Tuesday, 5 January 2016

MENGENALI 25 NABI DAN RASUL UTUSAN ALLAH SWT


1. Dalam Al-Quran Allah SWT telah berfirman tentang rasul dan nabi utusannya kepada manusia untuk membimbing manusia ke jalan Allah.  Antaranya ialah:



(Mereka Kami utus) selaku rasul-rasul pembawa berita gembira dan pemberi peringatan supaya tidak ada alasan bagi manusia membantah Allah sesudah diutusnya rasul-rasul itu. Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”.{Petikan dari Surah Al-Nisaa’[Kaum Perempuan](4:165)}




“Dan sungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): "Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut itu", maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya. Maka berjalanlah kamu dimuka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul)”. {Petikan dari Surah Al-Nahl[Lebah](16:36)}







“Dan Kami tidak mengutus seorang rasul pun sebelum kamu melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahwasanya tidak ada Tuhan (yang hak) melainkan Aku, maka sembahlah olehmu sekalian akan Aku". {Petikan dari Surah Al-Anbiyaa[Para Nabi](21:25)}






“Dialah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayatNya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan mereka Kitab dan Hikmah (As-Sunnah). Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata.” {Petikan dari Surah Al-Jumaah[Hari Jummat](62:2)}.

2.   Bilangan para nabi adalah seramai 124,000 orang dan para rasul pula seramai 313 orang.  Ia berdasarkan sabda Rasulullah SAW. Abu Dzar r.a berkata, aku masuk ke masjid di mana Rasulullah ada di sana, maka aku bertanya kepada baginda, 'Berapakah jumlah Nabi semuanya?" Rasulullah menjawab, "Semuanya ada 124,000 nabi.” ”Dan berapakah jumlah Rasul?”. Baginda menjawab: 313 Rasul.” (Hadith Riwayat Hakim dan Al Baihaqi).

3.  Namun, bilangan sebenar nabi dan rasul tersangat ramai. Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui bilangan sebenar para nabi dan rasul yang diutuskanNya kepada manusia. Ia bertepatan dengan firman Allah SWT  di dalam Surah Al-Mukmin[Orang Beriman](40:78) yang berbunyi:
 

"Dan sesungguhnya telah Kami utus beberapa orang rasul sebelum kamu, di antara mereka ada yang Kami ceritakan kepadamu dan di antara mereka ada (pula) yang tidak Kami ceritakan kepadamu. Tidak dapat bagi seorang rasul membawa suatu mukjizat, melainkan dengan izin Allah; maka apabila telah datang perintah Allah, diputuskan (semua perkara) dengan adil. Dan ketika itu rugilah orang-orang yang berpegang kepada yang batil”.

4.   Untuk posting kali ini kita akan mengenali serba ringkas latar belakang seramai 25 orang nabi/rasul yang telah Allah SWT sebutkan nama-nama mereka dalam Al-Quran yang wajib kita yakini. Mereka ialah:

MAKAM NABI ADAM
1. NABI ADAM AS.
Nama: Adam As.
Usia: 930 tahun.
Tempoh masa hidup: 5872-4942 Sebelum Masihi (SM)
Tempat turunnya di bumi: India, ada yang berpendapat di Jazirah Arab.
Jumlah keturunannya: 40 laki-laki dan perempuan.
Tempat wafat: Ada yang berpendapat di Mekah.
Al-Quran menyebut namanya sebanyak: 25 kali.

MAKAM NABI IDRIS
2. NABI IDRIS AS.
Nama: Idris / Akhnukh bin Yarid, nama Ibunya Asyut.
Jalur Keturunan: Adam As. Syits Anusy Qinan Mihlail Yarid Idris As.
Usia: 345 tahun.
Tempoh masa hidup: 4533-4188 SM.
Tempat diutus: Iraq purba (Babylon) dan Mesir (Memphis).
Tempat wafat: Jordan.
Al-Quran menyebut namanya sebanyak: 2 kali.

MAKAM NABI NUH
3. NABI NUH AS.
Nama: Nuh / Yasykur / Abdul Ghaffar bin Lamak.
Jalur Keturunan: Adam As. Syits Anusy Qinan Mihlail Yarid Idris As. Matusyalih Lamak Nuh As.
Usia: 950 tahun.
Tempoh masa hidup: 3993-3043 SM.
Tempat diutus (lokasi): Selatan Iraq.
Jumlah keturunannya: 4 putera (Sam, Ham, Yafits dan Kan'an).
Tempat wafat: Makkah.
Sebutan kaumnya: Kaum Nabi Nuh.
Al-Quran menyebut namanya sebanyak: 43 kali.

