DR. GARY MILLER (DR. ABDUL AHAD OMAR) |
“Sesungguhnya
kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi
Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendakiNya, dan Allah lebih
mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk”.
{Petikan dari Surah Al-Qashah[Kesah-Kesah](28:56)}
“Barang
siapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, nescaya Dia
melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki
Allah kesesatannya, nescaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit,
seolah-olah ia sedang mendaki langit. Begitulah Allah menimpakan seksa kepada
orang-orang yang tidak beriman”. {Petikan dari Surah Al-Anam[Binatang Ternakan](6:125)}
####################################################
####################################################
1. Dr. Gary Miller adalah seorang pakar matematik Kanada dan bekas
pendakwah Kristian. Beliau amat berpengetahuan tentang Bible. Pada tanggal 9 September 1977
beliau telah berdebat dengan Allahyarham Ahmed Hossen Deedat atas tajuk “Islam
& Christianity”. Debat tersebut telah diadakan di Westridge Park Stadium, Durban Afrika Selatan. Debat ini juga telah membuka laluan kepadanya untuk kemudiannya menerima hidayah Allah dan memeluk agama islam. Beliau ialah seorang yang sangat menggemari matematik. Itulah sebabnya
dia suka kepada perkara-perkara yang logik. Dr. Miller tinggal di Toronto, Kanada.
Sebelum memeluk Islam beliau bekerja dengan sebuah gereja di Kanada. Menjadi penyiar
di radio dan televisyen Kanada sebagai
pencermah agama Kristian. Selain itu juga beliau adalah aktivis gereja dalam
urusan pencarian kebenaran sesuai dengan tugasnya sebagai pendeta Kristian.
Sebelum masuk Islam beliau belum pernah menemui mana-mana orang Islam dan
tempat tinggalnya pula seratus kilometer dari tempat tinggal orang Islam. Pada
satu hari dalam tahun 1977 beliau telah membaca Al-Quran dengan tujuan untuk
mencari apa-apa kesilapan/kelemahan Al-Quran yang dia boleh ambil kesempatan untuk
membuktikan pembohongan Al-Quran. Harapannya ialah untuk menarik orang Islam memeluk agama Kristian
atau menjauhkan orang Kristian dari mendekati Islam.
2. Sebelum membaca Al-Quran beliau beranggapan Al-Quran hanyalah sebuah kitab lama yang telah ditulis lebih 1,400 tahun yang lalu. Baginya
tentulah kandungannya hanyalah berkisar tentang kesah kehidupan Nabi Muhammad
dan keluarganya, padang pasir, membela unta atau kambing, kesah arab badwi,
buah kurma dan sebagainya. Namun setelah membaca Al-Quran apa yang ditemuinya
adalah sesuatu yang amat mengejutkannya dan menjadikan beliau begitu kagum dengan A-Quran. Beliau mendapati
Al-Quran memiliki sesuatu yang tidak ada pada semua kitab lain di dunia ini. Dia
tidak menemui apa-apa seperti yang dibayangkan dalam fikirannya sebelum membaca
Al-Quran.
3. Apa yang membuatkan beliau lebih keliru ialah dia menemui satu
surah (bab) khas dalam Al-Quran yang dinamakan “Maryam/Mary” yang mengandungi
banyak cerita tentang Maryam (yang dikatakan mother of God oleh orang Kristian). Sedangkan beliau tidak pernah temuinya
walaupun dalam buku-buku yang ditulis oleh orang Kristian mahupun dalam Bible.
Dia tidak menemui surah dinamakan Aminah (nama ibu Rasulullah), Khadijah (isteri Rasulullah) atau pun Fatimah
(nama anak Rasulullah) dalam Al-Quran.
4. Sekarang kita lihat dan nilaikan sendiri dalil-dalil dalam
Al-Quran yang dikaji oleh Dr. Gary Miller yang menyebabkan datangnya hidayah
kepada beliau untuk menganut Islam:
4.1. Nama Nabi Isa (Jesus), tuhan orang Kristian
telah disebut dalam Al-Quran sebanyak 25 kali manakala nama Muhammad SAW hanya
disebut sebanyak 5 kali sahaja. Ini
menjadikan beliau lebih keliru. Jika Quran itu direka oleh Muhammad tentulah
beliau akan memasukkan kesah keluarganya dan mengangkat dirinya.
