Friday, 16 October 2015

LAILATUL QADAR: KEBENARANNYA TELAH DISAHKAN SECARA ILMIAH



1.   Dalam Surah Al-Qadar [Kemuliaan](97:1) Allah SWT telah berfirman yang berbunyi:


“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar”,

(97:2)

“Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu?”

(97:3)

“Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan”.

(97:4)

“Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut)”.

(97:5)

“Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.”

2.      Berkaitan dengan lailatul qadar ini Rasulullah SAW telah bersabda tentang tanda-tandanya seperti berikut:

2.1.  Malam yang cerah, tidak panas dan tidak sejuk.  Rasulullah bersabda yang  berbunyi:

 إني كنت أريت ليلة القدر ثم نسيتها و هي في العشر الأواخر من ليتلها و هي لية طلقة بلجة لا حارة و لا باردة كأن فيها قمرا يفضح كواكبها لا يخرج شيطانها حتى يضيء فجرها

“Sesungguhnya aku diperlihatkan Lailatul Qadar kemudian dilupakan dariku dan ia ada di sepuluh terakhir (dari bulan Ramadan) dan ia adalah malam yang baik dan cerah, tidak panas dan tidak pula sejuk, seakan-akan di dalamnya ada bulan purnama yang menerangi bintang-bintang, syaitan-syaitan tidak keluar sampai terbit fajar.” (Hadis Riwayat Ibnu Khuzaimah dan dinilai sahih oleh al-Albani di dalam koreksi beliau terhadap sahih Ibnu Khuzaimah).

2.2.   Pada pagi harinya, matahari terbit tidak memancarkan cahaya yang terik.  Rasulullah SAW bersabda yang berbunyi:

 أَنَّهَا تَطْلُعُ يَوْمَئِذٍ لاَ شُعَاعَ لَهَا

“Matahari terbit pada harinya tidak mempunyai sinar.” (Hadis Riwayat Muslim)



DR.ABDUL BASET
3. Mungkin ada dikalangan orang Islam sendiri yang kurang mempercayai tentang kewujudan malam Lailatu Qadar dalam bulan Ramadan pada setiap tahun. Lebih-lebih lagi kerana mereka sendiri tidak pernah menemuinya. Tahukan kita bahawa kewujudan malam Lailatul Qadar ini telah dapat dibuktikan secara ilmiah?. Seorang saintis Mesir yang juga  Presiden Akademi Mukjizat Ilmiah Al-Quran dan Sunnah Mesir, Dr. Abdul Baset Mohammed As-Sayyid telah mendedahkan bahawa National Aeronautics and Space Administration (NASA) Amerika Syarikat telah menyembunyikan kepada pengetahuan dunia tentang bukti ilmiah kewujudan malam Lailatul Qadar ini. Menurut beliau telah terbukti secara ilmiah bahawa setiap hari pada hari-hari biasa ada 10 bintang dan 20 ribu meteor yang jatuh ke atmosfera bumi kecuali pada hari Lailatul Qadar dimana radiasi cahaya tidak ada sama sekali. Beliau berkata pihak NASA menemui perkara ini hampir 10 tahun lalu. Namun mereka tidak mendedahkan kepada dunia kerana khuatir orang bukan Islam akan tertarik kepada Islam dan mengakui kebenaran agama Islam. Dr. Abdul Baset juga mendakwa bahawa seorang saintis di NASA bernama Carner telah menganut Islam kerana menyakini kebenaran Lailatul Qadar dan beliau dikatakan telah kehilangan jawatannya kerana menganut agama Islam. 

4.    Seorang pakar geologi Islam, Encik Zaglol Najjar memberitahu bahawa pihak NASA pernah membuang satu halaman di laman resmi websitenya setelah ia dipamerkan selama 21 hari. Halaman itu berisi hasil kajian ilmiah tentang cahaya aneh tidak terbatas yang terbit dari Kaabah di Baitullah, Mekah  ke Baitul Makmur di langit.

5.    Betapa pun Barat cuba menyembunyikan kebenaran firman-firman Allah SWT dan penciptaanNya, pastinya satu hari nanti ia akan terbongkar jua.  Kepada Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui kita berserah. Kebenaran agama Islam In shaa Allah akan terus terpelihara kerana itulah janji Allah untuk memelihara agamaNya.

“Syaitan lebih suka untuk menyesatkan orang yang alim daripada orang jahil kerana orang alim apabila sesat maka dia akan turut menyesatkan orang lain dengan kejahilannya sedangkan orang jahil tidak begitu” – Mutiara Kata Imam Abdullah bin Alwi al-Haddad al-Husaini
 Sebahagian kandungan dipetik dari arrahmah.com

No comments:

Post a Comment