1. Abu Hurairah ra berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang
berbunyi :
"Tidak
akan berlaku kiamat sehinggalah orang Islam memerangi bangsa Yahudi sehingga
bangsa Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu. Batu dan pohon
kayu akan berkata, "Wahai orang
Islam, orang Yahudi berada dibelakang aku. Marilah, dan bunuhlah mereka,
kecuali pohon gharqad (sejenis pokok yang berduri), kerana sesungguhnya pokok
ini adalah pokok Yahudi,”(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
2. Sesungguhnya tidaklah berkata-kata Rasulullah itu melainkan
ianya dari hidayah dan petunjuk Allah SWT. Apa yang diramalkan oleh Rasulullah
wajib akan berlaku kerana hakikatnya ia adalah dari Allah SWT jua. Hadis di
atas memberikan jaminan dan harapan kepada orang Islam bahawa satu hari nanti
mereka akan menyerang dan berjaya mengalahkan bangsa Yahudi.
3. Hadis di atas menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu
waktu hampir kiamat. Pada waktu itu tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal
akan berperang dengan orang Islam. Dalam peperangan tersebut orang Islam berjaya
membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di
sebalik mana-mana batu ataupun pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin
Allah SWT pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang
berlindung di sebaliknya. Namun demikian hanya satu jenis pokok yang berdiam
diri dan akan memberi pertolongan kepada Yahudi iaitu pokok gharqad.
4. Kebelakangan ini diberitakan orang-orang Yahudi di Israel sedang
giat menanam pokok qharqad secara meluas sebagai persediaan menghadapi tentera
Islam di akhir zaman. Usaha penanaman pokok gharqad ini membuktikan bahawa
orang Yahudi sebenarnya menyedari kebenaran agama Islam dan hadis Rasulullah
SAW. Hanya kerana kesombongan dan sikap bongkak mereka sahaja yang menyebabkan mereka
menolak ajaran Islam, malah sebaliknya terus berusaha memusuhi dan memerangi
umat Islam sepanjang masa.
PERDANA MENTERI ISRAEL, BENJAMIN NETANYAHU (TENGAH) TURUT SERTA DALAM KEMPEN MENANAM POKOK GHARQAD |
MENANAM POKOK GHARQAD
LADANG POKOK GHARQAD DI ISRAEL |
BUAH POKOK GHARQAD |
5. Pokok gharqad adalah pokok African Boxthorn dari keluarga
Solanaceae. Ia sejenis pokok yang berduri dan mempunyai dahan yang
berjalin-jalin. Dikategorikan sebagai beracun. Buahnya seperti buah tomato
bersaiz diameter 1 cm sahaja. Daunnya bewarna hijau muda. Bunganya kecil dan
berwarna putih dengan tompok-tompok ungu.
6. Sabda Rasulullah di atas adalah bersesuaian dengan firman Allah SWT dalam Surah
Al-Israq[Memperjalankan Waktu Malam](17:4)
yang berbunyi:
“Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam
Kitab itu: “Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua
kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.
(17:5)
“Maka
apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari
dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat
gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau
(membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu
janji yang tetap berlaku”.
(17:6)
“Kemudian
(setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk
mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan
dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.
(17:7)
“Jika
kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk
diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik
kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan
derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan
muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (Baitul
Maqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk
menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya”.
(17:8)
“Mudah-mudahan
Tuhan kamu akan mengasihani kamu (kalau kamu bertaubat); dan jika kamu kembali
(menderhaka), maka Kami pula akan kembali (menyeksa kamu di dunia); dan kami
telah jadikan neraka: penjara bagi orang-orang kafir (pada hari akhirat)”.
7. Maha benarnya firman Allah SWT dan ramalan Rasulullah lebih
1400 tahun lalu. Fikir, renung dan
saksikanlah apa yang telah dan sedang
berlaku kini. Kejahatan pertama orang Yahudi ialah apabila mereka membunuh Nabi
Yahya (John the Baptist) dan Nabi Isa (Jesus) dengan cara menyalibnya. Namun dari perspektif Islam, Nabi Isa tidak disalib, sebaliknya baginda diangkat ke langit dan diselamatkan oleh Allah SWT.
Kemudian mereka telah dihalau dari Jerusalem oleh orang-orang Romawi
yang menyebabkan mereka bertebaran diseluruh dunia. Masa surah ini diturunkan
kepada Rasulullah orang Yahudi tidak ada negara. Namun Quran kata satu hari nanti bangsa
Yahudi akan jadi bangsa yang kuat. Masa
ayat itu turun orang tidak dapat berfikir bagaimana bangsa Yahudi yang
bertebaran dan dihina itu akan jadi kuat.