4.2. Dia terkejut apabila membaca terjemahan firman Allah SWT dalam surah An-Nisaa[Kaum Wanita](4:82) yang berbunyi:
4.2. Dia terkejut apabila membaca terjemahan firman Allah SWT dalam surah An-Nisaa[Kaum Wanita](4:82) yang berbunyi:
“Maka apakah mereka tidak memperhatikan
Al-Quran ?. Kalau kiranya Al-Quran itu bukan dari Allah, tentulah mereka akan
mendapati pertentangan yang banyak di dalamnya”.
4.3. Berkenaan ayat di atas, Dr Miller berkata: “Salah
satu prinsip saintifik yang terkenal adalah prinsip mencari kesilapan dalam
teori sehingga ia terbukti benar (Ujian Pemalsuan). Apa yang menakjubkan ialah
Al-Quran meminta orang Islam dan bukan Islam untuk mencari kesalahan dalamnya
dan ia memberitahu manusia bahawa manusia tidak akan menemui apa-apa kesalahan
di dalamnya”. Beliau juga berkata tentang ayat ini: “Tidak ada penulis di dunia
mempunyai keberanian untuk menulis buku dan mengatakan bahawa ia sifar
kesilapan, tetapi Al-Quran sebaliknya memberitahu manusia bahawa ia tidak
mempunyai kesalahan dan meminta manusia untuk mencari satu kesalahan dan tentu
manusia tidak akan menemuinya di mana-mana.“
4.4. Satu lagi ayat Al-Quran yang menarik
perhatian beliau ialah firman Allah SWT dalam Surah Al-Anbiya[Para Nabi](21:30) yang berbunyi:
“Dan apakah orang-orang yang kafir tidak
mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang
padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala
sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?.”
4.5. Beliau berkata ayat ini adalah betul-betul
subjek penyelidikan saintifik yang memenangi Hadiah Noble pada tahun 1973,
iaitu teori dari Dr. Stephen J. Hawking, ahli fizik terkenal di abad ini. Teori
astrofisiknya dikenali dengan nama Big
Bang (Ledakan Besar) itu menjadi teori paling kuat ketika ini yang mampu
menjelaskan beberapa fenomena alam semesta.
4.6. Dr. Miller berkata ada pendapat mengatakan syaitan
yang membantu Rasulullah mengarang Al-Quran. Tetapi dalil Quran sebaliknya
menunjukkan pertentangannya. Lihat firman-firman Allah dalam ayat-ayat berikut:
4.6.1.
Dalam Surah An-Nahl[Lebah] (16:98)
berbunyi:
“Apabila kamu membaca Al-Quran hendaklah
kamu meminta perlindungan kepada Allah dari syaitan yang terkutuk”.
4.6.2. Dalam Surah Asy-Syu’ara[Para
Penyair](26:210) berbunyi:
“Dan Al-Quran itu bukanlah dibawa turun oleh
syaitan-syaitan”.
(26:211)
“Dan tidaklah layak syaitan-syaitan itu
membawa turun Al-Quran itu, dan mereka juga tidak akan sanggup melakukannya”.
(26:212)
“Sesungguhnya mereka dilarang sama sekali
dari mendengar Al-Quran itu”.
Logikkah
ayat Quran dari syaitan kerana syaitan meminta pembaca memohon pertolongan
Allah sebelum membacanya?. Tentu tidak logik sama sekali.
4.7. Cerita dalam Al-Quran yang menarik perhatian
Dr. Miller adalah kesah Rasulullah dengan Abu Lahab. Bagi beliau, Abu Lahab
adalah seorang yang sangat membenci Islam dan Rasulullah. Jika dia melihat Rasulullah bercakap
dengan seseorang yang tidak dikenali,
dia akan menunggu sehingga orang itu selesai dan kemudian bertanya kepada mereka
apa yang Rasulullah beritahu. Abu Lahab akan memalsukan/membohongi apa jua
kenyataan dari Rasulullah agar orang curiga kepada Rasulullah. Lebih kurang 7
tahun sebelum kematian Abu Lahab, surah Al-Lahab
[Api Yang Bergejolak](111:1) telah diwahyukan kepada Rasulullah yang
berbunyi:
“Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan
sesungguhnya dia akan binasa”.
(111:2)
“Tidaklah berfaedah kepadanya harta
bendanya dan apa yang ia usahakan”.
(111:3)
“Kelak dia akan masuk ke dalam api yang
bergejolak.
