MEHRAB RASULULLAH SAW DI DALAM MASJID NABAWI, MADINAH |
1. Dalam Surah Al-Furqan[Pembeza](25:56) Allah SWT berfirman yang berbunyi:
“Dan
tidaklah Kami mengutuskan engkau (Muhammad) melainkan hanya sebagai pembawa
khabar gembira dan pemberi peringatan”
2. Saiyidatina Aisyah menceritakan Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:
2. Saiyidatina Aisyah menceritakan Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:
“Empat
perkara, seorang Islam yang meninggal pada salah satu dari empat perkara ini
pasti akan mendapat hak jaminan atas Allah bagi memasukkannya ke dalam syurga :
Seorang keluar untuk berjihad. Siapa yang
meninggal dunia kerana mengharap keredaanNya, maka hal itu merupakan jaminan
atas Allah. Seorang yang mengiringi jenazah,
jika dia meninggal kerana mengharap keredaanNya, maka hal itu merupakan jaminan
atas Allah. Seorang yang berwuduk dan membaguskan
wuduknya kemudian pergi ke masjid untuk solat, jika dia meninggal kerana
mengharapkan keredaanNya, maka hal itu merupakan jaminan atas Allah. Seorang berada dalam rumahnya tidak mengumpat orang Islam dan tidak membangkitkan marahnya,
jika dia meninggal kerana mencari keredaanNya, maka hal itu merupakan jaminan atas
Allah”.
3. Huraian sabda di atas ialah:
3.1. Orang yang berjihad pada jalan Allah lalu
terkorban. Pejuang yang mati dalam peperangan melawan orang kafir atau
mempertahankan negara dan orang Islam adalah mati syahid yang membolehkannya ke
syurga.
3.2. Orang yang mengiringi jenazah ke kubur lalu
dia mati dalam perjalanannya itu maka layaklah baginya memasuki syurga.
3.3. Orang yang berwuduk dengan sempurna dan kemudia
ke masjid untuk solat berjamaah lalu mati dalam perjalanannya maka berolehlah
syurga baginya.
3.4. Orang yang menjaga pertuturannya hingga tidak
mengumpat atau memfitnah orang lain.
Memelihara lidah adalah amalan yang sukar. Justeru itu, kemampuan seseorang mengawal
lisannya adalah amalan yang hebat dan layak menapat jaminan syurga Allah. Menjaga
perasaan orang lain dan tidak melakukan perkara yang boleh menimbulkan
kemarahan dan kebencian orang.
Petikan dari buku: “Khutbah
Rasulullah: Wasiat Agung Buat Umat Tercinta.”
“Orang yang menzalimi diri sendiri ialah mereka yang tunduk dan patuh
pada mereka yang tidak menghormatinya, mengharapkan kemanisan pada sesuatu yang
tidak memberi manfaat kepadanya dan menerima pujian daripada mereka yang tidak
dikenalinya.” – Mutiara Kata Imam Syafie Rahimahullah.
No comments:
Post a Comment