Monday, 11 January 2016

KENAPA ISLAM AJAR MAKAN GUNA TANGAN ?


"Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu sebaik-baik teladan bagi kamu (untuk diikuti) iaitu bagi orang yang mengharapkan (keredhaan) Allah dan (kemuliaan hidup) di akhirat dan orang yang banyak mengingati Allah". {Petikan dari Surah Al-Ahzab[Tentera Ahzab](33:21)}


“Dan tiadalah Kami mengutus kamu (Muhammad), melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam”. {Petikan dari Surah Al-Anbiyaa[Para Nabi](21:107)}.

1.    Rasulullah SAW mengajar kita orang Islam untuk makan menggunakan tangan. Tangan itu pula ialah tangan kanan. Ibn Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila kamu hendak makan, hendaklah kamu makan dengan tangan kanan, dan apabila hendak minum, minumlah dengan tangan kanan, kerana syaitan makan dengan tangan kiri dan minum dengan tangan kiri.” (Hadis Riwayat Muslim).

2.  Manusia hari ini berfikir makan menggunakan tangan tidak sesuai kerana mengotorkan tangan. Mereka lebih selesa menggunakan sudu, garpu ataupun chopstick. Bukankah setiap ajaran dan amalan Rasulullah itu terdapat hikmahnya?.  Kajian dari segi sains membuktikan otak manusia terbahagi kepada dua bahagian, iaitu otak kiri dan otak kanan.  Otak bahagian kanan mengawal bahagian kiri badan manakala otak bahagian kiri pula mengawal bahagian kanan badan kita. Kajian sains mengenai aktiviti otak menunjukkan secara amnya lebih banyak aktiviti di bahagian otak kiri  ketika seseorang itu sedang berada dalam keadaan yang positif. Contohnya semasa mesra, riang dan gembira. Sebaliknya sifat-sifat negatif seperti suka menyendiri dan lain-lain dikawal oleh otak sebelah kanan. 

3.  Apabila kita dilanda masalah atau musibah kita lazimnya akan meluahkan perasaan kepada manusia lain.  Dengan cara itu, serba sedikit dapat mengurangkan tekanan di dalam diri kita. Kenapa ia jadi begitu. Besar kemungkinannya kerana penggunaan otak kiri yang terlibat lebih aktif dalam pertuturan, aktiviti berkomunikasi.  Dengan itu secara langsung membuat bahagian kiri otak aktif dan ia akan menimbulkan perasaan positif dan mengurangkan tekanan perasaan. Jadi jika kita makan menggunakan tangan kanan, ia akan  mengaktifkan bahagian otak kiri.  Dengan itu ia akan menimbulkan perasaan positif. Lebih positif semasa kita menjamu selera maka  lebih mudah makanan dihadamkan serta makin sihatlah badan kita.

4.   Apakah kebaikan atau kelebihan menggunakan tangan untuk makan. Tangan kita mengandungi enzim yang dipanggil RNase. RNase adalah singkatan dari perkataan Ribonuclease. Ia berfungsi mengurangkan bakteria dalam makanan. Ketika makan menggunakan tangan, enzim tersebut bercampur dengan makanan yang masuk ke dalam mulut kita sehingga memungkinkan makanan tersebut tiada  kuman penyakit. Berbeda dengan menggunakan sudu, garpu dan chopstick. Meskipun ia bersih, belum tentu dapat meminimakan bakteria dalam makanan.

5.   Enzim RNase ini juga berfungsi untuk menambahkan kekebalan badan kita dari serangan bakteria patogen. Masa tangan kita kotor, enzim tersebut banyak dikeluarkan untuk mengurangkan aktiviti bakteria.  Begitu juga semasa kita makan. Enzim RNase ini akan terus dihasilkan selama kita mengambil makanan dan menyuap masuk ke dalam mulut. Dengan cara itu ia akan menjadikan badan lebih kuat. Enzim RNase ini lebih banyak dihasilkan oleh tangan kanan, terutamanya jari tengah, telunjuk dan ibu jari.

6.   Satu perkara lojik yang dapat difikirkan kebaikan menggunakan tangan untuk makan berbanding menggunakan sudu, garpu atau chopstick ialah:

6.1. Kita yakin tangan kita lebih bersih dari sudu, garpu atau chopstick kerana kita sendiri yang membasuh tangan kita sebelum makan dan  bukan orang lain. Sebaliknya sudu ataupun garpu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu bersih seperti kehendak kita.

6.2. Tangan kita lebih bersih kerana kita seorang sahaja yang menggunakannya dan  tidak pernah dipinjamkan kepada orang lain. Sebaliknya sudu, garpu atau chopstick  sudah dipakai oleh orang yang berbeza-beza. 

6.3.  Tangan kita lebih bersih kerana tidak pernah jatuh dari tempat simpanannya setelah dicuci berbanding sudu, garpu atau chopstick.

7.   Sesungguhnya yakinlah manusia bahawa Islam adalah agama yang serba lengkap.  Sampai kepada peringkat cara makan pun diajar oleh Islam. Tidak ada agama lain di muka bumi ini sesempurna/selengkap agama Islam.  Benarlah firman (wahyu)  terakhir dari Allah SWT dalam surah Al-Maidah[Hidangan](5:3) yang berhuruf merah yang berbunyi:


“Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging hewan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang terpukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah, (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan. Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmatKu, dan telah Aku redha Islam  menjadi agama kamu. Maka barang siapa terpaksa kerana kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.

“Sesungguhnya seorang hamba itu bila merasa ujub kerana suatu perhiasan dunia, nescaya Allah akan murka kepadanya sehinggalah dia melepaskan perhiasan itu.” ~ Mutiara kata Sayidina Abu Bakar Assyiddiq

1 comment: