Tuesday, 10 February 2015

SURAH AL-FATIHAH DAN KEAJAIBAN NOMBOR TUJUH

 

1.    Apakah rahsia disebalik Surah Al-Fatihah yang juga dikenali dengan nama as-Sab'ul Masani (tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang). Penerangan berikut akan menjelaskan kepada kita sebahagian di antara keajaiban angka tujuh yang terdapat dalam surah Al-Fatihah, ummul Quran. Dalam Surah Hijr[Nama Tempat](15:87) Allah SAW berfirman yang berbunyi:


"Dan sesungguhnya Kami telah berikan kepadamu tujuh ayat yang dibaca berulang -ulang dan Al Quran yang agung."

2.     Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:

"Alhamdulillahi rabbil ' alamin" (Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta Alam) (surah al-Fatihah) adalah as-Sab'ul Masani (tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang) dan al-Quran yang Agung yang diberikan kepadaku." (Hadith Riyawat Bukhari).

3.      Apakah keajaiban yang terdapat pada Ummul Quran ini:

3.1.   Keajaiban Pertama = Jumlah ayat dalam surah Al-Fatihah adalah tujuh. Jumlah ini sama dengan jumlah perkara-perkara berikut: Jumlah lapisan langit juga tujuh. Jumlah lapisan bumi adalah tujuh. Jumlah hari dalam seminggu adalah tujuh. Jumlah pusingan yang dilakukan oleh seseorang semasa tawaf mengelilingi kaabah adalah tujuh. Bilangan sa'i (berlari-lari kecil) antara Bukit Shafa dan Marwah dilakukan sebanyak tujuh kali. Melontar jamrah semasa ibadat haji dilakukan sebanyak tujuh kali. Bilangan anggota badan yang diperintahkan oleh Rasulullah SAW untuk di sentuh ke lantai/tanah ketika sujud ialah tujuh. Jumlah pintu neraka jahannam ada tujuh buah. Perkataan  "Jahannam" disebutkan dalam Al-Quran sebanyak 77 kali ( 77 = 7 x11).

3.2.   Keajaiban Kedua = Jumlah huruf hijahiyah yang ada dalam surah Al-Fatihah adalah 21 huruf (21 = 7 x 3). Huruf tersebut adalah :
ا ب ت ح د ذ رس ص ض ط ع غ ق ك ل م ن و ه ي

3.3.        Keajaiban Ketiga = Jumlah huruf yang terputus-putus  (muqataat) yang ada dalam Al-Quran ada 14 huruf (14 = 7 x 2). Huruf-huruf itu termasuk dalam huruf-huruf yang ada dalam surah Al-Fatihah. Huruf-huruf tersebut adalah:
ا ل م ن ه ك س ي ع ص ر ق ح ط

3.4.        Keajaiban Keempat = Jumlah huruf dari kalimah الله iaitu ا , ل  , dan ه yang ada dalam surah Al-Fatihah adalah 49 huruf (49 = 7 x 7)

3.5.        Keajaiban Kelima = Huruf yang terputus-putus yang pertama kali disebutkan dalam Al-Quran adalah firman Allah ا ل م yang merupakan ayat pertama dalam surah Al-Baqarah. Jika kita mengira jumlah ketiga-tiga huruf tersebut ( ا , ل , dan م ) dalam surah Al-Fatihah, kita akan dapati bahawa huruf ا ada 22, huruf ل ada 22  manakala huruf م ada 15 huruf. Apabila kita menggabungkan jumlah ketiga-tiga huruf di atas maka akan terbentuk bilangan 222215.  Jika kita membalik susunannya akan terbentuklah bilangan 152222 dan 221522. Ajaibnya, ketiga-tiga bilangan tersebut hasil dari bilangan yang boleh dikali dengan nombor 7. Misalnya: (7 x 31745=222215),(7 x 21746 =152222) , (7 x 31646 = 221522). 

4.      Subhanallah, Maha suci Allah SAW yang maha mengetahui lagi maha bijaksana.

-Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya

-Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina

-Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya

-Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga

(Mutiara Kata Saidina Umar Al-Khattab)

Petikan dari blog: detikislam.blogspot.com.

No comments:

Post a Comment