1. MALAPETAKA
MENIMPA FIRAUN DAN RAKYATNYA.
Firman Alah dalam Surah Al-A’araf [Tempat Yang Tinggi] (7:133)
“Maka Kami datangkan (untuk menyeksa mereka)
taufan dan belalang (yang merosakkan tanaman), kutu dan katak (yang merosakkan
air minuman mereka) dan darah yang terus mengalir dari hidung mereka) sebagai
bukti yang jelas (atas kebenaran Musa).
Mereka bertindak sombong (tidak mengendahkan) dan mereka adalah kaum
yang berdosa.”
Balasan ini datang dari Allah
di atas dosa dan kejahatan kaum Firaun yang tidak beriman kepada Nabi
Musa. Kecelakaan yang menimpa rakyar
Firaun ini turut dijelaskan dalam The Plagues of Egypt – Admonition of Ipuwer
yang ditemui abad ke 19 yang berbunyi:
“Plague is throughout the land. Blood is
everywhere… The river is blood. Forsooth that has perish which yesterday was
seen. The land is left over to its weariness like the cutting of flax. Lower
Egypt weeps… The entire palace is without its revenue. To it belong (by right)
wheat and barley, geese and fish… Forsooth grain has perish on every side… The
town are destroyed. Upper Egypt has
become dry. The residence is overturned in a minutes.
2. BANDAR PURBA IRAM
Firman Allah dalam Surah Al-Fajr [Waktu Fajar]
(89-6)
“Apakah engkau tidak perhatikan bagaimana
TuhanMu berbuat terhadap Kaum ‘Aad?.”
(89-7)
“(Iaitu) Kaum Iram yang mempunyai
bangunan-bangunan yang tinggi.”
(89-8)
“ Yang belum pernah dibangun seperti iti di
negeri-negeri lain.”
Pada tahun 1998 pakar-pakar arkeologi terkenal di dunia menemui banyak kesan-kesan sejarah silam. Salah seorang darinya ialah Nicholas Clapp yang
berjaya menemui sebuah bandar purba yang disebut dalam Quran. Bandar ini diduduki oleh Kaum ‘Aad, iaitu umat Nabi Hud. Ia terletak di Padang Pasir Ar-Rub'u Al-Khali di Zhaafar, iaitu 150 km disebelah utara bandar Shaalabah di Oman. Kaum ini telah dibinasakan oleh Allah SWT dengan tiupan angin kencang dan dingin yang dahsyat sehingga pasir yang sangat tebal telah menenggelamkam keseluruhan bandar purba ini. Nabi Hud sempat meninggalkan tempat itu dan tinggal di Hadramaut, Yaman. Beliau meninggal dunia di situ dan disemadikan dekat Wadi Barhut, arah timur dari Kota Tarim.
Kejayaan penemuan ini kerana adanya bantuan
dari imej satelit NASA dan peta zaman silam.
Lepas itu proses penggaliannya bermula. Penemuan ini membuktikan dengan jelas bahawa Al-Quran itu benar dan ia adalah dari Allah SWT, tuhan yang sebenar.
NICHOLAS CLAPP |
MAKAM NABI HUD DI HADRAMAUT |
BANDINGKAN SAIZ MANUSIA KAUM 'AAD DENGAN MANUSIA HARI INI |
3. BANDAR-BANDAR PURBA SODOM & GOMORRAH
Firman Allah dalam Surah Al-A’araf [Tempat yang
Tinggi] (7:80)
“Dan (Kami utuskan) Luth.
(Ingatlah) ketika dia berkata kepada kaumnya: “Mengapakah kamu berbuat keji
(homoseks) yang sebelumnya tidak pernah dilakukan oleh seorangpun di dunia?”.
(7:81)
“Sesungguhnya kamu menyalurkan nafsu syahwat
kamu (seks) kamu kepada lelaki dan bukannya wanita, jelaslah kamu kaum yang
melampaui batas.”
(7:84)
“Dan kami hujani mereka dengan hujan batu,
maka cuba perhatikan bagaimana nasib orang-orang yang berdosa itu.”
Nabi Lot dan Nabi Ibrahim
hidup dalam masa yang hampir sama. Nabi
Lot diutus kepada kaum yang tinggal berdekatan dengan kaum Nabi Ibrahim.
