1. Salah satu perkara yang diajar oleh Rasulullah SAW kepada umatnya ialah sentiasa mengingati saat kematian. Ia adalah kerana saat sakratul maut itu sangat-sangat sakit dan menyeksakan. Selain dari itu simati yang tidak mempunyai bekalan akhirat yang mencukupi pasti akan merasai derita dan azab yang lebih besar selama masa berada di dalam kubur. Apakah bentuk azabnya? :
2. Perkara Pertama: Himpitan kubur
Semua orang akan merasai himpitan kubur kecuali para nabi. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jika ada yang terselamat dari himpitan ini, dia adalah Saad bin Muaz". Namun diriwayatkan juga Saad juga masih tidak terlepas dari siksaan kubur.
Apa itu himpitan kubur?. Ia adalah perkara pertama yang telah dan akan dirasai semua orang apabila memasuki alam liang lahad.
Bagaimana keadaan himpitan kubur itu?. Ia adalah seperti himpitan seorang ibu kepada anaknya. Himpitan ini berbeza berdasarkan amalan seseorang semasa hidupnya. Siapa yang taat kepada perintah Allah, himpitan kubur berlaku dengan kelembutan. Jika mati dalam maksiat kepada Allah, himpitannnya sangat keras kerana bencinya Allah kepada simati.
Bagi orang kafir, himpitan itu sampai bila-bila, manakala bagi orang mukmin pula ia berlaku pada mula-mula dia dimasukkan dalam kubur sahaja.
2.1. Antara sebab mendapat himpitan kubur:
2.1.1. Cuai ketika membuang air kecil. Dalam ilmu fiqh ini dinamakan istibra’. Istibra’ ialah kaedah menghabiskan sisa-sisa najis yang ada seperti air kencing agar hilang rasa was-was ia masih ada.
2.1.2. Akibat pernah melakukan sesuatu kesalahan tetapi kita biarkan kesalahan itu terus berlaku.
2.1.3. Kurangnya rasa syukur dalam hidup. Berapa ramaikah orang yang bangun dari tidur mengucapkan “Alhamdulillah”. Masya Allah. Perkara yang semudah inipun gagal dilakukan!.
(a) Dari Abu Yahya Shuhaib bin Sinan ra katanya, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Memang sangat menakjubkan orang mukmin itu, kerana segala urusannya sangat baik baginya dan itu tidak akan terjadi kecuali bagi seseorang yang beriman di mana apabila mereka mendapat kesenangan dia bersyukur. Maka yang demikian itu sangat baik baginya. Dan apabila dia ditimpa kesusahan dia akan bersabar. Maka yang demikian itu sangat baik baginya”.(Hadis Riwayat Muslim).
(b) Himpitan kubur itu berbeza dengan siksaan kubur. Himpitan kubur berlaku sebelum kubur ditutup. Seksaan kubur pula berlaku selepas kubur ditutup.
3. Perkara Kedua: Apa yang dirasai oleh mayat ketika di turunkan ke liang lahad ialah gerakan 2 kaki. Itu adalah amalan kita yang dilakukan semasa hidup. Amalan itu dapat berbicara, katanya: “Wahai manusia, ketika ini sudah berpisah kamu dengan keluarga dan teman kamu. Hanya aku amal kamu yang akan menemani kamu”.
4. Perkara Ketiga: Amal itu akan memukul paha kiri kita. Kata mayat, “Kalau aku tahu hanya kamu yang akan mengikuti aku, akan aku utamakan kamu melebihi segalanya.”
5. Perkara Keempat: Perasaan takut yang amat sangat, iaitu apabila berdirinya dua malaikat Munkar dan Nankir. Semasa hidup di dunia tidak ada rasa takut kepada Allah. Berhadapan dengan dua malaikat ini mayat akan merasa sangat takut. Takut yang sangat luar biasa.
Petikan dari ceramah Ustaz
Ahmad Dusuki bin Abdul Rani di Radio IKIM pada 1.10.2015.
“Hiduplah sesuka
hatimu, sesungguhnya kamu pasti mati. Cintai siapa saja yang kamu senangi,
sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya. Lakukan apa saja yang kamu
kehendaki, sesungguhnya kamu akan memperolehi balasannya. Dan ingatlah bahawa
bersama kesulitan itu sentiasa akan timbul kesenangan” – Mutiara Kata Ibnu
Abbas ra.
No comments:
Post a Comment