"Hai orang-orang beriman, apabila diseru untuk menunaikan solat Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui". (Surah Al-Jumu'ah, ayat 9)
1. Hari Jumaat adalah satu-satunya hari yang disebut dalam Al-Quran. Ia dinamakan sebagai salah satu surah (bab) dalam Al-Quran. Surah Al-Jumu’ah merupakan surah ke-62 dalam Al-Qur’an. Surah ini tergolong dalam surah Madaniyah yang terdiri atas 11 ayat. Dinamakan Al-Jumu’ah yang bererti Hari Jumaat kerana ia diambil dari perkataan Jumu’ah yang terdapat pada ayat ke 9 dalam surah ini.
2. Hari Jumaat ialah penghulu segala hari. Ia
juga dipanggil Saidul aiyyam. Hari yang
istimewa untuk orang Islam. Hari yang
diwajibkan kepadanya untuk bersolat Jumaat. Sebagai penghulu segala hari,
apakah kelebihan-kelebihan hari Jumaat. Semoga Jumaat kali ini menjadikan kita
lebih berjaya, lebih cemerlang lagi dari sebelumnya. Terdapat 6 kelebihan hari
Jumaat:
2.1. NABI ADAM DICIPTAKAN
DAN JUGA DIKELUARKAN DARI SYURGA.
Hari Jumaat memang istimewa. Pada hari inilah manusia pertama,
iaitu Nabi Adam telah diciptakan oleh Allah SWT. Pada hari ini jugalah beliau
diperintahkah oleh Allah untuk keluar
daripada syurga dan tinggal dibumi yang bernama dunia ini. Daripada Abu
Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud: “Sebaik-baik hari yang
terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada
hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”
2.2. PENGHULU SEGALA
HARI.
Hari Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana
Islam telah meletakkan Jumaat itu ketua segala hari dan ganjarannya lebih
sedikit berbanding hari-hari yang lain. Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang
diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud: “Jumaat
dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik
hari).”
2.3. BERLAKUNYA HARI
KIAMAT.
Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya
hari kiamat. Dalam suatu riwayat, Rasulullah SAW pernah bersabda yang
bermaksud: “Pada hari Jumaat juga kiamat
akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu
daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis Riwayat
Muslim).
2.4. SELAMAT DARI FITNAH
KUBUR BAGI ORANG YANG MATI PADA HARI JUMAAT.
Rasulullah SAW pernah bersabda: “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat,
melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.” Jadi, sama-samalah
kita berdoa semoga Allah memilih kita untuk dimatikan pada malam ataupun Hari
Jumaat.
2.5. MAKBULNYA DOA DI
ANTARA DUA KHUTBAH JUMAAT.
Ramai ulamak yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca
di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama
dan khutbah kedua. Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud,
“Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia
sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.”
Dan rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja
waktu itu. Abi Burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau
pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa
Rasulullah SAW pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah
waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.
2.6. KEBAIKAN DENGAN
MEMOTONG KUKU.
Peliharalah kebersihan kita. Jadikanlah amalan memotong kuku
pada Hari Jumaat. Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari
Jumaat nescaya Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya
keselamatan.”
3. Marilah sama-sama kita jadikan Hari Jumaat
kali ini lebih bererti, lebih bermakna dari sebelumnya. Berusahalah untuk
melebihkan sedikit amalan baik kita pada hari Jumaat. Kalau sebelum ini
selalunya rasa macam malas nak berselawat
atau berzikir, maka jadikanlah Hari Jumaat untuk kita lebih bersemangat
untuk berselawat, berzikir, beristighfar dan seumpamanya. Rasulullah pernah
menyebut barang siapa yang banyak beristighfar, maka Allah akan bagi jalan
keluar untuk setiap masalah yang dihadapinya.
“Orang akan tetap menjadi ahli ilmu yang sejati
selama dia masih menuntut. Tetapi apabila pada suatu ketika dia berkata ‘aku
sudah pandai’, maka sesungguhnya dia sudah menjadi bodoh dengan sendirinya”. –
Mutiara Kata Luqman Hakim
No comments:
Post a Comment