1. Dalam Surah Sad(38:26),
Allah SWT telah berfirman tentang pemimpin adil yang berbunyi:
“Hai
Daud, sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah (penguasa) di muka bumi, maka
berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu
mengikuti hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah.
Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang
berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan.”
2. Terdapat banyak hadis Rasulullah SAW yang mengingatkan umat
Islam tentang kemunculan pemimpin-pemimpin di akhir zaman yang menyesatkan
manusia. Kita bertanggung jawab untuk meneliti dan menilai ciri-ciri pemimpin supaya
kita tidak disesatkan oleh mereka:
2.1. PEMIMPIN
YANG MENOLAK KEBENARAN DAN MENYERU
KEMUNGKARAN.
Dari
Ubadah bin Shamit beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang berbunyi:
«سَيَكُونُ عَلَيْكُمْ أُمَرَاءُ يَأْمُرُونَكُمْ بِمَا لاَ تَعْرِفُونَ وَيَفْعَلُونَ مَا تُنْكِرُونَ فَلَيْسَ لاِؤلَئِكَ عَلَيْكُمْ طَاعَةٌ»
“Kamu
akan dipimpin oleh para pemimpin yang memerintah kamu dengan hukum yang tidak
kamu ketahui (imani). Sebaliknya, mereka melakukan apa yang kamu ingkari.
Sehingga terhadap mereka ini tidak ada kewajiban bagi kamu sekalian untuk mentaatinya.”
(Hadis Riwayat Ibnu Abi Syaibah).
2.2. PEMIMPIN
YANG SESAT
Dari
Aus, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang berbunyi:
«إِنِّي لاَ أَخَافُ عَلىَ أُمَّتيِ إِلاَّ الأَئِمَّةَ المُضَلِّينَ»
“Aku
tidak takut (ujian yang akan menimpa) pada umatku, kecuali (ujian) para
pemimpin yang sesat.” (Hadis Riwayat Ibnu Hibban).
Sheikh
Sufyan as-Tsauri bin Said (716 M–778 M) seorang ulama besar zaman dahulu menggambarkan mereka dengan
mengatakan: “Tidaklah kamu menjumpai para pemimpin sesat, kecuali kamu
mengingkari mereka dengan hati, agar amal kamu tidak sia-sia.”
2.3. PEMIMPIN YANG MEMERINTAH DENGAN MENGANCAM
KEHIDUPAN DAN MATA PENCARIAN RAKYAT
Abu
Hisyam as-Silmi berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang berbunyi:
«سَيَكُونُ عَلَيْكُمْ أَئِمَّةٌ يَمْلِكُوْنَ رِقَابَكُمْ وَيُحَدِّثُوْنَكُمْ فَيَكْذِبُونَ، وَيَعْمَلُوْنَ فَيُسِيؤُونَ، لا يَرْضَوْنَ مِنْكُمْ حَتَّى تُحَسِّنُوا قَبِيْحَهُمْ وَتُصَدِّقُوْا كَذِبَهُمْ، اعْطُوْهُمُ الحَقَّ مَا رَضُوا بِهِ»
“Kamu akan dipimpin oleh para pemimpin yang mengancam
kehidupan kamu. Mereka berbicara (berjanji) kepada kamu, kemudian mereka
mengingkari (janjinya). Mereka melakukan pekerjaan tetapi pekerjaan mereka itu
sangat buruk. Mereka tidak senang dengan kamu hingga kamu menilai baik (memuji)
keburukan mereka, dan kamu membenarkan pembohongan mereka, serta kamu memberi kepada
mereka hak yang mereka senangi.” (Hadis Riwayat Thabrani).
2.4.
PEMIMPIN YANG BODOH:
Dari
Jabir bin Abdillah beliau berkata bahawa Rasulullah SAW berkata kepada Ka’ab
bin Ajzah:
أَعَاذَكَ اللهَ مِنْ إمَارَةِ السُّفَهَاءِ
“Aku memohon perlindungan untukmu kepada
Allah dari kepemimpinan dari kalangan orang-orang yang bodoh.” (Hadis
Riwayat Ahmad).
Maksud
pemimpin bodoh adalah pemimpin yang tidak mengikuti petunjuk dan sunnah
Rasulullah SAW. Dengan kata lainnya pemimpin yang tidak menerapkan syariah
Islam dalam pemerintahannya.
2.5. PEMIMPIN
YANG PURA-PURA BERIMAN (ZINDIK).
