SEMUT SEDANG BERBICARA? |
2. Dalam Surah An-Naml[Semut](27:15)
Allah SWT berfirman yang memberikan dalil/bukti perkara di atas. Firman itu berbunyi:
“Dan
sesungguhnya kami telah mengurniakan ilmu pengetahuan kepada Nabi Daud dan Nabi
Sulaiman; dan mereka berdua bersyukur dengan berkata: “Segala puji tertentu
bagi Allah yang dengan limpah kurniaNya memberi kami kelebihan mengatasi
kebanyakan hamba-hambaNya yang beriman”.
(27:16)
“Dan
Nabi Sulaiman mewarisi (pangkat kenabian dan kerajaan) Nabi Daud; dan (setelah
itu) Nabi Sulaiman berkata: “Wahai umat manusia, kami telah diajar mengerti
bahasa pertuturan burung, dan kami telah diberikan serba sedikit dari tiap-tiap
sesuatu (yang diperlukan); sesungguhnya yang demikian ini adalah limpah kurnia
(dari Allah) yang jelas nyata”.
(27:17)
“Dan
dihimpunkan bagi Nabi Sulaiman bala tenteranya, dari jin dan manusia serta
burung; lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanan masing-masing.”
(27:18)
“(Maralah
angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke “Waadin-Naml”, berkatalah seekor
semut: “Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan
Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak
menyedari”.
(27:19)
“Maka
tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan
berkata:” Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu
yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap
mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah daku – dengan limpah
rahmatMu – dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh.”
3. Rasulullah SAW juga pernah berfirman yang mengesahkan bahawa binatang
boleh berbicara. Dari Abu Said al-Khudri r.a: bahwasanya Rasulullah SAW bersabda:
"Demi yang jiwaku berada di
tangan-Nya, tidak akan terjadi kiamat sehingga: binatang buas mengajak bicara
manusia, dan sehingga: seseorang berbicara dengan ujung cambuknya, tali
sendalnya, dan paha seseorang mengabarkan tentang apa yang terjadi dengan
pemiliknya" (Hadis Riwayat Termizi)
4. Walaupun perkara ini dinyatakan dalam Al-Quran dan juga sabda
Rasulullah SAW, tidak ada kajian yang dibuat oleh saintis yang beragama
Islam. Sebaliknya kajiannya dibuat oleh orang
Barat yang tidak beragama Islam.
PROFESSOR T.C. SCHNEIRLA |
5. Kajian paling awal telah dilakukan oleh Professor Theodore Christian
Schneirla. Beliau lahir pada 23 Julai 1902
di Bay City Michigan Amerika Syarikat dan meninggal dunia pada 20 Ogos 1968 di New
York ketika berusia 66 tahun. Beliau mendapat pendidikan di Universiti
Michigan. Merupakan seorang ahli biologi
(psikologi binatang) yang telah mengkaji corak perlakuan semut tentera pada
tahun 1932. Kajiannya dibuat di Pulau
Barro Colorado, Panama Canal Zone. Beliau
mengambil seekor semut (semut A) dan diletakkan dalam tempat yang berisi
makanan. Kemudian dia mengambil seekor
semut lain (semut B) lalu diletak dalam tempat yang berisi semut-semut musuh.
Kemudian perlakuan kedua-dua semut ini diperhatikan terutama ketika ia bertemu
dengan semut-semut lain di tengah jalan. Dari penelitian itu, Profesor T.C.
Schneirla menyimpulkan bahawa zat kimia yang dikeluarkan dari makanan ataupun
dari musuh semut melekat pada semut itu. Ketika bertemu dengan semut lain,
semut itu akan saling bersentuhan. Dengan saling bersentuhan inilah zat kimia
dari semut itu akan memberi tahu semut lain melalui antena di kepala semut, adakah
di kawasan sekitarnya ada makanan atau ada musuh. Itulah sebabnya kenapa kita lihat semut-semut
akan berhenti seketika ketika bertemu dan kelihatan seperti mereka saling mencium
satu sama lain. Inilah kaedah mereka
berkomunikasi sesama mereka.
6. Professor Schneirla telah menulis beberapa kertas kajian
saintifik dan juga menjadi penulis bersama (co-author)
dua buah buku psikologi, iaitu yang berjudul “Principles of Animal Psychology” (bersama dengan Norman Raymond Frederick
Maier – terbitan tahun 1935) dan “Recent
Experiments in Psychology” (bersama dengan L.W. Crafts – terbitan tahun 1938).
7. Subhanallah, Maha Suci Allah yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya semua yang diceritakan
dalam Al-Quran itu benar belaka. Inilah bukti bahawa Al-Quran bukan ciptaan manusia melainkan ia dari Allah SWT, tuhan sekalian alam. Tunduk dan patuhlah kita kepada perintah dan
larangan Allah SWT.
“Sekiranya manusia mengetahui keburukan
percakapan dan hawa nafsu maka mereka akan melarikan diri daripada keduanya
sebagaimana mereka melarikan diri dari harimau.” – Mutiara Kata Imam Syafie
Rahimahullah
No comments:
Post a Comment