1. Mungkin tidak ada manusia di dunia ini yang tidak pernah bersin. Jika ada, maka sebenarnya dia adalah seorang yang tidak normal. Samalah seperti haiwan yang juga tidak bersin. Sesungguhnya setiap penciptaan Allah SWT pasti akan ada manfaatnya kepada manusia. Bukankah Allah itu maha sempurna penciptaanNya.
2. Bersin adalah keluarnya udara dari dalam badan manusia yang
berlaku dengan pantas sama ada melalui hidung atau mulut. Udara yang
dikeluarkan menerusi bersin ini dapat mencapai kelajuan 160 km/jam.
3. Walaupun bersin ini bukanlah satu ibadat namun Rasulullah SAW
tetap mengajar umatnya apa yang perlu dibuat apabila kita bersin. Rasulullah
mengajarkan bagaimana seseorang yang mendengar orang bersin dan memuji Allah agar membalas pujian
tersebut. Dari Abu Hurairah katanya Rasulullah SAW bersabda yang berbunyi:
إِذَا
عَطَسَ أَحَدُكُمْ فَلْيَقُلْ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَلْيَقُلْ لَهُ أَخُوهُ
أَوْ صَاحِبُهُ يَرْحَمُكَ اللَّهُ فَإِذَا قَالَ لَهُ يَرْحَمُكَ اللَّهُ
فَلْيَقُلْ يَهْدِيكُمُ اللَّهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ
“Apabila
salah seorang dari kamu bersin, hendaklah dia mengucapkan “Alhamdulillah”
sedangkan saudaranya atau temannya hendaklah mengucapkan “Yarhamukallah (Semoga
Allah merahmatimu). Jika saudaranya berkata ‘Yarhamukallah’ maka hendaknya dia
berkata, “Yahdikumullah wa yushlih baalakum (Semoga Allah memberimu petunjuk
dan memperbaiki hatimu).” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
4. Dari Abu Musa Al-Asy’ari beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda
yang berbunyi:
إِذَا عَطَسَ أَحَدُكُمْ فَحَمِدَ اللَّهَ فَشَمِّتُوهُ فَإِنْ لَمْ يَحْمَدْ اللَّهَ فَلَا تُشَمِّتُوهُ
“Bila salah seorang dari kamu bersin lalu
memuji Allah maka tasymitlah dia. Tapi bila dia tidak memuji Allah, maka jangan
kamu tasymit dia.” (Hadis Riwayat Muslim). Tasymit adalah
mengucapkan ‘yarhamukallah’.
5. Dari Abu Hurairah, beliau berkata:
أَنَّ
النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا عَطَسَ غَطَّى
وَجْهَهُ بِيَدِهِ أَوْ بِثَوْبِهِ وَغَضَّ بِهَا صَوْتَهُ
“Apabila Rasulullah bersin,
baginda menutup wajahnya dengan tangan atau kainnya sambil merendahkan
suaranya.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi).
6.
Dari sudut sains, sebab-sebab berlakunya bersin
ialah :
6.1. Bersin
membersihkan rongga hidung dan tekak dari habuk, debunga, bakteria dan perkara
lain yang mungkin memenuhi rongga tersebut.
6.2.
Bersin juga adalah satu kaedah untuk sistem badan menyesuaikan diri dengan
perbezaan cuaca yang berlaku secara mendadak. Oleh kerana itulah seseorang itu
lazim bersin jika dia bergerak dari tempat yang sejuk ke tempat panas atau
sebaliknya. Malah ada orang boleh bersin hanya kerana melihat kepada teriknya sinaran
matahari.
7.
Oleh kerana itu, seeloknya hendaklah kita
bersopan ketika bersin supaya disenangi oleh orang di sekeliling kita. Bersin juga mampu menyehatkan badan dan menghilangkan keinginan untuk selalu
mengenyangkan perut serta dapat meningkatkan semangat untuk beribadah.
8. Kenapa
Islam mengajar umatnya untuk mengucapkan ‘Alhamdulillah’ apabila bersin.
Kalimah ‘Alhamdulillah’ berupa ucapan terima kasih kepada Allah SWT. Kenapa kita perlu berterima kasih kepada
Allah apabila bersin. Jawabnya kerana Allah
telah mengeluarkan penyakit dari badan kita. Apakah ada pendapat pakar bidang
perubatan tentang kebaikan bersin?. Memang ada. Pendapat tentang bersin ini
telah diberikan oleh Dr. Michael Fredric Roizen, pakar anesthesiologist dan internist
Amerika Syarikat. Beliau ialah Pengerusi Institut Wellness di Klinik Cleveland
USA. Beliau telah berkata:
"Bersin
merupakan kegiatan yang positif kerana memiliki fungsi membersihkan faring
(rongga antara hidung, mulut dan tenggorok) dan ini adalah perkara yang baik,
sedangkan menahan bersih pula berbahaya
kerana boleh menimbulkan beberapa risiko bahaya.' Ia berbahaya kerana tubuh kita berusaha
menahan kecepatan dari bersin yang tinggi kelajuannya. Kecederaan yang berlaku
pada umumnya di struktur bahagian dalam kepala. Antara risiko itu ialah:
# Boleh akibatkan patah tulang rawan di bahagian hidung
# Pecah gendang telinga
# Gangguan pendengaran
# Retina yang terlepas atau mengalami
emfisema.
9. Maha Suci Allah yang telah mengutuskan Rasulullah untuk
membimbing umat manusia. Bukan setakat
untuk beribadat kepadaNya malah perkara kecil seperti bersin juga diajar oleh
Rasulullah. Bukankah ini petanda nyata
bahawa Islam itu adalah agama yang serba lengkap dan sempurna. Tidak ada lagi agama lain di dunia yang lebih lengkap dari Islam.
“Barangsiapa
yang membuka kesalahan orang lain, maka akan dibukakanlah kesalahan-kesalahan
keturunannya. Barangsiapa yang menghunuskan pedang kezaliman, maka dia akan
terbunuh dengannya. Barangsiapa yang menggali lubang agar saudaranya masuk ke dalamnya,
maka dia sendirilah yang nanti akan jatuh ke dalamnya”.- Mutiara Kata Al-Imam
Jaa’far Assidiq
No comments:
Post a Comment