MAKAM NABI HUD
4. NABI HUD AS.
Nama: Hud bin Abdullah.
Jalur Keturunan: Adam As. Syits Anusy Qinan Mihlail Yarid Idris As. Matusyalih Lamak Nuh As. Sam Iram (Aram) 'Aush (' Uks) 'Ad al-Khulud Rabah Abdullah Hud As.
Usia: 130 tahun.
Tempoh masa hidup: 2450-2320 SM.
Tempat diutus: Al-Ahqaf (antara Yaman dan Oman).
Tempat wafat: Bahagian Timur Hadhramaut, Yaman.
Sebutan kaumnya: Kaum 'Ad.
Al-Quran menyebut namanya sebanyak: 7 kali.

MAKAM NABI SALIH
5. NABI SALIH AS.
Nama: Salih bin Ubaid.
Jalur Keturunan: Adam As. Syits Anusy Qinan Mihlail Yarid Idris As. Matusyalih Lamak Nuh As. Sam Iram (Aram) Amir Tsamud Hadzir Ubaid Masah Asif Ubaid Shalih As.
Umur: 70 tahun.
Tempoh masa hidup: 2150-2080 SM.
Tempat diutus: Daerah al-Hijr (Mada'in Salih, iaitu antara Madinah dan Syria).
Tempat wafat: Makkah.
Sebutan kaumnya: Kaum Tsamud.
Al-Quran menyebut namanya sebanyak: 10 kali.

MAKAM NABI IBRAHIM
6. NABI IBRAHIM AS.
Nama: Ibrahim bin Tarakh.
Jalur Keturunan: Adam As. Syits Anusy Qinan Mihlail Yarid Idris As. Matusyalih Lamak Nuh As. Sam Arfakhsyad Syalih Abir Falij Ra'u Saruj Nahur Tarakh Ibrahim As.
Usia: 175 tahun.
Tempoh masa hidup: 1997-1822 SM.
Tempat diutus: Ur, daerah selatan Babylon (Iraq).
Jumlah keturunannya: 13 anak (termasuk Nabi Ismail As. dan Nabi Ishaq As.). Tempat wafat: Al-Khalil (Hebron, Palestin / Israel).
Sebutan kaumnya: Bangsa Kaldan.
Al-Quran menyebut namanya sebanyak: 69 kali.

MAKAM NABI LUTH
7. NABI LUTH AS.
Nama: Luth bin Haran.
Jalur Keturunan: Adam As. Syits Anusy Qinan Mihlail Yarid Idris As. Matusyalih Lamak Nuh As. Sam Arfakhsyad Syalih Abir Falij Ra'u Saruj Nahur Tarakh Haran Luth As.
Umur: 80 tahun.
Tempoh masa hidup: 1950-1870 SM.
Tempat diutus: Sodom dan Amurah (Laut Mati atau Danau Luth).
Jumlah keturunannya: 2 anak perempuan (Ratsiya dan Za'rita).
Tempat wafat: Desa Shafrah di Syam (Syria).
Sebutan kaumnya: Kaum Luth.
Al-Quran menyebut namanya sebanyak: 27 kali.
 
KAWASAN MAKAM NABI ISMAIL
8. NABI ISMAIL AS.
Nama: Ismail bin Ibrahim.
Jalur Keturunan: Adam As. Syits Anusy Qinan Mihlail Yarid Idris As. Matusyalih Lamak Nuh As. Sam Arfakhsyad Syalih Abir Falij Ra'u Saruj Nahur Tarakh Ibrahim As. Ismail As.
Usia: 137 tahun.
Tempoh masa hidup: 1911-1774 SM.
Tempat diutus: Mekah.
Jumlah keturunannya: 12 anak.
Tempat wafat: Makkah.
Sebutan kaumnya: Amaliq dan Kabilah Yaman.
Al-Quran menyebut namanya sebanyak: 12 kali.