(111:4)
“Dan (begitu pula) isterinya, pembawa kayu
bakar (pembawa fitnah).”
(111:5)
“Yang di lehernya ada tali dari sabut”.
4.8. Surah ini menceritakan bahawa Abu Lahab akan
masuk neraka. Ini bererti Abu Lahab
tidak akan memeluk agama Islam sama sekali. Sebenarnya selama 7 tahun, Abu Lahab berpeluang
membuktikan kepada penduduk Mekah bahawa Muhammad berbohong tentang wahyu diterimanya dengan cara beliau
masuk Islam ataupun berpura-pura Islam bagi membuktikan bahawa Al-Quran itu
bohong dan tidak boleh dipercayai. Anehnya Abu Lahab tidak berbuat demikian.
Selama 7 tahun dia berpeluang untuk menghancurkan Islam dengan cara yang
sangat senang. Tetapi ini tidak berlaku.
Ini kerana surah Al-Lahab itu bukan kata-kata dari Rasulullah SAW,
tetapi kata-kata Allah yang mengetahui apa yang tersembunyi dan tahu bahawa Abu
Lahab tidak akan menjadi seorang Islam.
4.9. Salah satu keajaiban Al-Quran ialah ia
mencabar pengetahuan masa depan dengan perkara-perkara yang manusia tidak boleh
fikir dan ramalkan. Sebagai contohnya ialah Al-Quran menyebut mengenai hubungan
antara orang Islam dan Yahudi. Al-Quran mengatakan bahawa orang Yahudi adalah
musuh utama bagi umat Islam dan ini adalah perkara benar sehingga
kini kerana orang Yahudi kekal menjadi musuh utama umat Islam. Ini dianggap
satu cabaran yang besar kerana orang-orang Yahudi mempunyai peluang untuk
merosakkan Islam hanya dengan melayan umat Islam dengan cara yang mesra bagi
membuktikan kenyataan Al-Quran adalah salah dan justeru itu ia bukannya dari
tuhan. Tetapi ini tidak berlaku dalam masa lebih 1400 tahun. Ini membuktikan bahawa Al-Quran adalah kata-kata tuhan yang maha mengetahui perkara ghaib yang akan berlaku dan bukannya kata-kata manusia.
4.10. Al-Quran membicarakan sesuatu yang telah lama
berlalu, lama sebelum kelahiran Rasulullah.
Malah Al-Quran menjelaskan bahawa Rasulullah tidak pernah mengetahui
perkara-perkara ghaib itu. Contoh firman
Allah itu ialah:
4.10.1.
Dalam Surah Ali Imran[Keluarga Imran]
(3:44) yang berbunyi:
“Yang demikian itu adalah sebahagian dari
berita-berita ghaib yang Kami wahyukan kepada kamu (Wahai Muhammad); padahal
kamu tidak hadir bersama mereka, ketika mereka melemparkan anak-anak panah
mereka (untuk mengundi) siapa di antara mereka yang akan memelihara Maryam. Dan
kamu tidak hadir di sisi mereka ketika mereka bersengketa.”
4.10.2.
Dalam Surah Hud (11:49) yang
berbunyi:
“Itu adalah di antara berita-berita
penting tentang yang ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (Muhammad); tidak pernah
kamu mengetahuinya dan tidak (pula) kaummu sebelum ini. Maka bersabarlah;
sesungguhnya kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa”.
4.10.3.
Dalam Surah Yusuf (12:102) yang
berbunyi:
“Demikian itu (adalah) di antara
berita-berita yang ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (Muhammad); padahal kamu
tidak berada pada sisi mereka, ketika mereka memutuskan rencananya (untuk
memasukkan Yusuf ke dalam telaga) dan mereka sedang mengatur tipu daya”.
4.11.
Dr. Miller menjelaskan tidak ada kitab suci lain menggunakan gaya penceritaan
seperti Al-Quran. Kitab-kitab lain
memuatkan maklumat yang memberitahu pembaca di mana maklumat itu datang. Bible
juga memberitahu pembaca bahawa jika kita
ingin mengetahui lebih lanjut kita perlu membaca buku tertentu kerana maklumat
itu datang dari buku tersebut. Sebaliknya ia bertentangan dengan Al-Quran yang
memberi kita maklumat dan memberitahu kita
bahawa sesuatu peristiwa itu telah terlalu lama berlaku.
4.12.
