1. Dalam Surah An-Naml[Semut](27:88),
Allah SWT berfirman yang berbunyi:
“Dan
kamu lihat gunung-gunung itu, kamu sangka dia tetap di tempatnya, padahal ia
berjalan sebagai jalannya awan. (Begitulah) perbuatan Allah yang membuat dengan
kukuh tiap-tiap sesuatu; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu
kerjakan”.
2. Maha benar Allah yang maha mengetahui lagi maha bijaksana.
Lebih 1,400 tahun lampau mustahil ada manusia yang mengetahui bahawa gunung
ganang itu boleh bergerak. Apatah lagi
Muhammad bin Abdullah, Rasulullah seorang yang ummi, buta huruf.
ALFRED LOTHAR WEGENER |
3. Kebenaran firman Allah di atas kini telah disahkan oleh pakar-pakar
dalam bidang geologi. Pergerakan gunung berlaku kerana terjadinya perlanggaran
dalam bumi (earth crush). Pada tahun
1912, ahli geologi Jerman bernama Alfred Lothar Wegener ( November1880 hingga
November 1930) berkata pada asalnya
keseluruhan bumi ini bercantum tapi lama kelamaan ia berpisah ikut arah yang
berbeza. Wegener telah mengemukakan teorinya
dalam sebuah tulisan yang diterbitkan dalam tahun 1915 bahawa sekitar 225 juta
tahun lalu seluruh tanah daratan yang ada di permukaan bumi adalah satu
kesatuan yang dinamakan Pangaea. Daratan ini terletak di kutub selatan. Sekitar
150 juta tahun lalu, Pangaea terbelah menjadi dua bahagian yang
masing-masingnya bergerak ke arah yang berbeda. Salah satu daratan atau benua
raksasa ini adalah Gondwana, yang meliputi Afrika, Australia, Antartika dan
India. Benua raksasa kedua adalah Laurasia, yang terdiri dari Eropah, Amerika
Utara dan Asia, kecuali India. Selama 150 tahun setelah pemisahan ini, Gondwana
dan Laurasia terbahagi menjadi daratan-daratan yang lebih kecil. Benua-benua
yang terbentuk kerana terbelahnya Pangaea telah bergerak pada permukaan bumi secara
terus-menerus sejauh beberapa sentimeter setiap tahun. Peristiwa ini juga menyebabkan
perubahan perbandingan luas antara wilayah daratan dan lautan di bumi.
4. Hanya pada tahun 1960an, 30 tahun selepas kematian Wegener barulah
kenyataannya telah disahkan. Kenyataan
pakar-pakar dalam bidang geologi kini ialah:
“The
crust and the uppermost part of the mantle, with a thickness about 100 kms are
divided into segments called plates. There are six major plates, and several
small ones. According to the theory called plates tectonics, these plates moves
about on earth, carrying continents and ocean floor with them. Continental
motion has been measured at from 1-5 cm per year. As the plates continue to move about, this
will produced a slow change in earth’s geography. Each year for instance, The
Atlantic Ocean becomes slightly wider.” (Carolyn
Sheets, Robert Gardner, Samuel F.Howe, General Science, Allyn & Bacon Inc.
Newton, Massachusetts, 1985, p.305).
5. Dalam firman Allah di atas menyebut tentang pergerakan gunung
sebagaimana berjalan/bergeraknya awan. Kini, pakar geologi menggunakan istilah
“continental drift” atau “gerakan
mengapung dari benua” untuk pergerakan tersebut. (National Geographic Society,
Powers of Nature, Washington D.C., 1978, p.12-13).
6. Terdapat juga berita yang mengatakan rakaman satelite turut
membuktikan Jazirah Arab serta gunung ganangnya didapati bergerak mendekati
Iran beberapa sentimeter setiap tahun . Didapati juga pantai timur dan selatan
Somalia kini dalam proses pemisahan dan telah membentuk lembah yang membujur ke
selatan melalui deretan danau Afrika. Kepingan tektonik benua Australia juga
sedang bergerak ke arah utara dengan kelajuan 6 sentimeter setiap tahun.
7. Lebih 60 juta tahun dahulu, berlaku pergerakan plat tektonik
bumi yang bergerak sepanjang masa dan akhirnya bertembung satu sama lain.
Akibatnya satu plat terangkat ke atas
dan satu lagi ke bawah. Dari plat yang terangkat ke atas itulah akhirnya terbentuk
gunung Everest dan gunung–gunung yang lain.
8. Allah SWT menjadikan gunung-gunung itu sebagai pengimbang berat
kepada bumi. Kerana itulah gunung ada di seluruh benua yang diimbangkan pula dengan lembah, datarannya
serta lurah disekitarnya. Gunung berfungsi untuk memasak bumi dengan
kekuatannya yang membolehkan berat planet bumi terus seimbang dan beredar
sejajar pada orbitnya.
9. Masyaallah. Bukankah penemuan–penemuan saintis serta geologis
ini membuktikan bahawa Al-Quran itu benar-benar datangnya dari tuhan (Allah)
pencipta alam ini?. Jika tidak, mana mungkin apa yang diberitakan dalam Al-Quran
lebih 1,400 tahun lalu itu benar-benar berlaku kini. Maka maha benarlah agama Islam yang datangnya
dari Allah yang dibawa melalui lidah rasulnya Muhammad bin Abdullah, Rasulullah
SAW. Tidak ada kitab agama lain di dunia yang menceritakan fenomena alam seperti
ini, melainkan Al-Quran. Justeru, bukti
apakah lagi yang dinantikan oleh orang bukan Islam untuk membenarkan agama Islam
ini bahawa ia adalah agama yang sebenar untuk seluruh manusia di dunia ini.
“Bila tiba cuti sekolah, anak-anak berduyun-duyun pulang ke
kampong. Alhamdulillah. Tetapi sedarkah
kita, apabila tiba di akhirat kelak, tidak ada lagi balik kampong. Orang Kelantan tidak boleh pulang ke
Kelantan, orang Trengganu tidak boleh pulang ke Trengganu. Semuanya kekal di akhirat tanpa dapat balik
semula. Beringatlah sebelum tiba masanya
di mana kita tidak dibenarkan balik ke kampong lagi.” = Mutiara Kata Almathum
Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
No comments:
Post a Comment