MAKAM NABI ISHAQ
9. NABI ISHAQ AS.
Nama: Ishaq bin Ibrahim.
Jalur Keturunan: Adam As. Syits Anusy Qinan Mihlail Yarid Idris As. Matusyalih Lamak Nuh As. Sam Arfakhsyad Syalih Abir Falij Ra'u Saruj Nahur Tarakh Ibrahim As. Ishaq As.
Usia: 180 tahun.
Tempoh masa hidup: 1897-1717 SM.
Tempat diutus: Bandar al-Khalil (Hebron) di daerah Kan'an
Jumlah keturunannya: 2 anak (termasuk Nabi Yaaqub As. / Israel).
Tempat wafat: Al-Khalil (Hebron).
Sebutan kaumnya: Bangsa Kan'an.
Al-Quran menyebut namanya sebanyak: 17 kali.
 
MAKAM NABI YAAQUB
10. NABI YAAQUB AS.
Nama: Yaakub / Israel bin Ishaq.
Jalur Keturunan: Adam As. Syits Anusy Qinan Mihlail Yarid Idris As. Matusyalih Lamak Nuh As. Sam Arfakhsyad Syalih Abir Falij Ra'u Saruj Nahur Tarakh Ibrahim As. Ishaq As. Ya'qub As.
Usia: 147 tahun.
Tempoh masa hidup: 1837-1690 SM.
Tempat diutus: Syam (Syria).
Jumlah keturunannya: 12 anak laki-laki (Rubin, Simeon, Lewi, Yahuda, Dan, Naftali, Gad, Asyir, Isakhar, Zebulaon, Yusuf dan Benyamin) dan 2 anak perempuan (Dina dan Yathirah).
Tempat wafat: Al-Khalil (Hebron), Palestin.
Sebutan kaumnya: Bangsa Kan'an.
Al-Quran menyebut namanya sebanyak: 18 kali.

MAKAM NABI YUSUF
11. NABI YUSUF AS.
Nama: Yusuf bin Ya'qub.
Jalur Keturunan: Adam As. Syits Anusy Qinan Mihlail Yarid Idris As. Matusyalih Lamak Nuh As. Sam Arfakhsyad Syalih Abir Falij Ra'u Saruj Nahur Tarakh Ibrahim As. Ishaq As. Ya'qub As. Yusuf As.
Usia: 110 tahun.
Tempoh masa hidup: 1745-1635 SM.
Tempat diutus: Mesir.
Jumlah keturunannya: 3 anak; 2 laki-laki dan 1 perempuan.
Tempat wafat: Nablus.
Sebutan kaumnya: Heksos dan Bani Israel.
Al-Quran menyebut namanya sebanyak: 58 kali.

MAKAM NABI AYYUB
12. NABI AYYUB AS.
Nama: Ayyub bin Amush.
Jalur Keturunan: Adam As. Syits Anusy Qinan Mihlail Yarid Idris As. Matusyalih Lamak Nuh As. Sam Arfakhsyad Syalih Abir Falij Ra'u Saruj Nahur Tarakh Ibrahim As. Ishaq As. al-'Aish Rum Tawakh Amush Ayub As.
Usia: 120 tahun.
Tempoh masa hidup: 1540-1420 SM.
Tempat diutus: Dataran Hauran.
Jumlah keturunannya: 26 anak.
Tempat wafat: Dataran Hauran.
Sebutan kaumnya: Bangsa Arami dan Amori, di daerah Syria dan Jordan.
Al-Quran menyebut namanya sebanyak: 4 kali.

MAKAM NABI SYU'AIB
13. NABI SYU'AIB AS.
Nama: Syu'aib bin Mikail.
Jalur Keturunan: Adam As. Syits Anusy Qinan Mihlail Yarid Idris As. Matusyalih Lamak Nuh As. Sam Arfakhsyad Syalih Abir Falij Ra'u Saruj Nahur Tarakh Ibrahim As. Madyan Yasyjur Mikail Syu'aib As.
Usia: 110 tahun.
Tempoh masa hidup: 1600-1490 SM.
Tempat diutus: Madyan (pesisir Laut Merah di tenggara Gunung Sinai).
Jumlah keturunannya: 2 anak perempuan.
Tempat wafat: Jordan.
Sebutan kaumnya: Madyan dan As-habul Aikah.
Al-Quran menyebut namanya sebanyak: 11 kali.