Dari
Ma’qil bin Yasar. Katanya Rasulullah SAW
bersabda yang berbunyi:
«صِنْفَانِ مِنْ أُمَّتِي لَنْ تَنَالَهُمَا شَفَاعَتِي: إِمَامٌ ظَلُومٌ، وَكُلُّ غَالٍ مَارِقٍ»
“Dua golongan umatku yang keduanya tidak
akan mendapatkan syafaatku, iaitu pemimpin yang bertindak zalim, dan orang yang
berlebihan dalam beragama hingga sesat dari agama.” (Hadis
Riwayat Thabrani).
حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْمَلِكِ بْنُ قُدَامَةَ الْجُمَحِيُّ عَنْ إِسْحَقَ بْنِ أَبِي الْفُرَاتِ عَنْ الْمَقْبُرِيِّ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَيَأْتِي عَلَى النَّاسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتُ يُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ وَيُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ وَيُؤْتَمَ فِيهَا الْخَائِنُ وَيُخَوَّنُ فِيهَا الْأَمِينُ وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ قِيلَ وَمَا الرُّوَيْبِضَةُ قَالَ الرَّجُلُ التَّافِهُ فِي أَمْرِ الْعَامَّةِ
“Akan datang kepada masyarakat tahun-tahun
yang penuh dengan penipuan. Pada tahun-tahun itu pembohong dipandang benar,
yang benar dianggap bohong; pada tahun-tahun tersebut pengkhianat diberi amanat,
sedangkan orang yang amanah dianggap pengkhianat. Pada saat itu yang berbicara
adalah ruwaibidhah”. Lalu ada sahabat bertanya, “Apakah ruwaibidhah
itu Rasulullah?. Rasulullah menjawab, “Orang bodoh yang berbicara/menguruskan
urusan pemerintahan.”
[Dalam
riwayat lain disebutkan, ruwaibidhah itu adalah “orang fasik yang
berbicara/menguruskan urusan awam” dan “al-umara (pemerintah) fasik yang
berbicara/menguruskan urusan pemerintahan]. (Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Majah,
Abu Ya’la dan al-Bazzar).
2.6.
PEMIMPIN YANG MENGANGKAT PEMBANTU ORANG-ORANG JAHAT DAN MENGAKHIRKAN SOLAT
(MENGABAIKAN SYARIAH).
Dari
Abu Hurairah ra, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
« يَكُونُ فِي آخِرِ الزَّمَانِ أُمَرَاءُ ظَلَمَةٌ، وَوُزَرَاءُ فَسَقَةٌ، وَقُضَاةٌ خَوَنَةٌ، وَفُقَهَاءُ كَذَبَةٌ، فَمَنْ أَدْرَكَ مِنْكُمْ ذَلِكَ الزَّمَنَ فَلا يَكُونَنَّ لَهُمْ جَابِيًا وَلا عَرِيفًا وَلا شُرْطِيًّا»
“Akan sampai di akhir zaman para penguasa
sewenang-wenang, para pembantu (pejabat pemerintah) fasik, para hakim
pengkhianat dan para ahli hukum Islam (fuqaha’) pendusta……..” (Hadis
Riwayat Thabrani).
2.7.
PEMIMPIN DIKTATOR (KEJAM).
Rasulullah
SAW bersabda:
«إِنَّ شَرَّ الوُلاَةِ الحُطَمَةُ»
“Sesungguhnya seburuk-buruknya para
penguasa adalah penguasa al-huthamah (diktator).” (Hadis
Riwayat Al-Bazzar).
Pemimpin
al-huthamah (diktator) adalah pemimpin yang menggunakan kekerasan (tangan besi)
terhadap rakyatnya.
