1. Dalam
Surah Al-Furqan[Pembeza](25:56) Allah SWT berfirman yang berbunyi:
“Dan tidaklah Kami mengutuskan engkau (Muhammad) melainkan hanya
sebagai pembawa khabar gembira dan pemberi peringatan”.
2. Abu Zarr Al-Ghifari berkata Rasulullah SAW menasihatkannya dalam tujuh perkara;
“Mencintai
orang miskin dan mendekati mereka, menyuruhku agar aku melihat orang yang lebih
rendah dari aku dan agar aku tidak melihat orang yang tinggi dari aku. Beliau menyuruhku agar aku menyambung tali
persaudaraan meski pun aku dijauhi.
Menyuruhku agar aku tidak meminta sesuatu pun kepada seseorang,
menyuruhku agar aku mengucapkan kebenaran meskipun pahit, menyuruhku agar aku
tidak peduli terhadap celaan orang yang suka mencela kerana Allah dan beliau
menyuruhku agar aku memperbanyakkan menyebut perkataan “lahaaula
walaquwwataillah billah” kerana ia merupakan simpanan di bawah Arsy.”
Dalam satu riwayat disebutkan,
“Dan beliau menyuruhku agar aku mencintai
orang miskin dan duduk bersama mereka”.
(Hadis Riwayat Ahmad dan
At-Tabrani)
3. Intisari nasihat Rasulullah itu ialah:
3.1. Mengasihi dan mendekati golongan fakir miskin
yang memerlukan bantuan.
3.2. Tidak pilih kasih dalam sebarang urusan dan
perlu adil dalam menilai golongan bawahan dan atasan.
3.3. Mengeratkan ikatan tali persaudaraan walaupun
saudara mara yang lain cuba menghindari.
3.4. Jangan sesekali meminta-minta dari orang
lain.
3.5. Mengungkap dan mempertahankan kebenaran walau
pun hakikat kebenaran itu sangat sukar.
3.6. Tidak mempedulikan cemuhan dan kritikan
golongan yang suka mencela orang lain.
3.7. Memperbanyakkan lafaz:
“Orang yang paling aku sukai adalah orang yang menunjukkan
kesalahanku”. ~ Mutiara Kata Khalifah ‘Umar Al Khattab
No comments:
Post a Comment