MAKAM NABI MUSA
14. NABI MUSA AS.
Nama: Musa bin Imran, nama Ibunya Yukabad atau Yuhanaz Bilzal.
Jalur Keturunan: Adam As. Syits Anusy Qinan Mihlail Yarid Idris As. Matisyalih Lamak Nuh As. Sam Arfakhsyad Syalih Abir Falij Ra'u Saruj Nahur Tarakh Ibrahim As. Ishaq As. Ya'qub As. Lawi Azar Qahats Imran Musa As.
Usia: 120 tahun.
Tempoh masa hidup: 1527-1407 SM.
Tempat diutus: Sinai di Mesir.
Jumlah keturunannya: 2 anak, Azir dan Jarsyun dari isterinya bernama Shafura binti Syu'aib As.
Tempat wafat: Gunung Nebu  di Jordan.
Sebutan kaumnya: Bani Israel dan Firaun (gelaran raja Mesir).
Al-Quran menyebut namanya sebanyak: 136 kali.
 
MAKAM NABI HARUN
15. NABI HARUN AS.
Nama: Harun bin Imran, isterinya bernama Ayariha.
Jalur Keturunan: Adam As. Syits Anusy Qinan Mihlail Yarid Idris As. Matusyalih Lamak Nuh As. Sam Arfakhsyad Syalih Abir Falij Ra'u Saruj Nahur Tarakh Ibrahim As. Ishaq As. Ya'qub As. Lawi Azar Qahats Imran Harun As.
Usia: 123 tahun.
Tempoh masa hidup: 1531-1408 SM.
Tempat diutus: Sinai di Mesir.
Tempat wafat: Gunung Nebu (Bukit Nabu) di Jordan.
Sebutan kaumnya: Bani Israel dan Firaun (gelaran raja Mesir).
Al-Quran menyebut namanya sebanyak: 20 kali.

MAKAM NABI ZULKIFLI
16. NABI ZULKIFLI AS.
Nama: Zulkifli / Bisyr / Basyar bin Ayyub.
Jalur Keturunan: Adam As. Syits Anusy Qinan Mihlail Yarid Idris As. Matusyalih Lamak Nuh As. Sam Arfakhsyad Syalih Abir Falij Ra'u Saruj Nahur Tarakh Ibrahim As. Ishaq As. al-'Aish Rum Tawakh Amush Ayyub As. Dzulkifli As.
Umur: 75 tahun.
Tempoh masa hidup: 1500-1425 SM.
Tempat diutus: Damsyik dan sekitarnya.
Tempat wafat: Damsyik.
Sebutan kaumnya: Bangsa Arami dan Amori (Kaum Rom), Syria dan Jordan.
Al-Quran Menyebut namanya sebanyak: 2 kali.

MAKAM NABI DAUD
17. NABI DAUD AS.
Nama: Daud bin Isya.
Jalur Keturunan: Adam As. Syits Anusy Qinan Mihlail Yarid Idris As. Matusyalih Lamak Nuh As. Sam Arfakhsyad Syalih Abir Falij Ra'u Saruj Nahur Tarakh Ibrahim As. Ishaq As. Yahudza Farish Hashrun Aram Aminadab Hasyun Salmun Bu'az Uwaibid Isya Daud As.
Usia: 100 tahun.
Tempoh masa hidup: 1063-963 SM.
Tempat diutus: Palestin (dan Israel).
Jumlah keturunannya: 1 anak, Sulaiman As.
Tempat wafat: Baitul Maqdis (Jerusalem).
Sebutan kaumnya: Bani Israel.
Al-Quran menyebutkanya namanya sebanyak: 18 kali.

MAKAM NABI SULAIMAN
18. NABI SULAIMAN AS.
Nama: Sulaiman bin Daud.
Jalur Keturunan: Adam As. Syits Anusy Qinan Mihlail Yarid Idris As. Matisyalih Lamak Nuh As. Sam Arfakhsyad Syalih Abir Falij Ra'u Saruj Nahur Tarakh Ibrahim As. Ishaq As. Yahudza Farish Hashrun Aram Aminadab Hasyun Salmun Bu'az Uwaibid Isya Daud As. Sulaiman As.
Umur: 66 tahun.
Tempoh masa hidup: 989-923 SM.
Tempat diutus: Palestin (dan Israel).
Jumlah keturunannya: 1 anak, Rahab'an.
Tempat wafat: Baitul Maqdis (Jerusalem).
Sebutan kaumnya: Bani Israel.
Al-Quran menyebut namanya sebanyak: 21 kali.

