Wednesday, 14 October 2015

KEBENARAN SABDA RASULULLAH SAW TENTANG LUAS PINTU SYURGA




1.   Dalam sebuah hadis dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang berbunyi:

 والذينفسمحمدبيدهإنمابينالمصراعينمنمصاريعالجنةلكمابينمكةوهجر

أوكمابينمكةوبصرى

“Demi Dzat yang jiwaku berada ditanganNya. Sungguh jarak antara dua pintu (yang ada daun pintunya) dari pintu-pintu syurga seperti antara Mekah dengan Hajar atau seperti antara Mekah dengan Bushra.” (Hadis Riwayat Muslim).

2.   Ucapan Rasulullah ini telah dilafazkannya lebih 1,400 tahun yang lampau di zaman yang tidak ada alat kelengkapan moden atau teknolgi ciptaan manusia seperti GPS, satelit, pesawat ataupun roket luar angkasa. Ribuan tahun lamanya ucapan Rasulullah ini tidak dapat dibuktikan.  Namun sesungguhnya Allah SWT maha mengetahui apa yang dirancangkanNya. Pada tahun 2012 lalu seorang  ilmuan Islam, Sheikh Abdul Majidaz-Zindany telah mengumumkan kebenaran sabda  Rasulullah ini. Katanya dengan menggunakan google earth kini disahkan bahawa jarak antara Makkah-Hajar sama jauhnya dengan jarak antara Makkah-Bushra, iaitu1,272 km.  Mungkin inilah jarak pintu syurga.

3. Maha suci Allah yang telah mengilhamkan kepada kekasihnya untuk bersabda tentang perkara ini. Sebagai seorang manusia yang ummi, iaitu buta huruf dan tidak tahu membaca dan menulis serta berada di padang pasir, adalah musathil sama sekali bagi Rasulullah untuk mengetahui persamaan jarak antara Mekah – Hajar dan Mekah – Bushra itu. Penemuan ini membuktikan bahawa sabda Rasulullah itu  datangnya dari Allah SWT, tuhan yang Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui. Subhanallah.  Luasnya pintu syurga.  Bolehkah kita bayangkan berapa besarnya syurga itu sendiri yang telah Allah sediakan untuk hambaNya yang beriman dan bertaqwa kepadaNya jika pintunya sahaja sepanjang 1,272 km.

4.  Tidakkah ada keinginan untuk kita menghuni syurga yang sebegitu besar. Jika di dunia yang sementara ini pun kita mencari rumah besar untuk dijadikan tempat tinggal, masakan pula di akhirat tidak mahu rumah yang besar dan selesa.  Bukankah pelik bunyinya. Justeru berusahalah kita untuk menempah tiket ke syurga.

“Orang akan tetap menjadi ahli ilmu yang sejati selama dia masih menuntut. Tetapi apabila pada suatu ketika dia berkata ‘aku sudah pandai’, maka sesungguhnya dia sudah menjadi bodoh dengan sendirinya”. – Mutiara Kata Luqman Hakim

Sebahagian kandungan dipetik dari blog eramuslim.com

No comments:

Post a Comment