Tuesday, 21 October 2014

FAKTA-FAKTA SAINS DALAM QURAN (BAHAGIAN 1)



FAKTA-FAKTA SAINS DALAM AL-QURAN

Amat sedikit orang yang mengetahui bahawa salah satu perkara yang terkandung dalam Quran itu ialah mengenai fakta-fakta sains dan juga penciptaan Allah atas sesuatu.  Ini kerana kita hanya membaca Quran dalam tulisan bahasa  Arab tanpa mengetahui maknanya.  Bagi membantu pembaca mengetahui rahsia kandungan Quran yang menunjukkan ia adalah dari Allah pencipta alam ini, di bawah ini diperturunkan fakta-fakta sains dan penciptaan Allah dalam Quran.  

Fakta-fakta sains ini juga menjadi sebab kenapa ramai ahli sains di zaman moden kini telah memeluk Islam.  Mereka mengakui bahawa mustahil bagi seorang yang buta huruf dan tinggal di padang pasir 1400 tahun lalu yang bernama Muhammad bin Abdulah, rasulullah  itu mengetahui akan hakikat kejadian alam dan juga manusia. Mereka menyakini bahawa Quran ini pastinya dari tuhan pencipta alam dan manusia, iaitulah Allah Subhanahuwataala.

1. ALAM SEMESTA YANG BERGERAK


1.1. Firman Allah dalam Surah Az-Zariyat [Angin Kencang] (51:47) 

 

"Dan langit itu Kami dirikan dengan kekuasaan Kami (dalam bentuk binaan yang kukuh rapi). Dan sesungguhnya Kami adalah mempunyai kekuasaan yang luas tidak terhingga.” 

1.2. Perkataan langit  bermaksud space dan universe.
Kajian sains moden pada awal abad ke 20 mendapati alam semesta bergerak memang bergerak. Teleskop angkasa lepas Hubble mengesahkan pergerakan planet-planet  di angkasa lepas. Teleskop ini telah dilancarkan ke orbit pada 24.4.1990  dengan kos USD 2.5 bilion.  Ketinggiannya ialah 559 km dengan kelajuannya di orbit 7.5 km per saat.

TELESKOP HUBBLE MILIK USA DI ORBIT

2. PENCIPTAAN MANUSIA DARI TANAH


2.1.    Firman Allah dalam  Surah Shaad [Pembukaan](38:71)
  

“(Ingatlah ketika tuhanmu berfirman kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku (akan) mencipta manusia dari tanah.”

(38:72) 



 “Maka, apabila aku telah menyempurnakannya dan aku tiupkan dari rohKu padanya, maka hendaklah kamu tunduk merendah kepadanya.”

2.2.     Firman Allah dalam  Surah Al-Mukminun [Golongan Orang Beriman] (23:12)




“Dan sesungguhnya kami  telah ciptakan manusia dari saripati yang berasal dari tanah.”

(23:13)


 “Kemudian saripati itu Kami jadikan air mani (yang tersimpan) dalam tempat yang kukuh.”

Perkataan sulala ialah bermaksud sari pati(essence)

Saintis hari ini mengesahkan bahawa tisu badan manusia mengandungi 26 elemen.  Enam dari 26 elemen yang biasa (common) itu ialah karbon, hidrogen,  oksigen, nitrogen, fosferus dan sulfur.  Disahkan kini bahawa 95% dari tisu manusia adalah terdiri dari 6 elemen tersebut.  Keenam-enam  elemen ini ada pada tanah.  Saintis moden kini mengesahkan kebenaran ayat Quran ini.


3.  KEAJAIBAN CAP JARI MANUSIA


3.1. Firman Allah dalam Surah Al-Qiyamah [Hari Kiamat] (75:3) 



 “Apakah manusia mengira bahawa Kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang belulangnya?”

(75:4) 



  
“Ya benar! (Sesungguhnya Kami) berkuasa untuk menyusun (kembali) jari jemarinya (secara sempurna).”


3.2. Pada abad ke 19 saintis mengesahkan bahawa walaupun manusia  kembar yang mempunyai DNA sama pun mereka tidak mempunyai urat (cap) jari yang sama.  Urat jari manusia terbentuk pada peringkat akhir sebelum bayi dilahirkan. 
3.3. Ada orang yang bertanya lepas manusia mati yang tinggal hanya tulang saja. Bagaimana Allah boleh membina semula manusia dari tulang-tulang yang telah reput. Untuk soalan ini  Allah menjawab seperti dalam surah di atas.  Allah bukan hanya boleh membina semula manusia malah urat jarinya pun boleh dibuat kembali. 
3.4. Pada tahun 1880, Sir Francis Gold membuat kajian tentang cap jari (finger print).  Dia berkata walaupun dalam satu juta orang manusia cap jari mereka tidak sama. Polis telah lama menggunakan kaedah cap jari untuk mengesan penjenayah.