Dari
Abu Layla al-Asy’ari katanya Rasulullah SAW bersabda:
«وسَيَلي أُمَرَاءُ إنْ اسْتُرْحِمُوا لَمْ يَرْحَمُوا، وإنْ سُئِلُوا الحَقَّ لَمْ يُعْطُوا، وإِنْ أُمِرُوا بالمَعْرُوفِ أَنْكَرُوا، وسَتَخَافُوْنَهُمْ وَيَتَفَرَّقَ مَلأُكُمْ حَتى لاَ يَحْمِلُوكُمْ عَلى شَيءٍ إِلاَّ احْتُمِلْتُمْ عَلَيْهِ طَوْعاً وَكَرْهاً، ادْنَى الحَقِّ أَنْ لاَ تٌّاخُذُوا لَهُمْ عَطَاءً ولا تَحْضُروا لَهُمْ في المًّلاَ»
“Dan berikutnya adalah para pemimpin jika
mereka diminta untuk mengasihani (rakyat), mereka tidak mengasihaninya; jika
mereka diminta untuk menunaikan hak (rakyat), mereka tidak memberikannya; dan
jika mereka disuruh berlaku baik (adil), mereka menolak. Mereka akan membuat
hidup kamu dalam ketakutan; dan memecah-belah tokoh-tokoh kamu. Sehingga mereka
tidak membebani kamu dengan suatu beban, kecuali mereka membebani kamu dengan cara
paksa, samada kamu suka atau tidak. Serendah-rendahnya hak kamu, adalah kamu tidak
mengambil pemberian mereka, dan kamu tidak menghadiri pertemuan mereka.” (Hadis
Riwayat Thabrani).
3. “Pemimpin (penguasa) adalah
bayangan Allah di muka bumi. Kepadanyalah berlindung orang yang teraniaya dari
hamba-hambaNya. Jika ia berlaku adil, nescaya baginya ganjaran (pahala) dan
bagi rakyatnya hendaklah bersyukur. Sebaliknya, apabila ia curang (zalim), nescaya
berdosalah baginya dan rakyat hendaklah bersabar. Apabila para pemimpin curang
(zalim), langit tidak akan menurunkan keberkatannya. Apabila zina bermaharajalela,
kefakiran dan kemiskinan pun akan berkembang.,” (Hadis Riwayat Ibnu Majah
dari Abdullah bin Umar)
4. Berwaspadalah dengan peringatan Allah SWT di bawah:
"(Ingatlah) suatu hari (yang di hari itu) Kami panggil tiap umat
dengan pemimpinnya; dan barang siapa yang diberikan kitab amalannya di
tangan kanannya maka mereka ini akan membaca kitabnya itu, dan mereka
tidak dianiaya sedikit pun". {Petikan dari Surah Al-Israq[Memperjalankan Waktu Malam](17:71)}
5. Justeru, beringatlah tatkala memilih pemimpin. Mereka bukan hanya memimpin kita di dunia ini tetapi juga di akhirat. Tepuk dada dan tanyalah iman kita. Mana satukah idaman kalbu. Peringatan dari Allah di atas terlalu jelas untuk kita fahami.
6. Analogi mudah dari almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, bekas Menteri Besar Kelantan berkaitan pemimpin:
" Jika kita nak pergi ke Kuala Lumpur, kena cari pemandu yang
tahu jalan ke Kuala Lumpur. Jika pemandu yang kita tumpang
itu hanya tahu jalan setakat Gua Musang, kita tidak akan sampai
ke Kuala Lumpur dan terpaksa turun menumpang kenderaan lain.
Demikian juga dengan pemimpin. Kita kena cari pemimpin yang
tahu jalan ke akhirat. Jika hanya tahu memimpin setakat dunia
bagaimana kita mahu meneruskan perjalanan ke akhirat?."
5. Justeru, beringatlah tatkala memilih pemimpin. Mereka bukan hanya memimpin kita di dunia ini tetapi juga di akhirat. Tepuk dada dan tanyalah iman kita. Mana satukah idaman kalbu. Peringatan dari Allah di atas terlalu jelas untuk kita fahami.
6. Analogi mudah dari almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, bekas Menteri Besar Kelantan berkaitan pemimpin:
" Jika kita nak pergi ke Kuala Lumpur, kena cari pemandu yang
tahu jalan ke Kuala Lumpur. Jika pemandu yang kita tumpang
itu hanya tahu jalan setakat Gua Musang, kita tidak akan sampai
ke Kuala Lumpur dan terpaksa turun menumpang kenderaan lain.
Demikian juga dengan pemimpin. Kita kena cari pemimpin yang
tahu jalan ke akhirat. Jika hanya tahu memimpin setakat dunia
bagaimana kita mahu meneruskan perjalanan ke akhirat?."
“Tiga macam yang
tidak diketahui kecuali pada tiga macam:
1. Orang yang
sabar tidak diketahui kecuali ketika marah.
2. Orang yang
berani tidak diketahui kecuali ketika perang.
3. Saudara tidak
diketahui kecuali ketika berhajat (ada kepentingan)”.
- Mutiara Kata
Luqman Al-Hakim
No comments:
Post a Comment