Friday, 20 February 2015

KEAJAIBAN AIR MATA MANUSIA


1.  Setiap manusia yang memiliki mata pasti pernah menangis dan mengalirkan air mata dalam hidupnya.  Mungkin tidak ada manusia di dunia ini yang tidak pernah menangis.  Setiap bayi yang baru dilahirkan pasti akan menangis.  Jika bayi tidak menangis sebaik dilahirkan menandakan ia tidak normal. Menangis yang paling istimewa di sisi Islam ialah menangis kerana terkenangkan dan takut kepada Allah kerana air mata itu boleh memadamkan api neraka.

2.   Di dalam al-Quran terdapat firman-firman Allah SWT berkenaan air mata, iaitu:

          2.1.   Dalam Surah Al-Maidah [Hidangan](5:83) yang berbunyi:


“Dan apabila mereka mendengar Al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah (Muhammad SAW), engkau melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan apa yang mereka ketahui (melalui Kitab mereka) dari kebenaran (Al-Quran), sambil mereka berkata: “Wahai Tuhan kami, kami beriman (kepada Nabi Muhammad dan Kitab Suci Al-Quran), oleh itu tetapkanlah kami bersama-sama orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui kebenaran Nabi Muhammad SAW).”

2.2.   Dalam Surah At-Taubah[Pengampunan](9:92) pula berbunyi: 


Dan tidak juga berdosa orang-orang yang ketika mereka datang kepadamu (memohon) supaya engkau memberi kenderaan kepada mereka, engkau berkata: “Tidak ada padaku kenderaan yang hendak kuberikan untuk membawa kamu”, mereka kembali sedang mata mereka mengalirkan airmata yang bercucuran, kerana sedih bahawa mereka tidak mempunyai sesuatupun yang hendak mereka belanjakan (untuk pergi berjihad pada jalan Allah).”

3.      Apakah pula sabda Rasulullah SAW berkaitan air mata ini.

3.1.  Taujih Ruhiyah- Abdul Hamid Al-Bilali berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya." 

3.2.  Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda: “Air mata dari tangisan pembuat dosa yang bertaubat adalah lebih disukai Allah dari tasbih para wali.” dan "Kejahatan yang dibuat lalu menimbulkan rasa sedih dan menangis adalah lebih baik dari kebaikan yang menimbulkan rasa takbur."

3.3.  Abu Hummah(Shadujja) Bin Adilan Albahily r.a berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Tiada suatu yang lebih disukai oleh Allah dari dua titis dan dua bekas. Titisan airmata kerana takut kepada Allah dan titisan darah dalam mempertahankan agama Allah. Adapun dua bekas adalah bekas dalam perjuangan fisabilillah dan bekas perjuangan kewajiban kepada Allah."

4.    Air mata adalah salah satu keajaiban ciptaan Allah SWT yang ada pada setiap manusia. Ia mempunyai beberapa fungsi yang sangat istimewa. Menangis dan mengeluarkan air mata boleh menjadi ubat yang berguna bagi kesihatan tubuh dan fikiran manusia. Apakah kebaikan dan kelebihan dari keluarnya air mata dari sudut kesihatan:

4.1.   Membantu penglihatan:

Air mata boleh membantu penglihatan seseorang. Cecair yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.

4.2. Membunuh bakteria:

Air mata boleh berfungsi sebagai antibiotik dan tidak memerlukan ubat titis mata. Di dalam air mata terkandung cecair yang dipanggil lisozom yang dapat membunuh bakteria-bakteria yang tertinggal pada keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan mana-mana tempat yang ada bakteria.

4.3. Meningkatkan mood:

Mood seseorang akan meningkat kembali selepas dia menangis. Air mata yang dihasilkan dari menangis kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh dibandingkan air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.

4.4. Mengurangkan stres:

Bagaimana menangis boleh mengurangi stress? Air mata juga mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan tingkatan stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stres seperti tekanan darah tinggi.

4.5. Membina komuniti:

Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga membantu seseorang untuk bangkit dengan azam yang baru. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan teman-temannya atau seseorang yang memberikan bantuan. Perkara ini boleh meningkatkan kemampuan berkomunikasi dengan lebih tenang.

4.6. Melegakan perasaan:

Semua orang mempunyai pengalman yang sama.  Walaupun kita mungkin diuji dengan berbagai masalah dan dugaan, namun setelah menangis biasanya akan timbul perasaan lega. Setelah menangis, sistem dalam badan, otak dan jantung akan menjadi lancar. Hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. 
 
DR. WILLIAM FREY
4.7. Mengeluarkan racun:

Dr. William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan mendapati bahawa air mata yang keluar kerana menangis akibat emosi mengandungi racun. Keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun keluar dari dalam badan dan mata.

5.     Dr. William Frey ialah seorang ahli biokimia dan juga pakar air mata.  Beliau bertugas di Pusat Perubatan Ramsey, Minneapolis, Amerika Syarikat.  Hasil kajian tentang air mata beliau merumuskan seperti berikut:

“Reflex tears are 98% water, whereas emotional tears also contain stress hormones which get excreted from the body through crying. After studying the composition of tears, Dr. Frey found that emotional tears shed these hormones and other toxins which accumulate during stress. Additional studies also suggest that crying stimulates the production of endorphins, our body’s natural pain killer and “feel-good” hormones.” Interestingly, humans are the only creatures known to shed emotional tears, though it’s possible that that elephants and gorillas do too. Other mammals and also salt-water crocodiles produce reflex tears which are protective and lubricating.”


“Kebaikan itu ada pada lima perkara iaitu mampu mengawal diri, menjauhkan diri daripada menyakiti orang lain, menggunakan rezeki yang halal, berserah diri kepada Allah dan menyakini segala kekuasan Allah”.- Mutiara Kata Imam Syafie Rahimahullah

No comments:

Post a Comment