Saturday, 30 January 2016

SINAR ISLAM DI ENGLAND, UNITED KINGDOM




“Dialah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad SAW) dengan membawa hidayah petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), supaya Dia memenangkannya dan meninggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.” {Petikan dari Surah As-Shaaf[Barisan](61:9)}

1.   United Kingdom sememangnya terkenal sebagai sebuah negara umat Kristian.  Negara yang pernah menjadi penjajah puluhan malah ratusan tahun lalu.  Salah satu misi penjajahannya ialah untuk menyebarkan agama Kristian.  Ratusan tahun dahulu rakyat United Kingdom terkenal sebagai penganut Kristian yang kuat.  Tahukah kita bahawa kini agama Kristian di sana semakin kurang diminati penduduknya. Salah satu sebabnya ialah mereka mula menyedari kepalsuan agama Kristain.  Akibatnya ramai yang mula meninggalkan agama Kristian.  Pilihan teramai di kalangan mereka ialah menganut agama wahyu, iaitu Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

2. Posting kali ini akan menyingkap perkembangan agama Islam di England, sebuah negara yang terkenal dengan pemerintahan monarkinya dimana Ratu Elizabeth menjadi raja mereka.

3.  Seorang tokoh barat terkenal puluhan tahun lalu ialah Sir George Bernard Shaw. Beliau lahir di Sygne Street, Dublin Ireland pada 26 Julai 1856 dan meninggal dunia pada 2 November 1950 semasa berusia 94 tahun. Merupakan seorang penulis drama, pengkritik, aktivis politik dan penulis novel terkenal di Barat. Beliau pernah berkata, jika ada agama yang berpeluang untuk menakluki England dan Eropah dalam masa ratusan tahun akan datang maka agama itu ialah Islam.

4.   Kita lihat apakah kenyataan beliau seperti yang dipetik dari majalah 'The Genuine Islam”, Singapore, Vol. 1, No. 8, 1936 :

4.1.   “I have always held the religion of Muhammad in high estimation because of its wonderful vitality. It is the only religion which appears to me to possess that assimilating capacity to the changing phase of existence which can make itself appeal to every age. I have studied him - the wonderful man and in my opinion far from being an anti-Christ, he must be called the Savior of Humanity."

4.2.   "I believe that if a man like him were to assume the dictatorship of the modern world he would succeed in solving its problems in a way that would bring it the much needed peace and happiness: I have prophesied about the faith of Muhammad that it would be acceptable to the Europe of tomorrow as it is beginning to be acceptable to the Europe of today.”

5.   Sesungguhnya apa yang diramalkan oleh Sir George Bernard Shaw lebih 60 tahun lalu kini telah menjadi kenyataan.  Beberapa buah bandar di Britain menyaksikan jumlah kanak-kanak Islam lebih ramai daripada Kristian dan bukan Islam yang lain. Ini berdasarkan statistik yang dikeluarkan hasil bancian penduduk bagi tahun 2011. Di bawah ini adalah perbandingan jumlah bilangan kanak-kanak dan orang dewasa yang beragama Kristian dan Islam bagi 6 buah bandar besar:


Selain Islam dan Kristian, baki penduduk lain beragama samada Hindu, Buddha, Judaism (Yahudi) dan lain-lain.

6.   Gambar di atas ialah sebuah masjid yang terletak di Jalan Brune, Spitalfields yang kelihatan melimpah jemaahnya ketika solat Jumaat diadakan. Sebaliknya hanya 20 orang yang hadir ke upacara keagamaan di Gereja St Mary, Jalan Cable (sebelah kanan). Inilah realiti yang sedang berlaku kini di England.  Pada setiap pagi minggu hari Ahad, sambutan orang ramai di Gereja St George-In-The-East di Jalan Cannon Street dan Gereja St Mary’s di Jalan Cable untuk bersembahyang amatlah berkurangan. Jarak masjid dan gereja St. Mary hanya beberapa ratus meter sahaja. Bandingkahlah sambutan orang Islam dan orang Kristian kepada tempat ibadat masing-masing.

