“Wahai
orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang
yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan
sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada
tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana
sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah,
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”.
Surah
Al–Maidah[Hidangan](5:8)
1. Saidina Ali bin Abi Talib bin Abdul Muttalib bin Hasyim bin Abdul Manaf telah dilahirkan pada tahun 602 Masihi, iaitu 10 tahun sebelum kelahiran Islam. Usianya 32 tahun lebih muda dari Rasulullah. Saidina Ali adalah sepupu dan juga menantu Rasulullah melalui pernikahannya dengan Fatimah Az-Zahrah. Beliau adalah orang pertama yang memeluk Islam dari kalangan kanak-kanak. Beliau telah dididik di rumah Rasulullah dan perkara ini menyebabkan beliau mempunyai jiwa yang bersih dan tidak dikotori dengan akhlak Arab jahiliyah Mekah.
2. Saidina Ali adalah salah seorang sahabat paling dekat dengan
Rasulullah. Sewaktu kecil Rasulullah dijaga oleh Abi Talib, bapa saudaranya
yang juga ayah kepada Saidina Ali. Saidina Ali dan Zaid bin Harisah adalah anak
angkat Rasulullah. Mereka selalu solat berjamaah bersama.
3. Saidina Ali seorang yang cergas mindanya. Mengenai kecerdasannya,
Rasulullah pernah memuji Saidina Ali dengan berkata: “Aku adalah kota ilmu dan Ali adalah gerbangnya.” Kefasihan
pertuturan Ali dipuji oleh ramai orang. Saidina Ali telah menjadi khalifah
Islam menggantikan Saidina Uthman pada tahun 656 Masihi. Pada bulan Ramadan,
tahun 40 Hijrah bersamaan Tahun 661 Masihi Saidina Ali telah meninggal dunia semasa berusia 54 tahun. Al-Fatihah untuk almarhum.
4. Melalui posting kali ini saya ingin berkongsi wasiat Rasulullah
kepada menantu dan sahabat kesayangannya, Saidina Ali Karramallah Wajhah:
4.1. Wahai Ali, bagi orang mukmin itu ada 3 tanda-tandanya :
4.1.1.
Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia
4.1.2. Tidak terpesona dengan pujuk rayu
wanita
4.1.3.
Benci terhadap perbualan dan perkataan yang sia-sia
4.2. Wahai Ali, bagi orang alim itu ada 3 tanda-tandanya :
4.2.1.
Jujur dalam percakapannya.
4.2.2.
Menjauhi segala yang haram
4.2.3.
Sentiasa merendahkan diri
4.3. Wahai Ali, bagi ahli
ibadah itu ada 3 tanda-tandanya :
4.3.1. Mengawasi dirinya
4.3.2.
Menghisab dirinya
4.3.3.
Memperbanyakkan ibadah kepada Allah SWT
4.4. Wahai Ali, bagi orang yang bertakwa itu ada 3 tanda-tandanya :
4.4.1.
Takut berlaku dusta dan keji
4.4.2.
Menjauhi perkara-perkara yang jahat
4.4.3.Memohon
perkara yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman
4.5. Wahai Ali, bagi orang yang jujur itu ada 3 tanda-tandanya :
4.5.1. Merahsiakan ibadahnya
4.5.2.
Merahsiakan sedekahnya
4.5.3.
Merahsiakan ujian yang menimpanya
5. Indah sekali wasiat Rasulullah kepada menantunya. Alangkah bertuahnya kita jika mampu mempraktikkan
wasiat Rasulullah ini dalam kehidupan seharian kita. Mampukah kita?. Kenapa pula tidak mampu. Bukankah orang yang
benar-benar kasihkan Rasululah itu akan melakukan apa sahaja asalkan ia datang
dari Rasulullah SAW.
“Orang yang
menzalimi diri sendiri ialah mereka yang tunduk dan patuh pada mereka yang
tidak menghormatinya, mengharapkan kemanisan pada sesuatu yang tidak memberi
manfaat kepadanya dan menerima pujian daripada mereka yang tidak dikenalinya.”
– Mutiara Kata Imam Syafie Rahimahullah
No comments:
Post a Comment