Kaumnya mengamalkan homoseks. Nabi Lot menyeru supaya tinggalkan amalan jahat
itu tapi kaumnya kata Lot itu bukanlah seorang nabi. Akibatnya kaumnya telah dimusnahkan Allah
dengan kemusnahan yang amat dahsyat.
Kajian pakar arkeologi telah
berjaya menemui perkampungan Nabi Lot, iaitu bandar lama Sodom. Dalam kitab Bible (Old Testament) ada menyebut bandar
ini. Bandar ini berdekatan dengan Laut Mati (sempadan Jordan/Israel). Laut ini mengandungi kandungan garam yang paling tinggi di dunia dan tidak ada kehidupan di dalamnya. Kawasan
sekitar Sodom ini mengandungi banyak sulphur. Sulphur
biasanya terhasil bila ada letupan gunung berapi atau gempa bumi.
Perkataan sodomy (liwat) dalam Bahasa Inggeris diambil dari perkataan Sodom.
Perkataan sodomy (liwat) dalam Bahasa Inggeris diambil dari perkataan Sodom.
4. PENDUDUK SABA DAN BANJIR BESAR AKIBAT EMPANGAN PECAH
Firman Alah dalam Surah Saba’ [Negeri Saba]
(34:15)
“Sesungguhnya bagi kaum Saba (di Negeri Yaman)
terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah, iaitu dua bidang kebun yang membentang disebelah kanan dan disebelah
kiri. “Makanlah rezeki yang telah
dianugerahkan Tuhanmu! Bersyukurlah kepadaNya. Kamu sudah memperolehi negeri
yang sentosa (adil makmur di bawah lindungan) Tuhan yang maha pengampun.”
(34:16)
“Tetapi mereka membangkang, maka Kami
datangkan banjir besar, dan Kami tukar kedua bidang kebun mereka dengan dua
bidang kebun lain yang pahit buahnya, iaitu pohon athl dan sedikit pohon sidr
(dua jenis pohon yang tidak berbuah).”
(34:17)
“Demikianlah Kami memberikan balasan kepada
mereka akibat kekafiran mereka, dan Kami tidak akan menjatuhkan azab seperti
itu kecuali hanyalah kepada orang-orang yang sangat kafir.”
Kaum Saba tinggal di selatan
tanah Arab, kini dikenali dengan Negara Yaman yang merupakan kerajaan
keempat terbesar pada masa itu. Mereka telah menjadi kaum yang bertamadun pada masa itu. Dengan
kepandaian dan tamadun yang ada pada kaum Saba, mereka mampu membina empangan besar, iaitu empangan Ma'arib. Dikatakan keluasan empangan ini ialah 9,600 hektar. Air dari empangan ini telah menyuburkan tanaman penduduk Saba. Bersumberkan air itulah maka lahirlah kebun kebun buah buahan dan taman taman yang sangat cantik di kiri dan kanan empangan itu. Dengannya penduduk Saba beroleh kemakmuran dan kesenangan hidup. Namun mereka tidak beriman dan
lari dan engkar dari perintah Allah SWT. Pada tahun 542
Masihi Allah pecahkan dinding empangan besar mereka dan seluruh bandar Arim
musnah kerana banjir yang amat besar. Semua tanaman, binatang ternakan
yang dijaga puluhan tahun lamanya telah musnah oleh banjir besar itu. Akibatnya tanah Saba telah menjadi gersang dan Allah tumbuhkan pula dengan pokok pokok yang pahit buahnya serta pokok pokok yang tidak mengeluarkan buah.
Fakta kemusnahan besar akibat banjir besar ini kini diakui oleh pengkaji sejarah moden berdasarkan kesan-kesan peninggalannya. Gambaran Al-Quran tentang kewujudan empangan besar ini dan kemusnahannya telah diakui benar berlaku oleh seorang ahli arkeologi Jerman, Werner Keller (1909-1980). Beliau telah berkata; "The flood of arim occured as it was described in the Quran. Since the existence of such a dam and the destruction of the whole country by it's collapse prove that the example given in the Quran about the people of the garden was indeed realized."
Ia bererti secara tidak langsung para pengkaji sejarah mengakui kebenaran bahawa Al-Quran adalah datangnya dari tuhan, iaitu Allah SWT dan bukannya ciptaan atau rekaan Nabi Muhammad SAW.
No comments:
Post a Comment