Thursday, 23 October 2014

KEBENARAN DAN KETEPATAN ALQURAN TENTANG SEJARAH PURBA (BAHAGIAN 1)


Keajaiban, kebenaran dan ketepatan Al-Quran tidak hanya terdapat dalam bidang saintifik sahaja, malah termasuk perkara-perkara yang melibatkan sejarah silam yang meliputi suku kaum, peperangan, bandar sejarah dan maharaja yang memerintah yang telah berlaku ribuan tahun sebelum Quran diturunkan turut dihuraikan dalam quran.  Penemuan ahli arkeologi dan sejarah silam di zaman moden kini telah dijelaskan dalam alquran 1400 tahun lalu.  Oleh itu tanpa ragu dan syak lagi Al-Quran ialah wahyu dan kalam dari Allah. Ia tidak mungkin boleh direka-reka oleh Nabi Muhammad, seorang manusia yang tidak boleh membaca dan menulis. Contoh-contohnya ialah seperti berikut:

1.     KEMENANGAN EMPAYAR BYZANTINE

Firman Allah dalam Surah Ar Ruum [Kerajaan Rom](30:1)

"Alif Lam Mim"

 (30:2) 


 “ Telah dikalahkan Kerajaan Rom (oleh Kerajaan Parsi)”

(30:3) 



“ Dinegeri terdekat (negara Arab, iaitu Syria dan Palestin) dan mereka selepas dikalahkan, mereka akan menang.”

(30:4) 


“Dalam beberapa tahun lagi.  Semua urusan ada pada Allah samada sebelum atau sesudahnya dan pada hari itu orang-orang mukmin bergembira.”


Ayat ini diturunkan pada tahun 620 Masihi, iaitu 6 tahun selepas Parsi mengalahkan Byzantine pada tahun 614 Masihi. Dalam perang ini Byzantine kalah teruk sehingga tidak memungkinkannya untuk bangkit semula.  Semua kawasan jajahan Byzantine ditakluki kerajaan Parsi.  Namun pada tahun 622 Masihi, ketua tentera Byzantine, iaitu Hercules berjaya mengalahkan Parsi dan Armenia. Pada bulan Disember 627 Masihi Hercules berjaya membebaskan Jurusalem.  Ramalan quran bahawa dalam masa 3 – 9 tahun Byzantine bangkit semula adalah sangat tepat sekali. 

2.     PEMELIHARAAN JASAD FIRAUN 




Firman Allah dalam Surah Yunus [Nabi Yunus] (10:90) 



“Dan kami seberangkan Bani Israel melintasi lautan, lalu mereka diikuti oleh Firaun dan tenteranya dengan tujuan untuk menganiayai dan menindas mereka sehingga tatkala Firaun hampir tenggelam, dia berkata: “Aku beriman, bahawa tiada Tuhan selain Tuhan yang diimani Bani Israel, dan aku termasuk orang-orang yang berserah diri.”

(10:91) 



“Mengapakah baru sekarang (kamu beriman), bukankah sejak dahulu kamu derhaka.  Dan mereka termasuk orang-orang yang berbuat kerosakan.”

(10:92) 




“Maka pada hari ini Kami selamatkan tubuhmu agar generasi sesudah kamu menjadikan dirimu sebagai pengajaran, dan sebahagian besar manusia itu sesungguhnya mengabaikan (melalaikan) tanda-tanda kebesaran Kami.”

Allah tidak tenggelamkan jasad Firaun sebaliknya ombak tolak jasadnya ke pantai.  Rakyatnya kutip mayat Firaun dan Allah berikan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk awet mayat Firaun. Tujuannya supaya menjadi pengajaran kepada manusia kini supaya jangan berlaku zalim kepada sesama manusia dan mengaku jadi tuhan.  Mumianya kini tersimpan di Muzium Cairo, Mesir.

3.     PENAKLUKAN KOTA MEKAH

Firman Allah dalam Surah Al-Fath [Kemenangan] (48:27) 



 “Sesunggunya Allah akan membuktikan kebenaran mimpi rasulNya secara benar bahawa kamu benar-benar akan memasuki Masjidil Haram, insyaalah dalam keadaan aman.  Kamu mencukur rambut kepalamu dan memotongnya tanpa ada rasa ketakutan. (Allah) mengetahui apa yang tidak kamu ketahui dan sebelum itu Dia memberi kemenangan yang dekat.”

