1. Allah telah berjanji untuk memelihara dan
menjaga agamanya, Islam yang maha suci. Firman-firman Allah itu ialah dalam
surah-surah berikut:
1.1. Dalam Surah As-Shaaf[Barisan](61:9)berbunyi:
“Dialah yang telah mengutus RasulNya
(Muhammad SAW) dengan membawa hidayah petunjuk dan agama yang benar (agama
Islam), supaya Dia memenangkannya dan meninggikannya atas segala agama yang
lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.”
1.2. Dalam Surah Ar-Ruum[Bangsa Rom]( 30:47) pula berbunyi:
“Dan demi sesungguhnya, Kami telah
mengutuskan sebelummu (wahai Muhammad) Rasul-rasul kepada kaum masing-masing,
lalu mereka membawa kepada kaumnya keterangan-keterangan yang jelas nyata;
kemudian Kami menyeksa orang-orang yang berlaku salah (mengingkarinya); dan
sememangnya adalah menjadi tanggungjawab Kami menolong orang-orang yang
beriman.”
2. Selain daripada ayat-ayat Al-Quran di atas,
Rasulullah juga turut menceritakan khabar gembira mengenai kemenangan Islam dan
umatnya. Rasulullah SAW pernah bersabda yang berbunyi:
ليبلغن هذا الأمر ما بلغ الليل والنهار ولا يترك الله بيت مدر ولا وبر
الا أدخله الله هذا الدين بعز عزيز أو بذل ذليل عزا يعز الله به
“Pasti
akan sampai urusan ini (Islam) ke mana sahaja sampainya malam dan siang. Allah
tidak akan tinggalkan satu rumah si kaya mahupun si miskin, kecuali akan
dimasukkan oleh Allah agama ini…” (Riwayat Al-Hakim dan
al-Baihaqi ; Berkata Al-Hakim : Hadith ini sahih menurut syarat al-Bukhari
& Muslim. Ia juga dipersetujui oleh Imam Az-Zahabi).
3. Antartika adalah tempat yang paling sejuk di dunia. Bumi ini
sebahagian besar tertutup ais sepanjang tahun. Dengan luas 13,200,000 km.
Antartika adalah benua terluas kelima setelah Eurasia, Afrika, Amerika Utara,
dan Amerika Selatan namun penduduknya paling sedikit. Suhunya boleh mencapai -80 dan -85 darjah Celsius di musim
sejuk dan 30 darjah lebih tinggi di musim panas.
4. Dianggarkan terdapat sekitar 1,000 orang tinggal di Antartika
dalam satu-satu masa namun ia bergantung juga kepada musim, samada terlalu
sejuk atau agak panas. Jika cuaca tidak terlalu sejuk orang akan lebih ramai mengunjungi
Antartika. Orang yang tinggal di Antartika biasanya menggunakan zon waktu
negara asal mereka. Di tempat seperti ini apakah terdapat cahaya Islam dan rumah
Allah?. Jawabannya ada. Satu-satunya ialah sebuah pusat Islam yang bernama Muslim Eskimos Community Center,
beralamat di 3 Amundsen Scott Station South Pole, Antartika. Selain untuk
beribadat, pusat ini juga digunakan bagi membantu orang yang ingin mengetahui
dan mempelajari tentang Islam.
“Sebagai manusia,
perlu kita sedar bahawa kudrat kita terbatas. Mata kita ada batas untuk
melihat, sebab itu kita guna teropong dan cermin mata. Telinga kita ada batas untuk
mendengar, sebab itu kita gunakan telefon untuk mendengar suara yang jauh. Tenaga
kita ada batas, oleh itu kita gunakan alat-alat tertentu untuk angkut barang-barang
berat. Demikianlah juga alam akhirat yang tidak dapat kita lihat dan rasai, justeru kita gunakan Al-Quran sebagai alat bantu untuk kita lihat, dengar dan rasa
alam akhirat.” = Mutiara Kata Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
bekas Menteri Besar Kelantan
No comments:
Post a Comment