Oleh kerana itu ada yang berfikir firman Allah itu tidak betul. Berabad
kemudiannya, janji Allah menjadi kenyataan iaitu apabila dengan muslihat jahat
bangsa Yahudi maka pada tahun 1948 termetrilah Perjanjian Balfour yang disokong
Amerika, Britain serta bangsa barat lain. Melaluinyalah bangsa Yahudi boleh balik
semula ke Palestin dan menubuhkan negara Israel. Sejak dari itu mereka mula membunuh rakyat
Palestin dan bangsa Arab lain yang berjiran dengannya. Inilah kejahatan kedua yang disebut dalam Al-Quran.
8. Balfour diambil dari nama bekas Setiausaha Luar British, Arthur
James Balfour. Beliau telah menulis surat kepada pemimpin Yahudi Britain, Lord
Rothschild untuk dikirimkan kepada Persekutuan Zionis. Surat tersebut menyatakan simpati dari
Kabinet Britain kepada aspirasi Zionis Yahudi.
9. Sejak tahun 1948 itu bangsa Yahudi telah merampas tanah
penduduk Islam Palestin. Dan sejak tahun 2006 sampai sekarang mereka mengepung
Gaza sehingga sekitar 1.5 juta penduduk Gaza terkurung dari dunia luar.
Berbagai usaha kemanusiaan untuk membantu mereka telah digagalkan oleh Israel. Tidak
ada kekuatan di dunia ini yang mampu menghentikan kejahatan Israel. Pengepungan
dan pemenjaraan rakyat Palestin oleh tentera Israel dibuat dengan cara pembangunan
tembok pemisah yang dimulai pada 16 Jun 2002 dengan alasan untuk menjaga
keselamatan rakyat Israel. Panjang tembok tersebut mencapai 721 km dengan ketinggian 8 meter.
10. Persoalannya apakah kekuatan yang mampu menghancurkan Israel?. Rasulullah
SAW telah bersabda yang bermaksud: “Akan
muncul dari Khurasan (Afghanistan) bendera-bendera hitam, maka tidak ada
seorang pun yang mampu mencegahnya, sehingga bendera-bendera itu dicacakkan di
Eliya (al-Quds)“. (Hadis Riwayat Ahmad, Termizi).
11. Sesungguhnya kemusnahan bangsa Yahudi ini pasti dan wajib akan berlaku kerana ia telah difirmankan oleh Allah SWT dan disabdakan oleh Rasulullah SAW. Apakah mampu orang Islam mengalahkan bangsa Yahudi ini?. Sesungguhnya sejarah telah merakamkan bagaimana tentera yang kecil mampu mengalahkan musuh yang jauh lebih besar dan mempunyai persenjataan yang canggih. Lihat sahaja sejarah Perang Badar, penaklukan Andalusia oleh tentera Tariq bin Ziyad (artikel yang saya terbitkan pada 27.2.2015), kemenangan tentera Islam pimpinan Salahuddin Al-Ayubi dalam Perang Salib, penaklukan Kota Konstantinapol oleh Sultan Muhammad al-Fateh (artikel yang saya terbitkan pada 4.1.2015). Kesemua perang ini berjaya dimenangi oleh tentera Islam kerana adanya pertolongan dari tentera-tentera Allah SWT yang tidak dapat dilihat manusia. Pertolongan Allah wajib akan datang jika sesuatu peperangan itu bersandarkan kepada keimanan, ketaqwaan dan ia dilakukan semata-mata kerana agama Allah SWT dan untuk mencari mati syahid.
12. Soalnya bilakah kebenaran firman Allah dan sabda Rasulullah ini akan menjadi realiti?. Wallahuaklam. Yang pasti kejadian itu nanti adalah sebagai balasan Allah SWT ke atas kejahatan dan kedurjanaan bangsa Yahudi kepada umat Islam khususnya dan umat manusia amnya.
12. Soalnya bilakah kebenaran firman Allah dan sabda Rasulullah ini akan menjadi realiti?. Wallahuaklam. Yang pasti kejadian itu nanti adalah sebagai balasan Allah SWT ke atas kejahatan dan kedurjanaan bangsa Yahudi kepada umat Islam khususnya dan umat manusia amnya.
“Kebaikan itu ada pada lima perkara iaitu mampu mengawal diri,
menjauhkan diri daripada menyakiti orang lain, menggunakan rezeki yang halal,
berserah diri kepada Allah dan menyakini segala kekuasaan Allah”- Mutiara Kata
Imam Syafie Rahimahullah.
No comments:
Post a Comment