4. BUMI YANG BERBENTUK GEO-SPHERICAL


4.1.     Firman Allah dalam  Surah Az Zumar [Rombongan] (39:5) 


"Dia menciptakan langit dan bumi dengan penuh hikmah. Dia menggantikan malam dengan siang dan siang dengan malam dan Dia mengedarkan matahari dan bulan. Semua itu berjalan (beredar) mengikut waktu tertentu. Ingatlah! Dia yang maha perkasa lagi maha pengampun.” 

4.2.     Firman Allah dalam  Surah Luqman (31:29) 


 “Tidakkah kamu perhatikan bahawa Allah memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam, dan menundukkan matahari dan bulan.  Masing-masing berjalan sampai batas waktunya.  Dan sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan”.

“Memasukkan” bermaksud malam bertukar menjadi siang secara perlahan-lahan dan bertahap-tahap dan begitulah sebaliknya.  Kejadian ini hanya boleh berlaku jika bumi itu bulat.  Jika bumi rata sudah tentu perubahan malam dan siang berlaku secara mendadak.  Bumi ini tidaklah bulat seperti bola, tapi  berbentuk geo-spherical (geo bulat), iaitu leper dihujung.

SIR FRANCIS DRAKE





Dahulu orang percaya bumi ini rata seperti hamparan. Sir Francis Drake (1540 - 1596), seorang ahli pelayaran British telah mengelilingi dunia pada tahun 1577 dan mengesahkan bahawa bumi ini bulat.
    







      5. PERANAN GUNUNG GANANG



5.1.        Firman Allah dalam Surah Al Anbiya [Para Nabi] (21:31)

“Dan Kami jadikan dibumi ini gunung-gunung yang dipancang kukuh agar bumi tidak bergoncang bersama mereka, dan Kami jadikan di dalamnya jalan-jalan yang luas agar mereka mendapat petunjuk.”

5.2.      Firman Allah dalam  Surah AnNaba [Berita Besar] (78-6)





“(Mengapa kamu ragu-ragukan kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang telah mati?) Bukankah Kami telah menjadikan bumi (terbentang luas) sebagai hamparan?”

(78-7) 
 “Dan gunung-gunung sebagai pasak”.

5.3. Kajian ahli sains geologi moden mengesahkan bahawa gunung terhasil dari pergerakan dan pertembungan dua plek bumi yang sangat keras.  Plek bumi yang keras berada di bawah manakala yang lebih lembut berada di atas. Fakta sains menghuraikan struktur gunung seperti berikut:

Where continents are thicker, as in mountain ranges, the crust sinks deeper into the mantle”. 
(Carolyn Sheets, Robert Gardner, Samuel F.Howe, General Science, Allyn & Bacon Inc. Newton, Massachusetts, 1985, p.30)  

      6. PENCIPTAAN MANUSIA



6.1. Firman Allah dalam Surah Al-Qiyamah [Hari Kiamat] (75:36)

 “Apakah manusia menyangka bahawa dia akan dibiarkan begitu sahaja (tanpa pertanggungjawaban?)”

(75:37) 

“Bukankah dia dulu (cuma) air mani yang dipancutkan (ke dalam rahim?)”.

(75:38) 

 “Kemudian (air mani itu) berubah menjadi segumpal darah, lalu Allah menciptakan (dalam bentuk manusia) dan menyempurnakannya”

(75:39)

 
"Lalu Allah menjadikan daripadanya sepasang makhluk lelaki dan perempuan”

(75:40) 

 “Bukankah Allah yang menciptakan itu berkuasa  menghidupkan yang telah mati.”


6.2. Firman Allah dalam Surah Az Zumar [Rombongan] (39:6) 


“Dia menciptakan kamu dari satu orang, kemudian menjadikan isterinya dari dirinya sendiri. Dia turunkan untukmu lapan jenis haiwan ternakan yang berpasangan. Dia menciptakan kamu di dalam perut ibu kamu tahap demi tahap dalam tiga kegelapan.  Begitulah Allah tuhan kamu, baginya segala kerajaan, tiada tuhan baginya.  Maka kenapa kamu dibelokkan?”