Semasa di Madinah rasulullah bermimpi beliau dan pengikutnya memasuki Mekah dan mengelilingi  Kaabah.  Mimpi rasulullah menjadi nyata pada bulan Zulkaedah tahun 7 Hijrah, iaitu tidak lama setelah turunnya ayat di atas.

4.     BANGSA ISRAEL YANG JAHAT DAN SOMBONG

                                               PETA NEGARA HARAM ISRAEL

Firman Allah dalam Surah Al-Israk [Memperjalankan Di Waktu Malam] (17:4) 




 “ Dan telah Kami tetapkan hukum Bani Israel dalam kitab itu (dengan firman Kami) : “Sesungguhnya kamu akan berbuat kerosakan dimuka bumi dua kali dan kamu pasti akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar.”

(17:5)



 “Dan ketika datang janji (hukuman azab) yang pertama, Kami kirim kepadamu hamba-hamba Kami yang mempunyai kekuatan yang besar, lalu mereka bermaharajalela di kampung-kampung, dan itulah ketetapan yang dilaksanakan.”

(17:6)  


“Kemudian kami berikan giliranmu untuk menggalakkan mereka dan Kami membantu kamu dengan harta benda dan anak-anak. Dan Kami jadikan kamu menjadi golongan besar.”

Kejahatan pertama orang Yahudi ialah apabila mereka membunuh Nabi Yahya (John the Baptist) dan Nabi Isa (Jesus).  Kemudian mereka telah dihalau dari Jerusalem oleh orang-orang Romawi yang menyebabkan mereka bertebaran diseluruh dunia. Masa surah ini diturunkan kepada Rasulullah orang Yahudi tidak ada negara.  Namun Quran kata satu hari bangsa Yahudi akan jadi bangsa yang kuat.  Masa ayat itu turun orang tidak dapat berfikir bagaimana bangsa Yahudi akan jadi kuat, oleh itu orang fikir ayat Allah itu tidak betul.

Berabad kemudiannya, janji Allah menjadi kenyataan, iaitu apabila dengan muslihat jahat bangsa Yahudi maka pada tahun 1948 termetrilah Perjanjian Balfour yang disokong Amerika, Britain serta bangsa barat lain yang membolehkan mereka balik ke kampong halaman mereka di Palestin dan menubuhkan negara haram Israel.  Dari situ mereka mula membunuh rakyat Palestin dan bangsa Arab lain yang berjiran dengannya.  Inilah kejahatan kedua yang disebut dalam Quran.
ARTHUR JAMES BALFOUR

Balfour diambil dari nama bekas Setiauasaha Luar British, Arthur James Balfour. Beliau telah menulis surat kepada pemimpin Yahudi Britain, Lord Rothschild untuk dikirimkan keapada Persekutuan Zionis.  Surat tersebut menyatakan simpati dari Kabinet Britain kepada aspirasi Zionis Yahudi.



5.     HAMAN DAN MONUMEN MESIR PURBA

GAMBAR BINAAN PURBA MESIR ZAMAN FIRAUN

Firman Allah dalam Surah Al-Qashash [Kisah-Kisah] (28:38) 




 “Firaun berkata: “Wahai para pembesar (kerajaan) ku! Aku tidak mengerti adanya tuhan bagi kamu selain diriku. Wahai Haman! Bakarkanlah tanah liat untukku dan buatkanlah bangunan yang tinggi agar aku dapat melihat tuhan Musa.  Sesungguhnya aku menduga dia termasuk pendusta.”

 
STONE TABLET

Nama Haman disebut 6 kali dalam Quran. Beliau adalah Perdana Menteri yang merupakan sahabat setia Firaun.  Namun demikian dalam kitab Bible (Old Testament) yang mengandungi sebahagian dari Kitab Taurat, nama Haman tidak pernah disebut. Fakta dalam Quran ini ditemui beberapa abad kemudian  dengan penemuan stone tablet pada tahun 1799.  Stone tablet ini dikatakan ditulis pada tahun 196 Sebelum Masihi (B.C.), iaitu dalam ‘old egypt scripture’ di mana nama Haman ada ditulis.  Penemuan ahli arkeoloji ini bertepatan sekali dengan fakta dalam Quran.

                         

No comments:

Post a Comment