“Hai
orang-orang yang beriman, janganlah kamu melanggar syiar-syiar Allah, dan
jangan melanggar kehormatan bulan-bulan haram, jangan (mengganggu)
binatang-binatang had-ya, dan binatang-binatang qalaa-id, dan jangan (pula)
mengganggu orang-orang yang mengunjungi Baitullah sedang mereka mencari kurnia
dan keredhaan dari Tuhannya dan apabila kamu telah menyelesaikan ibadah haji,
maka bolehlah berburu. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu kepada sesuatu
kaum kerana mereka menghalang-halangi kamu dari Masjidil Haram, mendorongmu
berbuat aniaya (kepada mereka). Dan tolong-menolonglah
kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam
berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah,
sesungguhnya Allah amat berat siksaanNya. {Petikan dari Surah Al-Maidah[Hidangan](5:2)}
1. Islam adalah agama yang paling disalah anggap oleh orang bukan
Islam. Sebab utama terjadinya perkara ini ialah kerana peranan yang
dimainkan oleh pihak media antarabangsa seperti International TV channel, internet, world news dan
seumpamanya yang jelas anti Islam. Media-media ini dengan
sengaja melaporkan propaganda negatif tentang Islam. Mereka cuba memberikan gambaran bahawa orang Islam melakukan keganasan kerana adanya seruan jihad dalam agama Islam.
2. Dalam Al-Quran perkataan jihad dan yang seumpama dengannya
disebut sebanyak 36 kali, iaitu seperti dalam surah-surah Al-Baqarah (2:218), Ali Imran (3:142), Al- Nisa (4:95),
Al- Maidah (5:35, 53, 54), Al- An’am (6:109), Al- Anfal (8:72 ,74, 75), At-
Taubah (9:16, 19, 20, 24, 41, 44, 73, 79, 81, 86, 88), An- Nahl (16: 38, 110),
Al- Hajj(22:78), An-Nur (24: 53), Al- Furqan (25: 52), Al- Ankabut(29:6, 8, 69),
Luqman (31: 15), Fatir (35: 42), Muhammad (47:31), Al-Hujurat (49:15), Al-
Shaff (61: 11) dan Al- Tahrim (66: 9).
3. Jihad yang disebutkan dalam ayat-ayat di atas adalah dalam
konteks orang-orang Islam perlu mempertahankan dari serangan musuh, memerangi hawa nafsu, mendermakan harta benda untuk kebaikan Islam dan umat Islam, membanteras yang batil dan menegakkan yang haq. Jihad tidak bermaksud mengarahkan orang Islam supaya
menyerang dan membunuh orang awam yang tidak berdosa kerana mereka bukan beragama Islam.
4. Jihad adalah perkataan yang paling banyak disalahertikan oleh
orang bukan Islam, khususnya di Barat. Mereka menganggap apa sahaja peperangan yang melibatkan
orang Islam atas apa jua tujuan/alasan dikatakan jihad. Sebenarnya perkataan jihad diambil dari
bahasa Arab, iaitu jahada yang bermaksud berhempas pulas (to struggle), bekerja keras (to
strive). Contohnya seperti berhempas pulas memerangi musuh, bekerja keras
untuk menjadikan masyarakat lebih baik, berhempas pulas untuk mempertahankan
diri, bersungguh-sungguh melawan hawa nafsu, pelajar sedang berhempas pulas mengulang kaji pelajaran untuk
menduduki peperiksaan. Kita mungkin pernah mendengar orang berkata jihad memerangi kemiskinan yang bermaksud melakukan sesuatu usaha bersungguh-sungguh untuk membasmi kemiskinan. Semua contoh-contoh ini dalam bahasa Arab dikatakan berjihad.
Kini orientalis telah menterjemahkan jihad sebagai holy war (bahasa Arabnya ialah harbun
muqaddasa). Sebenarnya tidak ada satu patah pun perkataan harbun muqaddasa dalam
Al-Quran ataupun dalam hadis nabi. Ini membuktikan bahawa konsep dan ajaran
perang suci (holy war) tidak diajar
dalam Islam.
