TARIQ BIN ZIYAD - GAMBARAN PELUKIS |
1. Dalam Surah Al-Baqarah[Lembu Betina](2:249) Allah SWT berfirman yang berbunyi:
Kemudian apabila Talut keluar bersama-sama
tenteranya, berkatalah ia: “Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan
sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu yang meminum airnya maka
bukanlah ia dari pengikutku, dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka
sesungguhnya ia dari pengikutku, kecuali orang yang menceduk satu cedukan
dengan tangannya”. (Sesudah diingatkan demikian) mereka meminum juga dari
sungai itu (dengan sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil dari mereka.
Setelah Talut bersama-sama orang-orang yang beriman menyeberangi sungai itu,
berkatalah orang-orang yang meminum (sepuas-puasnya): “Kami pada hari ini tidak
terdaya menentang Jalut dan tenteranya”. Berkata pula orang-orang yang yakin
bahawa mereka akan menemui Allah: “Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya
menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa)
bersama-sama orang-orang yang sabar”.
2. Kebenaran dan ketepatan
firman ini telah terbukti dalam beberapa peristiwa peperangan. Contohnya Perang Badar di zaman Rasulullah,
penaklukan Kota Konstantinople oleh Sultan Muhammad Al-Fateh. Untuk posting kali
ini kita akan mengetahui penaklukan Andalusia (Sepanyol) oleh tentera Islam
yang dipimpin oleh Tariq bin Ziyad (670 - 720 M).
Peristiwa penaklukan ini dikatakan berkait dengan peranan sebuah
kerajaan ajaib yang dipimpin secara ghaib oleh Baginda Rasulullah SAW. Tariq bin Ziyad telah diarah dan ditugaskan oleh Gabenor Mesir, Musa bin Nasir
untuk menawan Sepanyol. Mesir pada masa itu berada dalam pemerintahan kerajaan Islam Bani Umaiyyah.
3. Dalam pelayaran beliau dari
Mesir ke Sepanyol, Tariq sentiasa memohon pertolongan Allah agar didatangkan
bantuan dari kerajaan yang ajaib. Ini
kerana beliau merasakan yang diri beliau dan tenteranya tidak akan mampu
melaksanakan tanggungjawab besar itu. Berlakulah keajaiban apabila beliau
diizinkan Allah untuk beryaqazah dengan Rasulullah SAW. Beliau melihat bersama Rasulullah ialah para
sahabat yang dilihat lengkap berpakaian perang. “Teruskan perjuangan mu, wahai Tariq”, itulah kata-kata keramat
dari lidah mulia Rasulullah kepada Tariq bin Ziyad. Selepas itu beliau melihat
Rasulullah dengan para sahabatnya sedang menuju ke Andalusia.
(Pengertian yaqazah pada istilah perbahasan ilmu tasawuf ialah bertemu
atau berjumpa dengan roh Rasulullah SAW dalam keadaan jaga [bukan mimpi] dan ia
merupakan satu karamah wali-wali Allah).
4. Setelah sampai di Bukit
Gibralta, Sepanyol maka Tariq bin Ziyad telah mengarahkan supaya dibakar semua
kapal mereka.”Wahai tentera-tenteraku, ke
mana kamu semua akan lari?. Di belakangmu ialah laut dan di hadapanmu adalah
musuh. Samada kita menang atau mati syahid”. Begitulah kata-kata keramat
dari Tariq bin Ziyad kepada tenteranya.
5. Sejarah agung dan luar
biasa telah melakarkan bahawa Tariq bin Ziyad dan tenteranya telah berjaya
menumpaskan tentera Andalusia yang diketuai oleh King Roderick yang mempunyai
tentera seramai 100,000 orang berbanding dengan tentera Tariq hanya sekitar 7,000
orang sahaja dan dibantu oleh tentera King Roderick yang berpaling tadah
seramai lebih kurang 5,000 orang. Tenteranya berpaling tadah kerana King Roderick yang berbangsa Gothik ini sangat kejam dan menindas rakyatnya. Kemenangan ini sesuatu yang diluar lojik akal
manusia yang waras. `Miraculous` atau
‘ajaib’ kata para orientalis yang mengkaji sejarah ini. Jelaslah faktor Tariq
bin Ziyad boleh beryaqazah dengan Rasulullah SAW itu mampu memberikan kekuatan
roh yang sangat luar biasa, sehingga tumbangnya sebuah kerajaan di bawah satu
empayar yang hebat iaitu Empayar Rom.
6. Kesah lain yang diceritakan
dalam sejarah ialah bagaimana Allah SWT telah memberikan pertolonganNya kepada Tariq bin Ziyad sebelum kedatangan beliau ke Andalusia. Allah SWT mentakdirkan
King Roderick telah melihat gambar Tariq bin Ziyad yang dilukis di atas kulit
binatang di dalam sebuah istana lama. Istana ini sebenarnya menjadi tempat
larangan turun temurun di mana para pendita kristian, sebelum pemerintahan King
Roderick melarang sesiapa sahaja dari mendekati istana lama itu. Larangan ini
diingkari oleh King Roderick. Beliau merasakan tentu ada harta karun di dalam
istana berkenaan. Maka beliau telah mencerobohi istana tersebut namun didapati
istana lama itu kosong. Cuma ada sebuah bilik. Di dalam bilik tersebut,
terdapat sebuah bekas dan apabila dibuka bekas itu, tersimpan satu kulit
binatang. Jelas di atas kulit binatang tersebut adalah lakaran potret seorang
yang berserban dengan menaiki kuda dan lengkap berpakaian perang. Apa yang
lebih menakjubkan, di atas gambar berkenaan tertulis perkataan “sesiapa yang melihat gambar ini, maka dia
akan dikalahkan oleh orang ini dalam medan peperangan”.