6.3. Firman Allah dalam Surah Al Mukminun [Golongan Orang Beriman] (23:14)



“Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah.  Lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging.  Segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang.  Kemudian tulang belulang itu Kami balut dengan daging.  Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang lain.  Maha suci Allah pencipta yang paling baik”.

6.4. Firman Allah dalam Surah Ar-Rad [Guruh] (13:8) 



“Allah mengetahui apa yang dikandung oleh setiap perempuan, mengetahui juga kandungan yang kurang sempurna dan yang sempurna.  Segala sesuatu ada ukurannya disisi Allah”.


 7. PERKEMBANGAN ORGAN MANUSIA DALAM RAHIM IBU



7.1.      Firman Allah dalam  Surah Al-Mukminun [Golongan Orang Beriman] (23:78) 

 “Dan Dialah yang menciptakan pendengaran, penglihatan dan hati untuk kamu.  Sedikit sekali kamu bersyukur.”

7.2.        Firman Allah dalam Surah AnNahl  [Lebah] (16:78)

“Dan Allah melahirkan kamu dari perut ibu kamu dalam keadaan tidak mengetahui apa-apa dan (Allah menjadikan) memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati (intelek), agar kamu bersyukur”.

Kini pakar-pakar moden dalam bidang  janin (embriologist)  mengesahkan bahawa janin manusia akan mempunyai telinga pada hari ke 22.  Telinga adalah anggota pertama terbentuk dan ia berfungsi sepenuhnya pada usia 4 bulan dalam perut ibu. Usia empat bulan bayi sudahpun mempunyai nadi (denyutan jantung).

 8RAHSIA BESI

Firman Allah dalam Surah Al-Hadid [Besi] (57:25)

 “Sesungguhnya Kami telah mengutus para rasul Kami dengan bukti-bukti yang nyata, dan Kami turunkan bersama mereka alkitab dan mizan (neraca), agar manusia dapat menegakkan keadilan, dan Kami ciptakan (menurunkan) besi yang didalamnya mengandungi kekuatan dan kemanfaatan  bagi manusia dan agar Allah mengetahui orang yang menolongNya dan (menolong) rasulNya tanpa melihatNya.  Sesungguhnya Allah maha kuat lagi maha perkasa.”

Perkataan ‘anzalna’ bererti kami turunkan besi. Penyelidik sains angkasa lepas  mendapati besi berasal dari bintang-bintang yang terdapat di ruang angkasa (outer space).  Besi hanya boleh dihasilkan di kawasan bintang yang lebih besar, iaitu matahari yang mempunyai suhu yang tersangat panas, iaitu beberapa ratus juta darjah selsius.  Dalam proses letupan bintang  di angkasa berjuta tahun yang lalu yang dipanggil nova atau super nova maka terhasillah meteor yang berselerakan di angkasa raya.  Meteor ini berupa besi yang kemudiannya jatuh ke bumi.

Yang lebih menariknya ialah tentang kod matematiknya di mana Surah Hadid ialah surah ke 57 dalam Quran.  Hadid juga dari segi numerical value dalam bahasa Arab ialah 57. Nilai abjad bagi perkataan hadid ialah 26 manakala 26 ialah nilai atomic number untuk besi (26 Fe Iron 55.847) 



  
 9. ORBIT DAN ALAM SEMESTA YANG BERPUSING


9.1. Firman Allah dalam Surah Az-Zariyat [Angin Kencang] (51:7) 


 “Demi langit (angkasa) yang mempunyai jalan.”

9.2. Firman Allah dalam Surah Al-Anbiya [Para Rasul](21:33) berbunyi:




“Dan Dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas).”

9.3. Firman Allah dalam Surah Yaasin(36:38) berbunyi: 

“Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.”

9.4. Matahari bergerak selaju 720,000 km/sejam, iaitu bersamaan 17,280,000 km sehari.  Planet lain juga bergerak pada jarak yang sama dan arah yang sama.  Saintis menganggarkan terdapat 200 billion galaksi dalam alam semesta yang mengandungi 200 bilion bintang padanya. Setiap bintang ada planet. Setiap planet ada satelit. Semuanya bergerak tanpa adanya perlanggaran satu sama lain. Ini kerana masing-masing mengikut perintah Allah. Bintang, planet dan satelit ini pula berpusing pada paksi (axis) masing-masing. Matahari dikatakan bergerak pada laluan solar apex menghala ke bintang vega.

