Thursday, 17 September 2015

RAHSIA KENAPA DI MEKAH TIDAK RAMAI PESAKIT BERJUMPA DOKTOR



1.    Mengikut ceritanya ada seorang doktor telah membuka sebuah klinik di Tanah Suci (Makkatul Mukarramah). Selama 6 bulan klinik dibuka, terlalu sedikit pesakit yang datang untuk berubat. Perkara ini menjadikan doktor berkenaan merasa sangat hairan.  Dia mula berfikir apakah orang-orang di sini tidak sakit?. Akhirnya beliau mendapat jawapannya dari seseorang di sana.  Orang itu memberikan jawapannya seperti berikut:

1.1.   Bila ada yang sakit, ikhtiar pertama dilakukan ialah solat dua rakaat dan memohon kesihatan kepada Allah SWT. Insyaallaah penyakit sembuh dengan izin dan kasih sayangNya.

1.2.   Kalau belum sembuh juga, ikhtiar kedua ialah membaca Surah  Al Fatihah dan surah-surah lain seperti Surah Yunus (surah 10: ayat 57), An-Nahl (16:69), Al-Israa (17:82), As-Syuura (26:80) dan Fussilat (41:44). Tiupkan pada air dan minum dan insyaallah akan sihat. Inilah ruqyah untuk diri sendiri.

1.3.   Jika belum sihat juga kami lakukan ikhtiar yang ketiga, iaitu bersedekah dengan niat mendapatkan pahala kebaikan dan dijadikan jalan penyembuh penyakit kami. Mudah-mudahan Allah akan sembuhkan.

1.4.   Bagaimana pun jika tidak sembuh juga kami akan lakukan ikhtiar yang keempat, iaitu banyak beristighfar untuk bertaubat. Ini kerana Rasulullah SAW pernah beritahu bahawa sakit adalah salah satu sebab Allah mengampuni dosa hambaNya.

1.5.   Tetapi jika belum sembuh juga, baru kami lakukan ikhtiar yang kelima, iaitu minum madu dan bijiran habbatus sauda’.

1.6.   Ikhtiar yang keenam ialah dengan cara memakan makanan herba seperti bawang putih, buah tin, zaitun, kurma dan lain-lain seperti disebutkan dalam Al-Quran.

1.7.   Insya Allah sembuh. Akan tetapi sekiranya tidak sembuh juga barulah kami melakukan ikhtiar ketujuh iaitu pergi berjumpa  doktor yang soleh.

Insyaa Allah akan diberikan kesembuhan dengan izin Allah SWT. Wallahuaklam.

2.   Dari kesah di atas dapatlah diambil pengajaran bahawa sebagai seorang Islam, apabila kita sakit pertamanya sandarkanlah segala pengharapan hanya kepada Allah SWT. Memohonlah kepada Allah untuk menyembuh penyakit kita. Dekatkanlah diri kepada Allah SWT melalui solat, taubat, istighfar dan berdo'a. Akhir sekali barulah ikhtiar dengan kaedah moden seperti berjumpa doktor.

3.  Jangan sama sekali lupa kepada doa ketika kita sakit seperti yang diajarkan Rasulullah SAW yang berbunyi:

اَللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ البَاسَ، اِشْفِ أَنْتَ الشَّافِي، لاَ شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا

“Ya Allah, Tuhan seluruh manusia, hilangkanlah sakit ini, sembuhkanlah. Engkaulah As-Syafi (Sang Penyembuh), tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

4.      Selamat mencuba.



“Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan iaitu : Dia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau; hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau; hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau; adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan untuk jalan yang membazir dan sia-sia.” ~ Mutiara kata Sayidina Abu Bakar Assyidiq

No comments:

Post a Comment