagi.”
Berdasarkan imej Teleskop Angkasa Lepas Hubble menunjukkan Bintang
Sirius ialah bintang paling terang di
langit pada waktu malam. Ia dapat dilihat dari mana-mana bahagian bumi tanpa
menggunakan sebarang peralatan, kecuali mereka yang tinggal pada garis lintang
di atas 73.284 darjah utara. Pada kedudukan yang sesuai, Sirius dapat dilihat
dengan mata kasar ketika matahari masih berada di atas horizon. Bintang ini
turut dapat dilihat dalam keadaan cuaca yang sangat baik ketika matahari berada
di atas kepala, asalkan kita berada ditempat yang tinggi dan posisi matahari
cukup rendah. Ia dianggarkan telah berusia
antara 200 hingga 300 juta tahun. Penemuan ini hanya diketahui pada
akhir abad ke 20 sedangkan Al-Qur'an sudah menjelaskannya lebih 1,400 tahun
lalu dalam ayat di atas. Perkataan Sirius
diambil dari perkataan Greek, "Seirios" yang bererti 'menyala-nyala'
atau 'amat panas'.
Ahli kaji bintang menganggarkan jaraknya dengan bumi ialah 8.5 light year. (1 light year bersamaan dengan 10 triliun km). Maksud syi’raa ialah ‘sirius’. Bintang ini berpusing selaju 1,000 km/jam dan ahli kaji bintang mengesahkan bintang ini mengorbit bumi selama 49.9 tahun. Perhatikan pada ayat 49 dan 9. Jika didekatkan ia jadi 49.9
“Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga
engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum.
“Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu pula bertambah bila dibelanjakan.”
= Mutiara kata Saidina Ali bin Abi Talib
No comments:
Post a Comment