10. HUJAN



  Lihatlah firman-firman Allah dalam surah berikut tentang hujan:

10.1 Surah At-Thariq [Yang Datang Di Waktu Malam] (86:11)



“Demi langit yang menyimpan hujan”. 

Perkataan ‘raj’ bermaksud kembali semula .

10.2. Surah Al-A’raf [Tempat Yang Tinggi] (7:57)
 “Dialah zat yang meniupkan angin sebagai pembawa berita gembira menjelang kadatangan rahmatNya. Hingga apabila angin itu telah membawa awan, maka Kami kirim ke daerah yang tandus. Lalu Kami turunkan hujan ke daerah itu. Maka dengan air hujan Kami keluarkan berbagai jenis buah-buahan.  Seperti itu juga Kami keluarkan orang-orang yang telah mati supaya kamu mendapat pengajaran.”

10.3. Surah Az-Zumar [ Rombongan](39:21) berbunyi:





“Tidakkah engkau memerhatikan, bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu dialirkanNya menjadi matair-matair di bumi; kemudian Ia menumbuhkan dengan air itu tanaman-tanaman yang berbagai jenis dan warnanya; kemudian tanaman-tanaman itu bergerak segar (hingga ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatmu berupa kuning; kemudian Ia menjadikannya hancur bersepai? Sesungguhnya segala yang tersebut itu mengandungi peringatan yang menyedarkan orang-orang yang berakal sempurna."

10.4. Surah Ar-Rum[Kerajaan Rom](30:48) berbunyi:


“Allah jualah yang menghantarkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan; kemudian Allah menyebarkan awan itu di langit sebagaimana yang dikehendakiNya, dan menjadikannya berkelompok-kelompok; lalu engkau melihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila Allah menurunkan hujan itu mengenai sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambanya, mereka serta merta bergembira;”

10.5. Surah Al-Hijr[Nama Tempat](15:22) berbunyi:





“Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air hujan dari langit, kemudian Kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya”.

10.6. Surah AnNur[Cahaya](24:43) yang berbunyi:





“Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya. Dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Ia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan.”

10.7. Surah Naba'[Berita Besar](78:14) berbunyi:




“Dan Kami telah menurunkan dari awan, air hujan yang mencurah-curah.”



10.8. Surah Furqan[Pembeza](25:48) yang berbunyi:


“Dan Dialah Tuhan yang menghantarkan angin sebagai berita gembira sebelum kedatangan rahmatNya, dan Kami menurunkan dari langit: air hujan yang bersih suci.”



 (25:49)




“Untuk Kami hidupkan dengan air hujan itu bumi yang mati, serta memberi minum air itu kepada sebahagian dari makhluk-makhluk Kami, khasnya binatang ternak yang banyak dan manusia yang ramai.”

10.9. Surah Faatir [Pencipta](35:9) berbunyi:




Dan Allah jualah yang menghantarkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan, kemudian Kami halakan awan itu ke negeri yang mati (yang kering kontang); lalu Kami hidupkan bumi sesudah matinya dengan (hujan dari awan) itu. Sedemikian itu pula kebangkitan manusia (hidup semula sesudah mati)”.

10.10. Surah Qaf (50:9) berbunyi:

“Dan juga Kami telah menurunkan dari langit air (hujan) yang banyak faedahnya, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu pokok-pokok tanaman (buah-buahan) dan biji-bijian yang dituai.”

10.11. Surah Waqiah[Hari Kiamat](56:68) berbunyi: 



"Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum?."
  
(56:69)

"Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan), atau Kami yang menurunkannya?"

(56:70) 



"Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan dia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur." 

Ilmu Hidrologi, iaitu ilmu tentang pusingan air hujan yang turun dari langit dan kemudiannya diserap oleh cahaya matahari dan naik semula ke langit menjadi wap dan terbentuklah awan.  

 
SIR BERNARD PALISSY, BERBANGSA PERANCHIS


Setelah awan menjadi  berat, air tersebut turun semula menjadi air hujan. Ilmu hidrologi ini  hanya ditemui oleh Sir Bernard Palissy (1510 - 1589) pada tahun 1580 sedangkan Allah telah menyebutkannya dalam Quran lebih 1400 tahun lalu.  



