|
“Hai
manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), maka
(ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari
setitis air mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging
yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada
kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang
sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan
beransur-ansur) kamu sampailah kepada kedewasaan, dan di antara kamu ada yang
dimatikan dan (ada pula) di antara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai tua,
supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatu pun yang dahulunya telah diketahuinya.
Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air di
atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan pelbagai macam
tumbuh-tumbuhan yang indah”.
5.8. Ketika berada dalam perut/rahim ibu kita berada dalam tempat yang sangat sempit lagi gelap. Apabila mati kita akan dimasukkan dalam liang lahad yang juga sempit dan gelap.
2. Pernahkah kita mengingati betapa besarnya nikmat dan rahmat
Allah kepada kita semasa dalam kandungan ibu
selama 9 bulan 10 hari?. Tentu
sekali tidak kerana tidak ada manusia yang mampu mengingatinya. Namun demikian setelah kita besar dan dewasa
kita dapat membayangkan betapa besarnya nikmat dan rahmat itu. Mampukah kita
hidup dan membesar dalam kandungan ibu tanpa nikmat dan rahmat dari
Allah?. Jawabnya tentulah tidak.
3. Untuk renungan bersama, cubalah kita fikirkan apakah nikmat dan
rahmat yang telah Allah berikan kepada
kita semasa kita berada di alam rahim ibu dan selepas dilahirkan:
3.1. Allah jadikan kita dalam perut/rahim ibu
masing-masing. Kemudian Allah tutup
wajah kita dengan penutup supaya kita tidak kelemasan atau terhidu sesuatu.
3.2. Allah jadikan kita tenang di dalam rahim ibu
dengan diberikan makanan yang mencukupi untuk pembesaran kita.
3.3. Allah jadikan tempat kita berpaut didinding
rahim ibu. Di kanan kita ialah hati ibu manakala di kiri pula hempedu ibu kita.
Allah tetapkan kedudukan kita di situ sehinggalah kita dilahirkan. Apakah ada selain dari Allah yang mampu
berbuat demikian?.
3.4. Setelah berakhirnya penciptaan kita dan
sempurnalah kejadian kita, Allah keluarkan kita dari rahim ibu kita dengan
penuh kasih sayang dan rahmatNya.
3.5. Kita tidak punyai apa-apa. Kita belum ada
gigi untuk mengunyah. Walau pun ada tangan tetapi tidak mampu untuk
menggapai. Ada kaki tetapi tidak
berupaya untuk berjalan. Kita menjadi manusia yang sangat lemah.
Segala-segalanya bergantung sepenuhnya kepada bantuan dan pertolongan ibu bapa
dan adik beradik kita.
3.6. Siapakah yang mencipta susu dada ibu sebaik
sahaja ibu mengandungkan kita, jika bukan Allah SWT. Sebaik mengandungkan
kita Allah telah menyediakan makanan
untuk kita. Makanan yang terbaik untuk seorang bayi. Air susu ibu yang berasa
sejuk di musim panas dan panas di musim sejuk.
3.7. Allah campakkan rasa cinta, kasih dan sayang
dalam diri kedua ibu bapa serta adik beradik kita kepada kita. Tidak meniarap kita sebelum mampu. Tidak
duduk kita sebelum berupaya. Tidak
merangkak sebelum kaki dan tangan kita kuat.
Tidak berdiri kita sebelum merangkak.
4. Ayuh, sekarang nilaikanlah diri kita masing-masing setelah kita
besar menjadi remaja dan dewasa.
4.1. Setelah kita kuat dan mampu berjalan, bukankah
kita berbuat maksiat kepada Allah. Kita
langsung tidak ada rasa malu kepada Allah yang telah memberikan segala-galanya kepada kita. Dari tiada kita dijadikan ada.
4.2. Namun Allah tetap ingatkan kita. Jika kita berdoa, Allah pastinya
memakbulkannya. Jika kita meminta pasti Allah akan memberikannya. Jika kita
bertaubat pula nescaya Allah akan mengampunkan dosa kita dan membawa kita
kepadaNya.
5. Lihat dan nilailah keunikan/keganjilan yang berlaku kepada
diri kita:
5.1. Ketika dilahirkan, kita akan diazankan dan
diiqamatkan tanpa disertai solat.
Sebaliknya apabila kita mati, kita akan disolatkan tanpa didahulukan
dengan azan.
5.2. Ketika kita dilahirkan ke dunia dari perut
ibu, tidak kita ketahui siapakah yang mengeluarkan kita dari rahim ibu. Tatkala mati juga kita tidak mengetahui siapa
yang memasukkan kita ke dalam liang lahad.
5.3. Tatkala dilahirkan badan kita akan digosok
dan dibersihkan. Semasa mati juga badan
kita akan di dimandikan, digosok dan dibersihkan.
5.4. Semasa dilahirkan kita tidak tahu siapa yang
gembira dan tersenyum kerana kelahiran kita.
Setelah sampainya ajal, kita juga tidak mengetahui siapa yang menangis
dan bersedih atas pemergian kita.
5.5. Tatkala bayi kita menghabiskan masa kita
dengan tidur. Apabila sudah menjadi tua
dan tidak bermaya, sekali lagi kita menghabiskan masa untuk tidur dan rehat
dipembaringan.
5.6. Ketika bayi percakapan kita tidak difahami
orang. Begitulah juga halnya bila sudah
terlalu tua dan nyanyuk, percakapan kita juga tidak difahami orang lagi.
5.7. Ketika bayi kita akan berak dan kencing di
merata tempat tanpa memberitahu orang tua.
Setelah terlalu tua dan nyanyuk, perkara sama pasti kita akan ulangi
lagi.
5.8. Ketika berada dalam perut/rahim ibu kita berada dalam tempat yang sangat sempit lagi gelap. Apabila mati kita akan dimasukkan dalam liang lahad yang juga sempit dan gelap.
5.9. Sebaik sahaja dilahirkan kita akan dibalut
dengan kain putih untuk menutupi badan.
Begitulah juga apabila mati, kita akan dikafankan, dibalut dengan kain
putih untuk menutup seluruh badan sebelum disemadikan.
TEMPAT PENANTIAN MENUNGGU HARI KEBANGKITAN |
6. Kesimpulannya, apakah kesudahan kehidupan ini. Tidak lain
melainkan dua biji batu nesan sebagai tanda kewujudan kita di dunia yang fana
ini. Dua batu nesan untuk menjadi ingatan kepada anak, cucu, cicit kita setelah
ketiadaan kita.
7. Justeru, sebelum bergelar arwah sembahlah Allah SWT. Patuhlah segala perintahNya dan tinggalah semua
laranganNya. Bayarlah segala kebaikan, nikmat dan rahmat Allah kepada kita
dengan berbuat sesuatu untuk agama Allah, Islam yang maha suci.
“Orang akan
tetap menjadi ahli ilmu yang sejati selama dia masih menuntut. Tetapi apabila
pada suatu ketika dia berkata ‘aku sudah pandai’, maka sesungguhnya dia sudah
menjadi bodoh dengan sendirinya”. – Mutiara Kata Luqman Hakim
Sebahagian kandungan dari sumber grup watsap Veteran IP73
No comments:
Post a Comment