1. Dalam Surah Al-Imran [Keluarga Imran](3:14) Allah
SWT telah berfirman yang berbunyi:
“Dijadikan
indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa yang diingini, iaitu:
wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas dan perak, kuda
pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di
dunia, dan di sisi Allah tempat kembali yang baik (syurga).”
2. Sebagai pencipta manusia, Allah mengetahui apa yang sangat
diminati oleh manusia. Harta menduduki tempat ketiga selepas wanita dan
anak-anak. Memang benar manusia sejak
dari zaman dahulu hingga kini malah selamanya akan meminati harta. Malah ada orang yang sanggup menggadai nyawa
kerana mencari harta kekayaan dunia.
Rela meninggalkan suruhan Allah SWT dan melanggar perintahNya kerana menegejar
harta. Di dalam Surah Al-Qashah[Kesah-Kesah] Allah
telah merakamkan kesudahan kehidupan seorang manusia bernama Qarun yang sangat
cinta dan kasih kepada harta. Qarun yang hidup sezaman dengan Nabi Musa lebih
3000 tahun lalu telah dibinasakan oleh Allah bersama-sama hartanya kerana
kesombongan dan ingkar kepada perintah Allah. Sebagai perbandingannya manusia
dengan harta ialah seperti semut dengan gula.
Semut akhirnya mati kerana gula.
Begitulah juga bagi sebilangan manusia yang sanggup mati atau kesudahannya mati kerana mengejar harta.
3. Allah telah mengetahui bahawa manusia akan rosak kerana
mengejar harta. Setelah dikurniakan
harta manusia tidak mampu mengurusnya mengikut jalan yang telah ditentukan oleh
Allah. Melalui posting kali ini dan berikutnya kita akan sama-sama mengikuti
apakah peringatan Allah dalam Al-Quran tentang harta. Peringatan itu ialah
dalam surah-surah berikut:
3.1. HARTA
TIDAK DAPAT MENEBUS DIRI DARIPADA SEKSAAN DAN AZAB ALLAH
3.1.1. Dalam surah Ar-Ra’ad[Guruh](13:18) Allah berfirman yang berbunyi:
“Bagi orang-orang yang memenuhi seruan
Tuhannya, (disediakan) pembalasan yang baik. Dan orang-orang yang tidak
memenuhi seruan Tuhan, sekiranya mereka mempunyai semua (kekayaan) yang ada di
bumi dan (ditambah) sebanyak isi bumi itu lagi besertanya, nescaya mereka akan
menebus dirinya dengan kekayaan itu. Orang-orang itu disediakan baginya hisab
yang buruk dan tempat kediaman mereka ialah neraka Jahanam dan itulah
seburuk-buruk tempat kediaman.
3.1.2.
Dalam surah Al Imran[Keluarga
Imran](3:10) Allah berfirman yang berbunyi:
“Sesungguhnya orang-orang yang kafir,
harta benda dan anak-anak mereka, sedikitpun tidak dapat menolak (siksa) Allah
dari mereka. Dan mereka itu adalah bahan bakar api neraka”.
(3:116)
“Sesungguhnya orang-orang yang kafir baik
harta mereka maupun anak-anak mereka, sekali-kali tidak dapat menolak azab
Allah dari mereka sedikitpun. Dan mereka adalah penghuni neraka; mereka kekal
di dalamnya”.
3.2. HARTA TIDAK BOLEH HANYA BERLEGAR DALAM
KALANGAN ORANG-ORANG KAYA SAHAJA
Dalam
surah Al-Hasyr[Pengusiran](59:7) Allah
berfirman yang berbunyi:
“Apa saja harta rampasan yang diberikan
Allah kepada RasulNya (dari harta benda) yang berasal dari penduduk kota-kota
maka adalah untuk Allah, untuk Rasul, kaum kerabat, anak-anak yatim,
orang-orang miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan, supaya harta itu
jangan beredar di antara orang-orang kaya saja di antara kamu. Apa yang
diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka
tinggalkanlah. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat keras
hukumannya”.
3.3. HARTA
ITU ADALAH UJIAN DARI ALLAH
3.3.1. Dalam surah Al-Baqarah[Lembu Betina](2:155) Allah berfirman yang berbunyi:
“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan
kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan
buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.”
3.3.2. Dalam surah Al-Imran[Keluarga Imran](3:186) Allah berfirman yang berbunyi:
“Kamu sungguh-sungguh akan diuji terhadap
hartamu dan dirimu. Dan (juga) kamu sungguh-sungguh akan mendengar dari
orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan dari orang-orang yang
mempersekutukan Allah, gangguan yang banyak yang menyakitkan hati. Jika kamu
bersabar dan bertakwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang
patut diutamakan.”
3.4. HARTA BOLEH
MENJADI PENGHALANG KEPADA JALAN ALLAH
Dalam
surah At-Taubah[Pengampunan](9:24) Allah
berfirman yang berbunyi:
“Katakanlah: “jika bapa-bapa , anak-anak ,
saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu
usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu
sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNya dan dari berjihad di
jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya”. Dan Allah
tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.”
3.5. SURUHAN
MENAFKAHKAN HARTA YANG BAIK-BAIK
Dalam
surah Al-Baqarah[Lembu Betina](2:267)
Allah berfirman yang berbunyi:
“Wahai orang-orang yang beriman,
nafkahkanlah (di jalan Allah) sebahagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan
sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah
kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu menafkahkan daripadanya, padahal kamu
sendiri tidak mau mengambilnya melainkan dengan memalingkan mata terhadapnya.
Dan ketahuilah, bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.”
3.6. HARTA
TIDAK MAMPU MENYATUKAN HATI-HATI MANUSIA
Dalam
Surah Al-Anfal[Harta Rampasan Perang](8:63)
Allah berfirman yang berbunyi:
“Dan yang mempersatukan hati mereka
(orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang
berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi
Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha
Bijaksana.”
4. Dalam keadaan kita sibuk berebut harta dunia yang tidak di cari
oleh Rasulullah SAW itu, kita jangan sama sekali lupa akan amaran dan
peringatan dari Allah SWT seperti di atas.
Janganlah kita jadi penghuni neraka kerana leka mencari harta dunia
ataupun memperolehinya dengan jalan yang di murkai oleh Allah.
“Barangsiapa
yang membuka kesalahan orang lain, maka akan dibukakanlah kesalahan-kesalahan
keturunannya. Barangsiapa yang menghunuskan pedang kezaliman, maka ia akan
terbunuh dengannya. Barangsiapa yang menggali sumur agar saudaranya masuk ke
dalamnya, maka ia sendirilah yang nanti akan jatuh ke dalamnya”.- Mutiara Kata
Al-Imam Jaa’far Assidiq
No comments:
Post a Comment