11. JUMLAH AIR HUJAN YANG TELAH DITENTUKAN

11.1. Firman Allah dalam Surah Al-Zukruf [Perhiasan] (43:11)

"Dan yang menurunkan air dari langit mengikut ukuran (yang telah ditentukan).  Dengan air itu Kami hidupkan (kembali) bumi yang telah mati. Seperti itulah juga kamu akan dikeluarkan.”

11.2. Firman Allah dalam Surah Mukminun[Golongan Orang Beriman](23:18)  berbunyi:





"Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya."

11.3. Surah ArRaad[Guruh](13:17) berbunyi:



“Ia menurunkan air hujan dari langit, lalu membanjiri tanah-tanah lembah (dengan airnya) menurut kadarnya yang ditetapkan Tuhan untuk faedah makhlukNya, kemudian banjir itu membawa buih yang terapung-apung. Dan dari benda-benda yang dibakar di dalam api untuk dijadikan barang perhiasan atau perkakas yang diperlukan, juga timbul buih seperti itu. Demikianlah Allah memberi misal perbandingan tentang perkara yang benar dan yang salah. Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.”


Saintis moden menganggarkan setiap 1 saat sebanyak 16 juta tan air meluap naik ke udara. Jumlah ini bersamaan dengan 505 trillion tan setahun.  Jumlah inilah yang turun semula ke bumi dalam bentuk hujan tiap tahun secara tetap jumlahnya.  Kehidupan di bumi bergantung kepada pusingan air.

Jika berlakunya kekurangan air hujan ini ia akan menyebabkan ketidakseimbangan ekoloji yang boleh membahayakan semua kehidupan di dunia.

12. LEBAH BETINA


Firman Allah dalam Surah An-Nahl [Lebah] (16:68) 


“Dan tuhanmu mewahyukan kepada lebah: “Buatlah sarang-sarangmu di gunung-gunung, di pohon-pohon dan di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia”.

(16:69)

 “Kemudian diwahyukan Tuhan lagi: “Makanlah dari segala macam buah-buahan dan tempuhilah jalan Tuhanmu yang dipermudahkan bagi kamu”. Dari perut lebah itu keluar minuman yang berbagai-bagai warnanya. Di dalamnya tersimpan ubat bagi manusia. Sesungguhnya dalam hal ini terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang berfikir.”

Dahulu orang berfikir lebah yang bekerja ialah lebah jantan.  Kini ia telah dibuktikan bahawa lebah yang bekerja ialah lebah betina.

13. PERBANDINGAN MASA (The Relativity of Time)

13.1.    Firman Allah dalam Surah Al-Hajj [Haji] (22:47) 

“Dan mereka meminta kepadamu agar siksaan itu  dipercepatkan, padahal Allah tidak akan menyalahi janjiNya.  Sesungguhnya sehari disisi Tuhanmu itu seperti 1000 tahun menurut perhitunganmu.”

13.2.    Firman Allah dalam  Surah As-Sajadah [Sujud] (32:5)
 “Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian urusan itu naik kepadaNya dalam satu hari yang kadar (persamaan)nya adalah seribu tahun menurut perhitunganmu.”

Teori relativiti ini hanya baru dibuktikan oleh Albert Einstein pada abad ke 20, di mana dikatakan time depend on mass and velocity.

14. LAUTAN YANG TIDAK BERCAMPUR SATU SAMA LAIN



14.1. Firman Allah dalam Surah Ar Rahman [Yang Maha Pemurah] (55:19)

“(Allah) membiarkan dua lautan mengalir dan kemudian saling bertemu’


(55:20) 

 “Antara keduanya terdapat batas yang tidak dapat dilampaui masing- masing”.



  14.2  Firman Allah dalam Surah AlFurqan [Pembeza](25:53)


 “Dan Dialah Tuhan yang telah mengalirkan dua laut berdampingan, yang satu tawar lagi memuaskan dahaga, dan yang satu lagi masin lagi pahit; serta Ia menjadikan antara kedua-dua laut itu sempadan dan sekatan yang menyekat percampuran keduanya.”

Hasil kajian sains membuktikan bahawa jika sejenis air mengalir ke jenis air yang lain ia akan mengurangkan ketumpatannya dan dihomogen ke dalam air itu. Kawasan homogen ini dinamakan sempadan (barzakh) dalam Quran.


“Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar buahnya dengan batu, tetapi tetap dibalas dengan buah.” = Mutaira kata Saidina Abu Bakar As-Siddiq

No comments:

Post a Comment