7.  Di Gereja St George, kurang daripada 15 pengunjung hadir untuk meraikan sambutan Holy Communion. Ketika gereja itu dibina pada awal abad ke-18, ia direka untuk memuatkan sehingga 1,230 orang. Jumlah yang sama disediakan di Gereja St Mary yang mula dibuka sejak Oktober 1849. 

8.   Masjid di Jalan Brune itu asalnya adalah ruang kecil yang disewa untuk dijadikan pusat komuniti dan hanya dapat memuatkan kira-kira 100 orang sahaja. Setiap kali Jumaat, jumlah jemaahnya meningkat hingga empat kali ganda.  Ini menyebabkan mereka terpaksa mendirikan solat di atas jalan raya.

9.  Dalam tempoh 10 tahun lalu, berlaku penurunan jumlah penduduk England dan Wales yang menganut agama Kristian, iaitu dari 71.7% kepada 59.3 % daripada keseluruhan penduduk. Bagi tempoh sama, dikatakan jumlah penganut agama Islam meningkat daripada 3% daripada keseluruhan penduduk menjadi 4.8 % atau 2.7 juta orang. Jika pecahan dibuat mengikut usia, separuh daripada penganut Islam di situ berusia kurang 25 tahun, manakala hampir suku penganut Kristian menghampiri usia 80 tahun.

10. Jika perkembangan ini berterusan, dianggarkan dalam tempoh 20 tahun akan datang, penganut Islam menjadi lebih ramai berbanding penganut Kristian. Perkara ini adalah sesuatu yang tidak pernah difikirkan oleh sesiapa pun 50 tahun lalu. Berdasarkan perkembangan ini ada pemerhati berkata, Kristian bakal menjadi ‘agama silam’ di England kerana orang ramai lebih terpikat kepada agama Islam. Penduduk England adalah terdiri dari orang yang berpendidikan dan terpelajar. Mereka dapat menerima kebenaran yang ada dalam agama Islam berbanding dengan agama Kristian yang banyak di selewengkan oleh pihak gereja. Jika mereka benar-benar ikhlas untuk mencari KEBENARAN HAKIKI dalam beragama maka pilihan kepada rakyat England ialah menganut Islam, agama dari tuhan yang SEBENAR.

11.    Dalam Surah Al-Imran[Keluarga Imran](3:54), Allah SWT berfirman yang berbunyi:

“Orang-orang kafir itu membuat tipu daya, dan Allah membalas tipu daya mereka itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya”.

Tafsiran kepada ayat di atas ialah: Manusia merancang, Allah juga merancang dan ingatlah bahawa perancangan Allah itulah yang paling berjaya. 

12. Kristian dengan kerjasama Yahudi dunia merancang Peristiwa 11 September 2001 dengan tujuan untuk menjauhkan orang Kristian dari agama Islam.  Islam mahu digambarkan sebagai agama anutan pengganas yang tidak berperikemanusiaan. Tetapi, sebaliknya berlaku apabila bilangan orang Kristian di England menganut Islam semakin bertambah ramai selepas peristiwa tersebut. Inilah bukti nyata kebenaran firman Allah SWT di atas.


“Orang yang putus hubungan dengan Allah ibarat  wau yang putus tali. Walaupun wau yang putus tali mungkin nampak hebat, ke kiri dan ke kanan dan terbang tinggi di tiup angin, namun itu tidak lama kerana ia akan jatuh juga.  Berbanding dengan wau yang bertali, ia terkawal dengan tali yang mengikatnya.  Begitulah  juga bandingan manusia yang putus hubungan dengan Allah dengan manusia yang terikat dengan Allah.” = Mutiara Kata Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

1 comment:

  1. Grateful to the God Almighty..I hope Christian in Malaysia will convert to Muslim

    ReplyDelete