“Dan
belanjakanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum
datang kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu dia berkata: "Ya
Rabb-ku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sampai waktu yang
dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang
soleh?"
2. Dalam firman di atas kenapakah Allah tidak menyebut meminta
menangguhkan kematian untuk mengerjakan solat, umrah, berpuasa atau membuat
kebajikan yang lain. Dalam konteks ini berkata
seorang ulama : “Tidaklah seseorang yang telah mati itu menyebut untuk
bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yang telah dilihatnya selepas kematiannya.”
Maka hendaklah kita sentiasa memperbanyakkan bersedekah kerana sesungguhnya
seorang mukmin akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat
nanti.
3. Bersedekahlah untuk kedua orang tua kita yang telahpun meninggal dunia
kerana sesungguhnya mereka amat berharap untuk kembali ke dunia untuk
bersedekah dan melakukan amalan soleh. Oleh itu realisasikanlah harapan mereka dengan memperbanyakkan bersedekah dengan meniatkan pahalanya untuk mereka.. Latihlah anak-anak kita supaya
membiasakan diri dengan bersedekah. Semoga amalan itu dilakukan oleh mereka untuk kita setelah kita berada di alam barzakh nanti. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran pahala yang besar kepada
orang yang bersedekah.
4. Adakah kita mengetahui tentang kelebihan dan faedah bersedekah?.
Antaranya ialah:
4.1. Sedekah itu adalah
salah satu pintu dari pintu-pintu syurga.
4.2. Sebaik-baik
amalan yang soleh dan sebaik-baik sedekah ialah memberi makan.
4.3. Pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada
hari kiamat dan melepaskanya dari azab neraka.
4.4. Dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan
kubur.
4.5. Sebaik-baik hadiah buat simati, yang paling
bermanfaat untuknya di alam barzah.
4.6. Sedekah adalah satu kaedah penyucian harta
dan jiwa serta dapat menggandakan kebaikan.
4.7. Boleh menjadi punca kegembiraan sipemberi dan
punca wajahnya bercahaya di hari kiamat.
4.8. Ia boleh menjadi pengaman dari ketakutan pada
hari huru hara besar iaitu hari kiamat.
4.9. Boleh menjadi punca keampunan bagi dosa dan
penghapusan dari kejahatan.
4.10. Salah satu dari amalan orang yang terbaik dikalangan
manusia.
Kupasan
dari kitab “Ziarah Ke Alam Barzakh” (Al Imam Jalaluddin As-Suyuti)
5. Jomlah kita berlumba-lumba untuk bersedekah. Itu adalah salah satu dari sumber kekayaan
kita di akhirat nanti. Ingatlah bahawa salah satu dari kesukaan Rasulullah SAW
ialah bersedekah. Ikutlah sunnah Rasulullah
agar kita termasuk dalam kalangan orang yang disayangi Allah dan Rasulullah.
“Orang yang
paling aku sukai adalah orang yang menunjukkan kesalahanku”. ~ Mutiara kata
Khalifah ‘Umar Al Khattab
No comments:
Post a Comment