1. Ada empat soalan yang memerlukan jawapan. Berilah jawapan
ditempat kosong di bawah ini dengan jujur dalam hati masing2.
1.1 Allah menciptakan tertawa dan
____________________
1.2. Allah mematikan dan
__________________________
1.3. Allah menciptakan lelaki dan
_____________________
1.4. Allah memberikan kekayaan dan __________________
2. Kebanyakan kita tentu boleh memberikan jawapan dengan mudah
iaitu:
2.1. Menangis
2.2. Menghidupkan
2.3. Perempuan
2.4. Tapi bagaimana dengan nombor 4?. Adakah kita memberikan jawapan “kemiskinan”.
3. Untuk mengetahui jawapannya dari Allah SWT mari kita lihat
firman-firmanNya dalam Surah An-Najm
[Bintang](53:43) yang berbunyi:
“Dan
bahawa sesungguhnya, Dialah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira)
tertawa, dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis.”
(53:44)
“Dan
bahawa sesungguhnya, Dia lah yang mematikan dan menghidupkan.”
(53:45)
“Dan
bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menciptakan pasangan – lelaki dan perempuan.”
(53:48)
“Dan bahwasanya Dialah yang memberikan
kekayaan dan memberikan kecukupan.”
4. Kita hanya betul dalam memberikan jawapan-jawapan untuk soalan
1 hingga 3 sahaja. Tetapi bagi soalan
nombor 4 ramai yang tersalah. Ramai yang akan jawab ‘kemiskinan’. Allah tidak
memberikan jawapan yang sama dengan apa yang akal kita mampu fikirkan. Itulah
kehebatan dan ketinggian Allah SWT. Jawapan Allah dalam Al-Quran ialah “kecukupan”.
Sesungguhnya Allah memberikan kekayaan dan kecukupan kepada
hamba-hambanya. Kenapa Allah tidak kata
kemiskinan?. Kemiskinan itu amat relatif. Ia wujud kerana kita membandingkannya dengan orang lain. Sebenarnya yang
mencipta kemiskinan itu ialah diri kita sendiri. Oleh sebab itulah orang yang miskin
tetapi tetap bersyukur itu, hidupnya sentiasa tersenyum dan selalu merasa cukup
dengan rezeki pemberian dari Allah. Mereka tidak akan merasa
miskin.
5. Justeru, sama-samalah kita suburkan dalam diri ini rasa cukup
dan berpada (qanaah) dengan pemberian dari Allah SWT. Berhentilah mengeluh
kerana harta. Sesungguhnya kehidupan kita di dunia ini tidak kekal. Tidak abadi. Sebaik sahaja kita mati semua harta dan
kekayaan itu pasti menjadi milik orang lain. Jika pun kita miskin di dunia ini ia hanyalah sementara sahaja. Carilah kekayaan sejati dan abadi di Negeri Akhirat!.
“Orang berilmu bertanya mengenai perkara yang dia sudah tahu dan
perkara yang belum diketahuinya. Maka dengan cara ini dia dapat memperkemaskan
ilmu yang telah ada dan dapat menimba ilmu yang belum diketahui.Orang jahil
pula sentiasa menyisih diri daripada menerima pelajaran dan berhenti daripada
belajar” – Mutiara kata Imam Syafie Rahimahullah
Nota: Bahan dari kawan-kawan dalam grup watsap MPKM
No comments:
Post a Comment