“Dan
(ingatlah), ketika Kami menjadikan rumah itu (Baitullah) tempat berkumpul bagi
manusia dan tempat yang aman. Dan jadikanlah sebahagian maqam Ibrahim tempat solat.
Dan telah Kami perintahkan kepada Ibrahim dan Ismail: "Bersihkanlah
rumahKu untuk orang-orang yang tawaf, yang i'tikaf, yang ruku' dan yang sujud".
{Petikan dari Surah Al-Baqarah[Lembu
Betina](2:125)}
1. Apakah rahsia yang terselindung di Kota Mekah yang menempatkan
Kaabah yang sangat mulia itu. Terdapat 15 perkara tentang keistimewaannya:
1.1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti
paling stabil di dunia.
1.2. Tekanan gravitinya tinggi. Di situlah
berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
1.3.
Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imuniti badan
untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.
1.4. Graviti tinggi menyebabkan elektron ion negatif
yang berkumpul di situ tinggi. Justeru doa akan termakbul kerana di situ adalah
tempat gema atau ruang dan masa serentak.
1.5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang
tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron
menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan
ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya
kepada Allah.
1.6. Gelombang radio tidak boleh mengesan
kedudukan Kaabah.
1.7. Teknologi satelit pun tidak boleh meneropong
apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca
apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
1.8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya,
mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak.
Sebab itulah jika solat di Masjidil Haram walaupun di tempat yang terbuka tanpa
bumbung kita masih terasa sejuk.
1.9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat
persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ berlakunya pemusatan
tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.
1.10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara
automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif dan menghasilkan sel darah.
1.11.
Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara
semula jadi daripada alam semesta. Semua yang ada di alam ini bergerak mengikut
lawan jam. Allah telah menentukan hukumnya begitu.
1.12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh
manusia adalah mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Kaabah mengikut
lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya
akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa
bertenaga, sihat dan panjang umur.
1.13.
Bilangan tujuh untuk tawaf dan saie itu adalah simbolik kepada tidak terhingga
banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak.
Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak
terhad jumlahnya.
1.14.
Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki)
adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus
dari Kaabah. Sebab itulah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula
sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan
digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.
1.15.
Selepas selesai tawaf dan saei barulah kita bercukur atau tahalul. Tujuannya
untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di
sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala
kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh badan.
“Tiga macam yang tidak diketahui kecuali pada tiga macam:
1. Orang yang sabar tidak diketahui kecuali ketika marah.
2. Orang yang berani tidak diketahui kecuali ketika perang
3. Saudara tidak diketahui kecuali ketika berhajat (ada
kepentingan)”
- Mutiara Kata Luqman Al-Hakim
Sebahagian sumber dari Detikislam.blogspot.com
No comments:
Post a Comment