Lebih menghairankan Dr. Miller ialah bahawa orang-orang Mekah pada masa
ayat-ayat Quran diturunkan masa itu tidak pula menyanggah kandungan Quran
dengan mengatakan ia bukan perkara baru. Apa yang berlaku adalah bahawa tiada
siapa yang berani untuk mengatakan bahawa Rasulullah telah berbohong kepada
mereka walaupun perkara yang disampaikan oleh Rasulullah adalah perkara baru
dan asing buat mereka.
4.13. Dr. Miller adalah seorang yang sangat memahami
kitab Bible kerana beliau seorang pendakwah Kristian. Sesungguhnya firman Allah SWT dalam Surah Al-Maidah[Hidangan](5:82) berikut amat
difahami olehnya:
“Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang
paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang
Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan sesungguhnya kamu dapati yang paling dekat
persahabatannya dengan orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata:
"Sesungguhnya kami ini orang Nasrani (Kristian)". Yang demikian itu
disebabkan kerana di antara mereka itu (orang-orang Nasrani) terdapat
pendeta-pendeta dan rahib-rahib, (juga) kerana sesungguhnya mereka tidak menyombongkan
diri”.
(5:83)
“Dan apabila mereka mendengarkan apa yang
diturunkan kepada Rasul (Muhammad), kamu lihat mata mereka mencucurkan air mata
disebabkan kebenaran (Al-Quran) yang telah mereka ketahui (dari kitab-kitab
mereka sendiri); seraya berkata: "Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka
catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi (atas kebenaran Al-Quran
dan kenabian Muhammad SAW)”.
(5:84)
“Mengapa kami tidak akan beriman kepada
Allah dan kepada kebenaran yang datang kepada kami, padahal kami sangat ingin
agar Tuhan kami memasukkan kami ke dalam golongan orang-orang yang soleh?".
5. Fakta dan dalil-dalil Al-Quran di ataslah yang
telah memberi dorongan serta mengangkat hijab Gary
Miller untuk melihat kebenaran Islam.
Baginya Islam adalah agama yang tidak datang dari manusia, melainkan
tuhan yang mencipta alam. Manusia pasti tidak mampu memikirkan perkara masa depan. Sebagai
seorang pakar matematik beliau banyak berfikir secara logik. Menilai sesuatu perkara dengan logik akal dan objektif. Setelah meyakini kebenaran agama Islam maka pada tahun 1978
Dr. Gary Miller telah memeluk Islam dan menukar namanya kepada Dr. Abdul Ahad Omar. Dia pernah bekerja beberapa
tahun di Universiti Petroleum dan Mineral Raja Fahd, Dhahran Arab Saudi. Beliau meneruskan penghidupannya sebagai pendakwah
Islam melalui program TV dan juga memberi ceramah umum tentang Islam.
6. Jika Dr. Gary Miller dapat melihat logik firman tuhan yang sebenar seperti dalam Al-Quran, kenapa orang Kristian lain tidak mampu melihat dan menilai kebenarannya. Dr. Miller hanya ingin mencari kebenaran dalam beragama. Bukankah yang perlu dicari dalam kehidupan kita ini ialah kebenaran?. Janganlah menolak kebenaran hanya semata-mata kerana keegoan dengan agama yang sesat dan telah diselewengkan oleh pihak gereja.
7. Saksikan debat bersejarah di bawah antara Dr.Gary Miller dan Almarhum Sheikh Ahmed Hossen Deedat yang menjadi asas kepada permulaan pengislamannya. Debat yang bertajuk "Islam & Christianity" itu telah diadakan pada 9.9.1984. Klik video di bawah untuk mendengarnya:
7. Saksikan debat bersejarah di bawah antara Dr.Gary Miller dan Almarhum Sheikh Ahmed Hossen Deedat yang menjadi asas kepada permulaan pengislamannya. Debat yang bertajuk "Islam & Christianity" itu telah diadakan pada 9.9.1984. Klik video di bawah untuk mendengarnya:
“Orang yang
menggali asas dasar dunia ini dan membina bangunan akhirat di atasnya adalah
orang yang bijak. Kawan yang jahat ialah orang yang suka merosakkan orang yang
sedang menuju ke jalan Allah. Barang siapa yang terlalu menyintai emas dan
perak, dia akan dihina oleh Allah.” – Mutiara Kata Imam Hassan Basri
No comments:
Post a Comment