MAKAM NABI ILYAS
19. NABI ILYAS AS.
Nama: Ilyas bin Yasin.
Jalur Keturunan: Adam As. Syits Anusy Qinan Mihlail Yarid Idris As. Matusyalih Lamak Nuh As. Sam Arfakhsyad Syalih Abir Falij Ra'u Saruj Nahur Tarakh Ibrahim As. Ishaq As. Ya'qub As. Lawi Azar Qahats Imran Harun As. alzar Fanhash Yasin Ilyas As.
Umur: 60 tahun di bumi.
Tempoh masa hidup: 910-850 SM.
Tempat diutus: Ba'labak (Lebanon).
Tempat wafat: -
Sebutan kaumnya: Bangsa Fenisia.
Al-Quran menyebut namanya sebanyak: 4 kali.

KAWASAN MAKAM NABI ILYASA'
20. NABI ILYASA’ AS.
Nama: Ilyasa’ bin Akhthub.
Jalur Keturunan: Adam As. Syits Anusy Qinan Mihlail Yarid Idris As. Matusyalih Lamak Nuh As. Sam Arfakhsyad Syalih Abir Falij Ra'u Saruj Nahur Tarakh Ibrahim As. Ishaq As. Ya'qub As. Yusuf As. Ifrayim Syutlim Akhthub Ilyasa 'As.
Umur: 90 tahun.
Tempoh masa hidup: 885-795 SM.
Tempat diutus: Jaubar, Damsyik.
Tempat wafat: Palestin.
Sebutan kaumnya: Bangsa Arami dan Bani Israel.
Al-Quran menyebut namanya sebanyak: 2 kali.

MAKAM NABI YUNUS
21. NABI YUNUS AS.
Nama: Yunus / Yunan / Dzan Nun bin Matta binti Abumatta, Matta adalah nama ibunya. (Nota: Tidak ada dari para nabi yang dinasabkan kepada ibunya kecuali Yunus dan Isa As.).
Jalur Keturunan: Adam As. Syits Anusy Qinan Mihlail Yarid Idris As. Matusyalih Lamak Nuh As. Sam Arfakhsyad Syalih Abir Falij Ra'u Saruj Nahur Tarakh Ibrahim As. Ishaq As. Ya'qub As. Yusuf As. Bunyamin Abumatta Matta Yunus As.
Umur: 70 tahun.
Tempoh masa hidup: 820-750 SM.
Tempat diutus: Ninawa, Iraq.
Tempat wafat: Ninawa, Iraq.
Sebutan kaumnya: Bangsa Asyiria, di utara Iraq.
Al-Quran menyebut namanya sebanyak: 5 kali.

MAKAM NABI ZAKARIA
22. NABI ZAKARIA AS.
Nama: Zakaria bin Dan.
Jalur Keturunan: Adam As. Syits Anusy Qinan Mihlail Yarid Idris As. Matusyalih Lamak Nuh As. Sam Arfakhsyad Syalih Abir Falij Ra'u Saruj Nahur Tarakh Ibrahim As. Ishaq As. Yahudza Farish Hashrun Aram Aminadab Hasyun Salmun Bu'az Uwaibid Isya Daud As. Sulaiman As. Rahab'am Aynaman Yahfayath Syalum Nahur Bal'athah Barkhiya Shiddiqah Muslim Sulaiman Daud Hasyban Shaduq Muslim Dan Zakariya As.
Usia: 122 tahun.
Tempoh masa hidup: 91 SM-31 M.
Tempat diutus: Palestin.
Jumlah keturunannya: 1 anak.
Tempat wafat: Halab (Aleppo), Syria
Sebutan kaumnya: Bani Israel.
Al-Quran menyebut namanya sebanyak: 12 kali.

