Dari Jabir bin Abdullah r.a
katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Setiap penyakit ada ubatnya. Apabila ditemukan ubat yang tepat
untuk suatu penyakit, maka akan sembuhlah penyakit itu dengan izin Allah 'azza
wajalla." [4084] Sahih Muslim.
1. Sudah menjadi kelaziman bagi orang Islam sendiri untuk mencari
ubat-ubat moden untuk menyembuhkan penyakit.
Ubat ubatan moden ini berkemungkinan diperbuat dari campuran bahan kimia
yang sebenarnya tidak sihat untuk badan kita.
Sebagai orang Islam kenapa kita tidak berusaha untuk merawat penyakit
dengan cara yang telah diajar dan disarankan oleh Rasulullah SAW sendiri.
2. Di bawah ini dijelaskan sebahagian daripada rawatan melalui
penawar yang dinyatakan dalam Al-Quran dan juga sunnah Rasulullah iaitu seperti habbatus sauda (jintan hitam),
air zam-zam, madu dan minyak zaitun. Dengan izin Allah SWT, in sha Allah dapat menyembuhkan berbagai macam jenis penyakit:
2.1. HABBATUS
SAUDA (JINTAN HITAM)
2.1.1.
Nama lain bagi Habbatus Sauda adalah Nigella Sativa, al-Karawiyyah as-Sauda',
al-Kamoun al-Aswad, asy-Syuniz, black cumin, black seed, coal oil dan carazna.
2.1.2.
Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya di dalam habbatus sauda (jintan hitam) terdapat penyembuh
bagi segala macam penyakit kecuali kematian” (Hadis Riwayat Bukhari dan
Muslim).
2.1.3.
Imam Ibnu Qayyim al Jauziyah berkata: ‘Jintan hitam memiliki banyak sekali
khasiat. Erti dari sabda Rasulullah: “Penawar
segala jenis penyakit“, seperti firman Allah, “Menghancurkan segala sesuatu
dengan perintah Rabb-nya”, iaitu segala sesuatu yang boleh hancur. Jintan hitam memang berkhasiat untuk mengubati
pelbagai jenis penyakit.
2.2.
AIR ZAM-ZAM
2.2.1.
Pertama, air zam-zam adalah air yang penuh keberkatan. Ia adalah sebaik-baik
air di muka bumi ini. Rasulullah SAW
bersabda yang berbunyi:
خَيْرُ مَاءٍ عَلَى وَجْهِ الأَرْضِ مَاءُ زَمْزَمَ فِيهِ طَعَامٌ مِنَ الطُّعْمِ وَشِفَاءٌ مِنَ السُّقْمِ
“Sebaik-baik air di muka bumi adalah air
zam-zam. Air tersebut boleh menjadi makanan yang mengenyangkan dan boleh juga
mengubati penyakit.”
2.2.2.
Dari Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu, katanya Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud: “Air zam-zam itu penuh
keberkatan. Ia makanan yang mengeyangkan
dan ubat bagi penyakit”. (Hadis Riwayat Muslim).
2.2.3.
Imam Ibnu Qayyim rahimahullah menceritakan pengalamannya berkaitan dengan cara
menyembuhkan penyakitnya dengan air zam-zam yang digabungkan dengan kaedah
ruqyah dari Al-Quran ini. Katanya pada
suatu ketika aku pernah jatuh sakit, tetapi aku tidak menemukan seorang doktor
atau ubat penyembuh. Lalu aku berusaha
merawat dan menyembuhkan diriku dengan surah membaca surah Al-Fatihah. Lalu aku dapat merasakan pengaruh yang sangat
menakjubkan. Aku ambil segelas air zam-zam dan membacakan padanya surah Al-Fatihah berkali-kali kemudian aku meminumnya sehingga aku sembuh. Seterusnya aku menggunakan cara tersebut bagi
merawat berbagai penyakit dan aku merasakan adanya manfaat yang sangat besar.
Kemudian aku beritahu kepada orang lain yang menghadapi penyakit dan ramai dari
mereka yang sembuh dengan cepat. (Zaadul Ma’aad IV/178 dan al Jawaabul Kaafi
hal. 23)
2.3. MADU
2.3.1.
Dalam Surah An-Nahl[Lebah](16:69) Allah
SWT berfirman yang berbunyi:
“Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam)
buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari
perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya
terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian
itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan”.
2.3.2.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: ”Kesembuhan
itu ada pada tiga perkara, iaitu dalam pisau pembekam, meminum madu, perawatan
dengan besi panas. Dan aku melarang
umatku melakukan rawatan dengan besi panas” (Hadis Riwayat Bukhari).
2.3.3.
Dalam sebuah riwayat lain Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Hendaknya kamu menggunakan dua macam
penawar, iaitu madu dan Al-Qur’an” (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Al Hakim).
2.4. MINYAK
ZAITUN
2.4.1.
Keberkatan minyak zaitun ini telah dirakamkan oleh Allah SWT dalam firmannya
dalam Surah An-Nur[Cahaya](24:35) yang
berbunyi:
“Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit
dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak
tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca
itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan
minyak dari pohon yang barakahnya, (iaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di
sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat(nya), yang minyaknya
(saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas
cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahayaNya siapa yang dia
kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah
Maha Mengetahui segala sesuatu”.
2.4.2.
Dari Abu Hurairah, katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Makanlah oleh kamu minyak (zaitun) dan sapukan
dengannya, kerana sesungguhnya minyak (zaitun) itu dari pohon yang diberkati”.
(Hadis Riwayat Ahmad, Tirmidzi dan Ibnu Majah)
3. Apakah kita tidak ada keyakinan kepada ubat-ubatan yang
disarankan oleh Rasulullah. Bukankah kita
tidak meragui bahawa apa juga yang
datang dari Rasulullah itu sebenarnya datang dari Allah SWT jua. Jadi kenapa
kita tidak yakin dengan saranan Rasulullah.
Jom berubahlah untuk berubat dengan bahan yang disarankan oleh
Rasulullah. Bukankah mengamalkan sunnah
Rasulullah itu mendapat pahala percuma?.
“Syaitan lebih
suka untuk menyesatkan orang yang alim daripada orang jahil kerana orang alim
apabila sesat maka dia akan turut menyesatkan orang lain dengan kejahilannya
sedangkan orang jahil tidak begitu” – Mutiara Kata Imam Abdullah bin Alwi
al-Haddad al-Husaini
No comments:
Post a Comment