Thursday, 26 February 2015

DAHULU KALA BULAN BERSINAR SEPERTI MATAHARI?

 
MATAHARI BARU TERRBIT DIWAKTU PAGI 
1.  Dalam Surah Al-Israq [Memperjalankan Waktu Malam]  (17:12), Allah SWT berfirman yang berbunyi:
 

“Dan Kami jadikan malam dan siang itu dua tanda (yang membuktikan kekuasaan kami), maka Kami hapuskan tanda malam itu (sehingga menjadi gelap-gelita), dan Kami jadikan tanda siang itu terang-benderang supaya kamu mudah mencari rezeki dari limpah kurnia Tuhan kamu, dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan hitungan hisab (bulan dan hari); dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu (yang kamu perlukan untuk dunia dan agama kamu), Kami telah menerangkannya satu persatu (dalam Al-Quran) dengan sejelas-jelasnya."

2.  Semenjak 1400 tahun lalu, para sahabat Rasulullah SAW telah membuat kesimpulan bahawa bulan dahulu memancarkan cahaya, tetapi kemudian Allah SWT menghilangkan cahaya/sinarnya. Dalam tafsiran mereka terhadap firman Allah SWT di atas, Imam Ibnu Katsir berkata: Ibnu Abbas Ra menyatakan, "Dahulu bulan bersinar seperti matahari, dan ia menjadi tanda malam, namun Allah SWT kemudian memadamnya, dan warna hitam yang ada pada bulan sekarang ini adalah bekas penghapusan tersebut."(Sumber Al Alusi, Ruh Al Ma'ani 26/15).

3. Pakar-pakar kaji astronomi mengakui bahawa bulan dahulu memang menyala tetapi kemudian cahayanya padam. Teknologi teleskop dan satelit generasi pertama telah berjaya menunjukkan gambar-gambar bulan. Nampak jelas di bulan itu terdapat kawah kawah gunung berapi dan dataran tinggi.  Namun pakar pada masa itu belum boleh memastikan bentuk permukaan bulan ini sehingga tiga angkasawan yang diketuai oleh Neil Amstrong menjejakkan kaki di bulan pada tahun 1969. 

4. Kemudiannya dengan peralatan teropong bintang yang lebih canggih pengkaji astronomi NASA berpendapat bulan wujud sejak 4.6 bilion tahun lalu. Semasa proses pembentukannya, ia mengalami pelbagai hentaman dahsyat oleh meteor-meteor dan asteroid. Akibat pengaruh panas yang sangat tinggi, maka permukaan bulan mengalami proses pencairan melampau sehingga menyebabkan pembentukan kawah-kawah yang disebut "Maria" dan  puncak puncak gunung yang disebut "Craters". Craters ini selanjutnya mengeluarkan lahar gunung berapi dalam jumlah yang besar sehingga memenuhi seluruh kawah-kawahnya. Pada tahap berikutnya, bulan membeku. Letusan gunung berapi berhenti dan laharnya pun padam. Dan semenjak itulah cahaya bulan telah padam sedangkan sebelumnya ia menyala.
BULAN MENGAMBANG

MATAHARI BERSINAR

5.  Firman Allah di atas berbunyi "famahau naa” yang bermaksud “Kami hapuskan”. Menurut ahli bahasa, mahwu bererti menghapuskan dan menghilangkan. Dalam konteks firman ini, Allah SWT memberitahu Dia menghilangkan dan menghapuskan sinar bulan, bukannya  menghilangkan planet bulan. Jadi bulan masih tetap ada. Firman Allah ini memberi maksud zaman dahulu (mungkin jutaan tahun dahulu) bulan juga memancarkan cahayanya seperti matahari. Allah juga berfirman lebih lanjut: "dan Kami jadikan tanda siang itu terang". Disini Allah gunakan perkataan "terang" sebagai pembanding untuk menunjukkan bahawa yang dijadikan perbandingan adalah cahaya tanda malam (bulan) dan cahaya tanda siang (matahari).  Cahaya yang pertama padam, sementara yang kedua tetap terang dan masih boleh kita lihat hingga kini. Mungkin perancangan Allah ini bagi membolehkan manusia yang akan diciptaNya tidur dan berehat di waktu malam. Cuba kita bayangkan sekiranya cahaya bulan diwaktu malam juga terang benderang seperti cahaya matahari, sudah tentu manusia tidak akan dapat tidur. Sebaliknya seperti disebutkan dalam firman di atas, Allah jadikan waktu siang itu terang-benderang supaya manusia boleh mencari rezeki dari limpah kurniaNya dan juga supaya manusia mengetahui bilangan tahun dan hitungan hisab (bulan dan hari). Siang dan malam itu juga datang silih berganti. Datang siang pergilah malam.  Datang malam pergilah siang. Matahari dan bulan tidak pernah berebut-rebut untuk datang menyuluh bumi.  Kedua-duanya mengikut aturan dan perintah dari Allah SWT.


6.  Subhanallah. Maha Suci Allah Yang Maha Berkuasa.  Setiap apa yang difirmankan dalam Al-Quran itu tidak lain melainkan benar belaka. Pastinya penemuan saintis dan pakar-pakar di zaman ini semuanya akan membuktikan kebenaran Al-Quran yang datangnya dari Allah, tuhan  pencipta Alam.


“Hiduplah sesuka hatimu, sesungguhnya kamu pasti mati. Cintai siapa saja yang kamu senangi, sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya. Lakukan apa saja yang kamu kehendaki, sesungguhnya kamu akan memperolehi balasannya. Dan ingatlah bahawa bersama kesulitan itu sentiasa akan timbul kesenangan” – Mutiara Kata Ibnu Abbas


Sebahagian petikan dari www.detikislam.blogspot.com

No comments:

Post a Comment