Friday, 15 January 2016

HABBATUS SAUDA' : KENAPA ORANG ISLAM ABAIKAN PESANAN RASULULLAH ?


"Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu sebaik-baik teladan bagi kamu (untuk diikuti) iaitu bagi orang yang mengharapkan (keredhaan) Allah dan (kemuliaan hidup) di akhirat dan orang yang banyak mengingati Allah". {Petikan dari Surah Al-Ahzab[Tentera Ahzab](33:21)}



“Dan tiadalah Kami mengutus kamu (Muhammad), melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam”. {Petikan dari Surah Al-Anbiyaa[Para Nabi](21:107)}.
#################################################################################

1.  Bijiran Habbatus Sauda’ (Jintan Hitam) telah menjadi salah satu dari bahan perubatan semenjak ribuan tahun lalu. Dalam Bahasa Inggeris ia dipanggil Black Cumin dan dalam bahasa Perancis pula dipanggil Graine Cumin Noire atau Wagella Cultiree.

2.  Kebaikan dan kelebihan Habbatus sauda’ ini telah di sabdakan oleh Rasulullah SAW.  Antaranya ialah:

2.1. Dari Aisyah r.a., isteri Rasulullah.  Beliau pernah mendengar Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Al- Habbatus Sauda’ boleh menyembuh segala jenis penyakit kecuali Al-Sam". Aku bertanya "Apakah Al-Sam itu?. Baginda menjawab, " Al-Sam itu ialah mati". (Hadis Riwayat Bukhari).

2.2.   Dari Buraidah katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Pada habbatus sauda’ terdapat ubat segala penyakit kecuali mati".(Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Nu'aim dalam kitab Al-Tibb dalam himpunan hadis-hadis sahih no. 1819).

2.3.   Dari Abu Hurairah, beliau pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Pada habbatus sauda’ itu terdapat ubat bagi segala jenis penyakit kecuali Al-Sam iaitu maut". (Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Ibnu Majah dan Termizi).

BUNGA HABBATUS SAUDA' BELUM KEMBANG
3.   Habbatus sauda’ adalah sejenis tumbuhan semulajadi yang bersaiz kecil.  Ia mempunyai batang yang tingginya lebih kurang setengah hasta. Mengeluarkan bunga yang berwarna biru  di mana didalamnya terdapat biji-biji habbatus sauda'. Tumbuhan ini mudah ditemui  di negara-negara Arab dan dikenali dengan berbagai nama. Di Mesir dan Syria ia dipanggil Al-Habbatul Barakah. Di Yaman dan Iran pula dikenali dengan nama Al syuniz.  Di Algeria dipanggil Sanuj dan Moroko pula Basdas.

BIJI KELUAR DARI BUNGANYA

4.  Habbatus sauda’ yang dikenali dengan nama saintifiknya Nigella Sativa telah pun digunakan di banyak negara sejak zaman berzaman terutama di Timur Tengah dan Timur Jauh sebagai ubat semulajadi bagi mengubati berbagai jenis penyakit. Menurut catatan sejarah habbatus sauda' telah digunakan sebagai herba perubatan semenjak 2000-3000 tahun lalu.

BIJIRIN JINTAN HITAM

5. Bijirin berwarna hitam sebesar lidi ini berfungsi menguatkan sistem pertahanan badan.  Berupaya mengecutkan semua jenis ketumbuhan, berkesan untuk mengubat batuk yang lama (kronik), selsema, sesak nafas terutama pada bronkial asma dan cardiak asma, luka-luka dihati (cirrhosis of liver), batu karang, batu hempedu, paru-paru berair, gout, tonsilitis, gusi berdarah, gastrik, luka-luka dalam perut (ulser), kurang penghadaman.  Ia mengandungi hormon bagi menambah kecergasan mental dan seksual serta boleh mengelakkan penyakit barah. Selain itu ia juga  dapat mengatasi semua jenis alahan dan gatal-gatal kulit, membantu menguatkan fungsi kelenjar, merengangkan permukaan kulit, boleh mengatasi sakit wanita (mestris, indomeferitis ophoritis), senggugut, melancarkan peredaran haid, berfaedah untuk sakit  seperti lemah tenaga batin, membersihkan perut dari angin dan kahak. Oleh kerana ia tumbuhan asli, ia tidak ada kesan sampingan kepada kesihatan tubuh badan.

6.  Selain dari diakui  oleh Rasulullah SAW sebagai ubat yang boleh mengubati semua jenis penyakit, kebaikan habbatus sauda’ juga diperakui oleh tokoh-tokoh perubatan Islam seperti  Ibnu Sina, Ibnu Qayyim dan Al-Baghdadi. Ahli perubatan moden juga telah membuat kajian dan mendapati ia sangat berkesan untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. 

KAPSUL HABBATUS SAUDA'

7.  Bijirin habbatus sauda’ adalah murah harganya. Kini ia telah dikomersialkan. Salah satunya, ia dijadikan kapsul minyak habbatus sauda'. Apa yang ingin di ketengahkan dalam artikel ini ialah betapa habbatus sauda’ ini kurang mendapat sambutan di kalangan orang Islam sendiri.  Sangat jarang kita ketahui orang Islam menjadikan habbatus sauda’ sebagai bahan perubatan.  Lihat sahaja iklan-iklan pelbagai jenama ubat dalam telivisyen, radio, majalah atau surat khabar.  Sangat jarang habbatus sauda’ atau produk darinya diiklankan.  Ia menggambarkan seolah-olah orang Islam sendiri kurang keyakinan kepada kebaikan dan khasiat habbatus sauda’ sedangkan ia telah disabdakan oleh Rasulullah sendiri sebagai ubat yang boleh mengubati pelbagai jenis penyakit.  Apakah kita orang Islam tidak lagi menyakini kebenaran sabda Rasulullah?.  Bukankah setiap hidayah bagi setiap tutur kata Rasulullah itu datangnya dari Allah jua. Oleh itu jika kita tidak menyakini sabda Rasulullah ia menggambarkan seolah-olah kita tidak menyakini suruhan dari Allah SWT.  Oleh kerana kebaikan habbatus sauda’ telah disabdakan oleh Rasulullah, janganlah kita mengharapkan orang bukan Islam untuk mempromosikannya walaupun mereka mungkin mengetahui kebaikan habbatus sauda’. Mereka tidak akan berbuat demikian kerana ia akan memberikan kredit percuma kepada Rasulullah dan Islam.

8. Justeru saya mengajak diri saya dan tuan-puan pembaca blog saya untuk menjadikan habbatus sauda’ sebagai salah satu dari ubat penyembuh penyakit kita.  Tunjukkanlah kita ini umat Rasulullah yang kasih dan sayang kepadanya serta yakin dengan sabdanya.

Peliharalah iman kamu dengan memperbanyakkan sedekah, bentenglah hartamu dengan mengeluarkan zakat dan tolaklah gelombang bencana bala dengan sentiasa berdoa kepada Allah – Mutiara Kata Saidina Ali bin Abi Thalib

1 comment:

  1. Saya ada menjual habbatus sauda halagel. Boleh hubungi saya untuk dapatkan harga promosi dan agent. Juga boleh dapatkan vco, primros, voo. 011 5279 0273

    ReplyDelete