Monday, 20 October 2014

PENGENALAN

 

1. Blog ini dinamakan Mencari Jalan Pulang (MJP). Mencari Jalan Pulang membawa maksud mencari jalan untuk pulang ke syurga. Kenapa kita wajib pulang ke sana. Ini adalah kerana syurga adalah tempat tinggal pertama kita yang bernama manusia.  Di situlah Nabi Adam (manusia pertama ciptaan Allah SWT) dan isterinya Hawa yang merupakan moyang manusia tinggal sebelum mereka diperintah oleh Allah untuk meninggalkan syurga setelah melanggar perintah Allah.  Perintahnya ialah agar jangan memakan buah khuldi dalam syurga.  Namun atas godaan syaitan mereka telah termakan buah tersebut.

2. Petikan-petikan dari Al-Quran dibawah ini membuktikan bahawa tempat tinggal Nabi Adam dan Hawa itu asalnya disyurga dan kemudiannya dikeluarkan oleh Allah dari syurga untuk tinggal sementara di dunia.

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah [Lembu Betina] (Surah 2: Ayat 35)


Hai Adam, diamilah oleh kamu dan isterimu di syurga ini, dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik dimana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim"

(2:36)









 "Lalu keduanya digelincirkan (diperdaya) oleh syaitan dari syurga itu dan dikeluarkan dari keadaan asal"  


Firman Allah dalam Surah Al-Aaraf [Tempat Yang Tinggi] (7:19)





"Dan wahai Adam! Tinggalah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim". 

(7:20)

 “Setelah itu maka syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) ia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil ia berkata: "Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Ia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam syurga)".

(7:21)


“Dan ia bersumpah kepada keduanya (dengan berkata): "Sesungguhnya aku adalah dari mereka yang memberi nasihat kepada kamu berdua". 

(7:22)
“Dengan sebab itu dapatlah ia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun (dari) syurga. Serta Tuhan mereka menyeru mereka: "Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu, dan Aku katakan kepada kamu, bahawa syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata?" 

(7:23)


‘Mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi".

(7:24)


“Allah berfirman: "Turunlah kamu semuanya, dengan keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain, dan bagi kamu disediakan tempat kediaman di bumi, dan juga diberi kesenangan hingga ke suatu ketika (mati)".

(7:25)



“Allah berfirman lagi: "Di bumi itu kamu hidup dan situ juga kamu mati, dan daripadanya pula kamu akan dikeluarkan (dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat)"

3. Manusia datang ke dunia ini ibarat seorang yang bermusafir (berdagang).  Ini bererti dunia ini bukan untuk didiami selama-lamanya. Setelah selesai urusan kita di dunia ini kita akan dijemput semula oleh Allah untuk kembali kepadanya. Tempoh masa kehidupan manusia di dunia ini difirmankan oleh Allah dalam Al Quran seperti dalam Surah Al-Mukminun [Orang Beriman] (23:112)






Allah bertanya lagi (kepada mereka yang kafir itu): "Berapa tahun lamanya kamu tinggal di bumi?"



(23:113)
 
Mereka menjawab: "Kami tinggal (di dunia) selama sehari atau sebahagian dari sehari; maka bertanyalah kepada golongan (malaikat) yang menjaga urusan menghitung.”

(23:114)





Allah berfirman: "Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia).”

(23:115)



"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?"


“Jangan engkau percaya melihat kegagahan seorang lelaki. Tetapi jika mereka teguh memegang amanah dan menahan tangannya daripada menganiayai sesamanya, itulah lelaki yang sebenarnya.” – Mutiara Kata Khalifah Umar al-Khattab

No comments:

Post a Comment