7. Apabila peperangan berlaku
King Roderick amat terkejut tatkala melihat wajah Tariq bin Ziyad,
serupa dengan gambar yang dilihat di atas kulit binatang sebelum ini. Pada tanggal
19 Julai 711 Masihi berlakulah peperangan yang bersejarah itu. Dengan hanya
satu panahan dari Tariq bin Ziyad, ia telah mengenai dan menjatuhkan
King Roderick. Tentera beliau yang seramai 100,000 orang itu bertempiaran lari
bila melihat ketua mereka, King Roderick tumbang di medan perang. Walaupun
jumlah tentera Islam sangat kecil tetapi ia dilihat oleh tentera musuh cukup
gagah, bersemangat dan berani. Allah telah mencampakkan rasa gentar dan takut di
dalam hati musuh-musuhNya.
8. Sebenarnya Allahlah yang
telah memenangkan tentera Tariq melalui kerajaan ajaib yang diketuai oleh
Rasulullah SAW sebagaimana dilihat oleh Tariq bin Ziyad di dalam
yaqazahnya yang bertemu dengan Rasullullah.
9. Hingga kini di Sepanyol
terdapat sebuah selat bernama Selat Gibraltar yang memisahkan Lautan Atlantik
dengan Laut Mediterranean. Selat ini berdekatan dengan sebuah gunung tempat
pendataran tentera Islam yang dipimpin oleh Tariq bin Ziyad. Gibraltar berasal dari nama Arab "Jabel
Tariq" yang bererti Gunung Tariq. Jabel maknanya gunung. Orang Sepanyol tidak dapat menyebut
perkataan Jabel Tariq tetapi mereka menyebutnya Gibraltar.
10. Kerajaan Islam telah berjaya memerintah Sepanyol selama lebih 700 tahun. Pada tanggal 2 Januari 1492 (2 Rabbiul Awwal 897 Hijrah) tumbanglah sebuah kerajaan Islam pertama di bumi Eropah. Ia berpunca dari kelemahan yang ada dikalangan pemimpin. Kejatuhan kerajaan Islam Andalusia ini adalah sesuatu yang amat memilukan hati umat Islam. Tanpa diduga kerajaan Islam Andalusia dapat didirikan namun akhirnya ia jatuh selepas kelalaian dan kecuaian di kalangan pemimpin yang gagal mengawal kerajaan Islam.
12. Selepas berlakunya kekalahan itu umat Islam mula dibunuh dan ada yang dihalau keluar dari Andalusia. Bahkan ada di antara mereka yang terus diperangi lagi walaupun sudah bersedia keluar dari Andalusia. Musibah ini turut terpalit kepada orang orang Yahudi yang bernaung di bawah kerajaan Islam. Mereka ikut keluar dari Andalusia kerana tiada lagi kuasa yang boleh melindungi mereka setelah kerajaan Islam runtuh.
10. Kerajaan Islam telah berjaya memerintah Sepanyol selama lebih 700 tahun. Pada tanggal 2 Januari 1492 (2 Rabbiul Awwal 897 Hijrah) tumbanglah sebuah kerajaan Islam pertama di bumi Eropah. Ia berpunca dari kelemahan yang ada dikalangan pemimpin. Kejatuhan kerajaan Islam Andalusia ini adalah sesuatu yang amat memilukan hati umat Islam. Tanpa diduga kerajaan Islam Andalusia dapat didirikan namun akhirnya ia jatuh selepas kelalaian dan kecuaian di kalangan pemimpin yang gagal mengawal kerajaan Islam.
11. Apakah punca punca kejatuhan kerajaan Islam Andalusia:
11.1. Kejatuhan kerajaan Islam Andalusia ini kerana
kelemahan pemerintah yang sanggup menggadai prinsip demi mendapat bantuan
sokongan untuk menduduki takhta yang hanya mampu dicapai buat sementara waktu
sahaja. Selain itu faktor faktor dalaman dan luaran turut menyumbang kepada
kejatuhan itu. Antaranya ialah:
11.2. Tiada mekanisme dalam mencari pengganti yang
layak untuk meneruskan pemerintahan. Kebanyakan pemerintah hanya mewariskan
kepimpinan melalui sistem monarki yang pada waktu itu sudah korup, tiada
akauntibiliti dan hilang integriti di mata rakyat.
11.3. Tiada kesetian (wala') terhadap khalifah yang
sah mentadbir kerajaan. Masing-masing menyimpan hasrat untuk menguasai wilayah
pemerintahan sehingga berlaku perebutan kuasa yang tidak berkesudahan.
11.4. Tiada kesepakatan dalam mentadbir wilayah yang dikuasai sehingga
wujud perbezaan pemerintahan antara satu wilayah dengan wilayah yang lain.
11.5. Wujudnya
golongan yang ingin menghancurkan pemerintah dari dalam seperti golongan yang
ingin bekerjasama dengan musuh tanpa berusaha untuk memperkuatkan ikatan
dalaman sesama mereka.
12. Selepas berlakunya kekalahan itu umat Islam mula dibunuh dan ada yang dihalau keluar dari Andalusia. Bahkan ada di antara mereka yang terus diperangi lagi walaupun sudah bersedia keluar dari Andalusia. Musibah ini turut terpalit kepada orang orang Yahudi yang bernaung di bawah kerajaan Islam. Mereka ikut keluar dari Andalusia kerana tiada lagi kuasa yang boleh melindungi mereka setelah kerajaan Islam runtuh.
“Orang akan tetap menjadi ahli ilmu yang sejati
selama dia masih menuntut. Tetapi apabila pada suatu ketika dia berkata ‘aku
sudah pandai’, maka sesungguhnya dia sudah menjadi bodoh dengan sendirinya”.
-Luqman Hakim