MAKAM NABI YAHYA
23. NABI YAHYA AS.
Nama: Yahya bin Zakaria.
Jalur Keturunan: Adam As. Syits Anusy Qinan Mihlail Yarid Idris As. Matusyalih Lamak Nuh As. Sam Arfakhsyad Syalih Abir Falij Ra'u Saruj Nahur Tarakh Ibrahim As. Ishaq As. Yahudza Farish Hashrun Aram Aminadab Hasyun Salmun Bu'az Uwaibid Isya Daud As. Sulaiman As. Rahab'am Aynaman Yahfayath Syalum Nahur Bal'athah Barkhiya Shiddiqah Muslim Sulaiman Daud Hasyban Shaduq Muslim Dan Zakariya As. Yahya As.
Umur: 32 tahun.
Tempoh masa hidup: 1 SM-31 M.
Tempat diutus: Palestin.
Tempat wafat: Damsyik.
Sebutan kaumnya: Bani Israel.
Al-Quran menyebut namanya sebanyak: 5 kali.
 
24. NABI ISA AS.
Nama: Isa bin Maryam binti Imran. (Nota: Tidak ada dari para nabi yang dinasabkan kepada ibunya kecuali Yunus dan Isa As.).
Jalur Keturunan: Adam As. Syits Anusy Qinan Mihlail Yarid Idris As. Matusyalih Lamak Nuh As. Sam Arfakhsyad Syalih Abir Falij Ra'u Saruj Nahur Tarakh Ibrahim As. Ishaq As. Yahudza Farish Hashrun Aram Aminadab Hasyun Salmun Bu'az Uwaibid Isya Daud As. Sulaiman As. Rahab'am Radim Yahusafat Barid Nausa Nawas Amsaya Izazaya Au'am Ahrif Hizkil Misyam Amur Sahim Imran Maryam Isa As.
Umur: 33 tahun di bumi.
Tempoh masa hidup: 1 SM-32 M.
Tempat diutus: Palestin.
Tempat wafat: Diangkat oleh Allah ke langit.
Sebutan kaumnya: Bani Israel.
Al-Quran menyebut namanya sebanyak: 25 kali.

MAKAM RASULULLAH SAW
25. NABI MUHAMMAD SAW.
Nama: Muhammad bin Abdullah.
Jalur Keturunan Ayah: Adam As. Syits Anusy Qinan Mihlail Yarid Idris As. Matusyalih Lamak Nuh As. Sam Arfakhsyad Syalih Abir Falij Ra'u Saruj Nahur Tarakh Ibrahim As. Ismail As. Nabit Yasyjub Ya'rub Tairah Nahur Muqawwim Udad Adnan Ma'ad Nizar Mudhar Ilyas Mudrikah Khuzaimah Kinanah an-Nadhar Malik Quraisy (Fihr) Ghalib Lu ' ay Ka'ab Murrah Kilab Qushay Zuhrah Abdu Manaf Hasyim Abdul Muthalib Abdullah Muhammad Saw.
Jalur Keturunan Ibu: Adam As. Syits Anusy Qinan Mihlail Yarid Idris As. Matusyalih Lamak Nuh As. Sam Arfakhsyad Syalih Abir Falij Ra'u Saruj Nahur Tarakh Ibrahim As. Ismail As. Nabit Yasyjub Ya'rub Tairah Nahur Muqawwim Udad Adnan Ma'ad Nizar Mudhar Ilyas Mudrikah Khuzaimah Kinanah an-Nadhar Malik Quraisy (Fihr) Ghalib Lu ' ay Ka'ab Murrah Kilab Qushay Zuhrah Abdu Manaf Wahab Aminah Muhammad Saw.
Umur: 63 tahun.
Tempoh masa hidup: 570-632 M.
Tempat diutus: Makkah.
Jumlah keturunannya: 7 anak; 3 laki-laki Qasim, Abdullah dan Ibrahim, dan 4 perempuan Zainab, Ruqayyah, Ummi Kultsum dan Fatimah az-Zahra.
Tempat wafat: Madinah.
Sebutan kaumnya: Bangsa Arab.
Al-Quran menyebut namanya sebanyak: 4 kali sebagai Muhammad dan 1 kali sebagai Ahmad.
(Dipetik dari: Qasas al-Anbiya 'Ibn Katsir, Badai' az-Zuhur Imam as-Suyuthi dan selainnya).

“Hiduplah sesuka hatimu, sesungguhnya kamu pasti mati. Cintai siapa saja yang kamu senangi, sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya. Lakukan apa saja yang kamu kehendaki, sesungguhnya kamu akan memperolehi balasannya. Dan ingatlah bahawa bersama kesulitan itu sentiasa akan timbul kesenangan” – Mutiara Kata Ibnu Abbas

No comments:

Post a Comment