5. Mengikut sejarahnya, perkataan holy war pertama kali digunakan oleh pejuang perang salib (crusader)
Kristian untuk memaksa orang lain untuk menganut agama Kristian. Tetapi kini holy war telah digunakan
untuk agama Islam. Ia adalah salah sama sekali.
Sangat bertentangan sekali dengan ajaran Islam seperti firman Allah SWT
dalam Surah Al-Maidah[Hidangan](5:32)
yang berbunyi:
“Oleh
kerana itu Kami tetapkan (suatu hukum) bagi Bani Israil, bahawa: barang siapa
yang membunuh seorang manusia, bukan kerana orang itu (membunuh) orang lain,
atau bukan kerana membuat kerosakan dimuka bumi, maka
seolah-olah dia telah membunuh manusia seluruhnya. Dan barang siapa yang
memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah
dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya. Dan sesungguhnya telah
datang kepada mereka rasul-rasul Kami dengan (membawa) keterangan-keterangan
yang jelas, kemudian banyak diantara mereka sesudah itu sungguh-sungguh
melampaui batas dalam berbuat kerusakan dimuka bumi”.
6. Firman Allah di atas dengan jelas menerangkan betapa kerasnya
larangan Allah kepada perbuatan membunuh nyawa yang tidak berdosa. Sebaliknya
memelihara nyawa itu pula sesuatu yang sangat dimuliakan dan dipandang tinggi. Tidak
ada kitab agama lain dalam dunia ini yang mengajar penganutnya seperti ayat di
atas. Malah Islam mengutuk sebarang
bentuk keganasan dan pembunuhan zalim sesama manusia. Pengeboman berani mati (suicide bomber) dilarang dalam Islam.
7. Kini media antarabangsa cuba memberi gambaran bahawa Islam
menggalakkan keganasan. Sebenarnya kejahatan dan keganasan itu berlaku dalam
semua agama dan di semua negara. Penganut agama lain di dunia ini pun turut
terlibat menjadi pengganas. Keganasan itu bukan hak mutlak atau monopoli orang Islam. Masalahnya
ialah apabila ia berlaku dalam negara umat Islam maka media antarabangsa akan
memperbesarkannya dengan tujuan menggambarkan keburukan dan keganasan orang
Islam. Sebaliknya apabila keganasan dilakukan oleh orang bukan Islam, media Barat tidak ghairah melaporkannya. Lihat sahaja kezaliman dan penindasan yang dilakukan oleh orang-orang Buddha Rakhine kepada rakyat etknik Islam Rohingya di Myanmar. Mereka dizalimi dengan amat kejam dan dahsyat sekali. Di Angola pula kerajaan Kristiannya mengharamkan agama Islam di negaranya. Masjid-masjid telah diroboh. Mereka mempraktikkan undang-undang yang sangat jahat kepada Islam. Nilailah sendiri nasib orang bukan Islam yang tinggal di sebuah negara yang ditadbir oleh orang Islam. Adakah mereka ditindas dan dinafikan hak beragama?. Begitu juga dengan ibu kepada segala kejahatan dan penindasan seperti dilakukan oleh Israel kepada rakyat Palestin yang telah berterusan puluhan tahun lamanya hingga kini. Adakah media Barat akan membesar-besarkannya?. Sudah tentu tidak sama sekali.
8. Sesungguhnya jika orang Islam benar-benar mengikut ajaran yang di bawa oleh
Rasulullah SAW, adalah mustahil sama sekali untuk mereka menjadi orang
jahat. Apa lagi untuk menjadi pengganas
atau pengebom orang awam. Ini kerana ajaran Islam menegah sama sekali keganasan
sebaliknya menganjurkan keharmonian, kedamaian, keamanan dan persahabatan.
Sebahagian kandungan dari petikan
ceramah Dr.Zakir Karim Naik
“Orang yang menzalimi diri sendiri ialah mereka yang tunduk dan patuh
pada mereka yang tidak menghormatinya, mengharapkan kemanisan pada sesuatu yang
tidak memberi manfaat kepadanya dan menerima pujian daripada mereka yang tidak
dikenalinya.” – Mutiara Kata Imam Syafie Rahimahullah
No comments:
Post a Comment